I'M MUSLIM.(COO)

10:52 PG 10 Comments

BAIKLAH.... aku nak sambung lagi kisah aku sebagai operator yang menjalankan research survey mengenai keadaan politik negara.. tapi kata orang sambil menyelam minum air kan.. so ada laa beberapa cerita kisah masyarakat yang berjaya aku korek.. sambil tu boleh laa aku kongsi kepada semua sebagai panduan kita di masa depan.. InsyaAllah...

Sekarang aku  nak sambung kisah mengenai...

CONFESSION OF OPERATOR.(COO)


Kisah bermula apabila aku cuba menalifon number telefon rumah di area Kuala Lumpur.. faham jerlah orang KL mcm manakan.. sombong tahap maksimum punya.. dah la kalau call asyik tak dapat jer.. sebab dorang kan busy mencari duit seharian.. hish2..

so sedang aku mendail akhirnya dapatlah panggilan daripada seorang pak cik ni... dia bagi salam Assalamualaikum.. aku pun jawap la Waalaikummussala..(wajib jawab..hehe) maka seperti biasa aku pun introduce diri aku dan kata yang aku nak temu bual pasal keadaan politik negara.. habis selesai kerja aku.. aku pun tanyalah butir-butir tentang pak cik ni.. dia keje apa, nama dia apa, berapa gaji dia.. biasalah nak tahu demography's respondent... 

maka dia pun mula lah bercerita..

Saya ni sebenarnya ialah orang india..(terkejut aku coz slang tak macam india.. susah la nak detect bangsa kalau dengar suara jer) dulu saya memeluk agama hindu.. hidup saya ok jer tak der masalah.. cuma saya bukanlah seorang yang kuat dalam beragama... saya sering mencari apalah objektif saya hidup di dunia ini..keluarga saya orang yang sederhana sahaja.. tapi ayah saya seorang yang kuat dalam agama hindu.. dia sering mengajar saya dan adik-adik tentang betapa pentingnya menjaga kesucian agama..

saya sering mendengar kata-kata ayah saya.. tidak pernah pun saya ingkar tentang arahan agama.. saya telah berjaya memilki sebuah perniagaan di masjid india dan juga memilki isteri serta anak-anak yang baik.. tiba-tiba pada satu hari saya terdengar laungan azan di masjid india ketika sedang berniaga...

pada ketika itu terdetik di hati saya untuk mengenal AGAMA ISLAM... sebab setiap kali mendengar laungan azan di masjid berkenaan saya mula berasa tenang.. dan setiap hari  jumaat pasti saya akan mendengar khutbah yang cuba disampaikan oleh imam di masjid berkenaan.. khutbah yang diberikan dalam bahasa tamil.. maka serba sedikit saya memahami tentang intipati yang cuba disampaikan..

"DI MASJID INI LAA HATI SAYA MULA TERBUKA UNTUK MENGENALI ISLAM"

Semakin hari semakin kuat rasa ingin tahu saya kepada agama Islam.. hinggalah satu hari kedai saya di masuki oleh seorang imam berbangsa india.. maka saya pun mengambil kesempatan itu untuk bertanyakan kepada beliau mengenai agama islam.. dengan lembut dan hati terbuka beliau mengajar saya serba sedikit tentang agama islam yang suci ini.. hinggalah saya mengambil keputusan untuk memeluk agama Islam...

Maka bermula pada saat itulah hidup saya mula berubah.. apabila ayah saya tahu yang saya sudah memeluk agama Islam beliau cukup marah.. sehinggakan dia mengambil parang untuk membunuh saya.. seluruh keluarga menjadi kelam-kabut.. mereka semua marah sebab saya memeluk islam... isteri saya menuntut cerai jika saya tidak mahu kembali ke agama asal... anak-anak saya mula takut untuk mendekati  saya.. kerana mereka telah dihasut oleh ahli keluarga yang lain untuk membenci saya... pada ketika itu hanya Allah sahaja yang mampu memahami apa yang saya rasa..(berair mata aku dengar dia cerita part ni)

 "AYAH SAYA SANGAT MARAH SEHINGGA BELIAU SANGUP MENGAMBIL PARANG UNTUK MEMBUNUH SAYA"

Oleh kerana saya terlalu mencintai AGAMA ISLAM, maka saya mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarga dan berpindah ke tempat lain untuk keselamatan saya.. saya menumpang rumah imam yang telah mengajar saya mengenal Islam.. hanya beliau sahajalah tempat saya mengagih kasih ketika itu.. jika saya tidak mengenal iman sudah pasti saya membunuh diri... tak lama kemudian isteri saya  menghantar surat cerai dan membawa kes ini kepada mahkamah.. hasil perceraian kami isteri saya mendapat hak penjagaan anak dan juga kedai kami kerana modal perniagaan datang daripada keluarga isteri saya...

Hilanglah segala aset yang saya ada di dunia ni.. bukan setakat anak dan juga isteri malah seluruh keluarga saya meninngalkan saya.. dan kini saya tiada sumber rezeki lagi.. oleh itu dengan iman yang tabah saya mula mendekatkan diri dengan Allah sepenuh hati.. hanya itu sahajalah yang saya mampu lakukan untuk menyejukkan hati yang lara.. saya sentiasa berpegang kepada prinsip  setiap perkara  yang berlaku pasti ada hikmahnya.. 

Bermula daripada hari itu saya mula berniaga kecil-kecilan di Masjid India untuk menyara hidup.. malang tidak berbau.. pada satu hari sedang saya sibuk menjaja ditepi jalan.. ada sebuah kereta secara tidak sengaja melanggar saya.. hasilnya.. kini kaki saya lumpuh dan tidak dapat berjalan..(oh my Allah.. sungguh besar ujiannya kepada pak cik ni.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul).. selepas kejadian itu saya tidak mampu lagi untuk berniaga..

"OLEH KERANA KEMALANGAN ITU SAYA LUMPUH DAN TIDAK MAMPU LAGI  BERNIAGA.."

DAN KINI.. saya menjadi imam di masjid india dan mengajar orang ramai mengenai Agama Islam dan mengaji.. saya tidak menyesal dengan hidup saya, sebab saya rasa saya berada pada landasan yang benar.. walaupun jauh di sudut sanubari ini.. kadang-kala saya teringat tentang keluarga dan anak-anak saya.. namun perjuangan terhadap  Islam ini tidak akan pernah luntur.. saya kini hanya mengharapkan elaun kerajaan untuk menyara diri.. Alhamdullilah.. segalanya mencukupi...

SELESAI SAHAJA TEMU-BUAL DENGAN PAK CIK TU, AKU TERUS MENILAI DIRI INI.. siapalah aku disisi Allah..?? harap kalian juga mengambil ini sebagai tauladan.. ingat setiap ujian ada hikmahnya.. maka marilah kita beringat.. aku cakap bukan hanya untuk kalian sahaja.. malahan untuk diri aku sendiri juga yang tidak sempurna... 

tiba-tiba aku terjumpa artikel pasal SHAH RUKH KHAN..

   

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. fariz,tempat kau ade keje kosong lg tak??
    :)

    BalasPadam
  2. hypo: amin.. sme2 laaa kita doa yek..

    BalasPadam
  3. izzah: ko tgl kat mana yek?? kalau area kl kalau ada aku bg taw ko.. tapi lepas ni aku dah tak nak keje call org agi dah.. aku nak g keje luar..

    BalasPadam
  4. interesting... good writer..

    BalasPadam
  5. fariz,tenpat kau ade kerja kosong lg tak??

    BalasPadam
  6. Blogwalking! lawati blog saya dan sudilah follow. :D

    BalasPadam
  7. Awesome Story. Ya Allah, hidupku, matiku kerana Mu ya Allah. Amin.

    BalasPadam