MEMBUAT PILIHAN??

1:21 PG 0 Comments

setiap daripada kita pasti akan tidak terlepas daripada membuat pilihan....
lantas hati ini pasti stress bila memikirkan kita perlu memilih salah satu perkara...



ini adalah sedikit coretan hati yang nak aku kongsikan bersama....
ada suatu perkara ini aku sangat minat dan sudah menjadi seperti darah daging dalam kehidupan ku...
namun perkara ini semakin lama semakin memakan naluri... lebih banyak duka yang menikam jiwa apabila aku melalui perkara ini berbanding bahagia... tapi disebabkan terlalu kasih dan minatkan benda ni aku langsung x penah tinggalkannya, malahan aku masih menguatkan jiwa meneruskan usaha walaupun aku tahu keringat aku semakin kering.....

jadi aku mula mencari corak dalam perkara yang lain... perkara yang lagi satu ini memang baru bagi aku.. namun suasana serta penerimaan orang sekeliling aku seakan-akan aku sebahagian daripada mereka....
aku diterima dan dirai seakan-akan sudah lama aku mencuburi bidang berkenaan... walaupun aku x mengaharapkan apa2 pun dalam bidang ini namun natijah yang aku dapat dalam bidang ini amat memberangsangkan... lantas aku mula terfikir.. mungkin rezeki aku di bidang ni....

justeru... terjadilah konflik di dalam hati ini.... jiwa aku meronta-ronta kerana keliru di antara dua...
satu perkara aku sangat minat namun tidak diterima oleh org sekeliling malah macam tidak pernah diberikan perhatian.. seakan-akan aku tidak wujud... tapi lagi satu perkara, aku hanya buat biasa2 sahaja namun diberikan nikmat serta layanan yang tidak terkata.....

ada orang kata hargailah orang yang menghargai kita.... jadi hati aku mula beralih ke perkara baru itu... kerana buat ape aku bertepuk sebelah tangan menagih kasih kepada perkara yang tidak pernah mengasihi kita... tapi.... perkara yang lama itu sudah lama aku juangkan dan mampukah aku melupakannya begitu sahaja......??

jadi aku mula memilih untuk membuka lembaran baru dan meneruskan kehidupan menempuhi semua cobaan yang ada di dunia ini... ingat la rakan2 jangan la kita hanya tertumpu kepada satu perkara sahaja kerana mungkin rezeki kita bukan di situ tapi di jalan lain... dan jalan yang lama itu mungkin manjadi panduan serta pendoman bagi memperolehi kejayaan di jalan yang lain....

sesungguhnya Allah itu maha besar serta maha mengetahui... mungkin segala yang perkara yang berlaku itu ada hikmahnya.... semoga kita di tunjukkan kejalan2 orang yang beriman.... Amin....

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: