TANDAS NAIK HARGA.

10:58 PTG 5 Comments

Kisah ni bermula apabila aku nak balik ke Kuala Lumpur daripada Kelantan gan mak cik aku semalam. Kami punya tiket bas janji naik pukul 10.30 tapi tunggu punya tunggu akhirnya bus sampai pukul 3.30...

tak berangin aku gan mik cik aku..!!! selama 5 JAM menanti baru bas sampai.. ni yang aku nak cakap...!!!


Malas aku nak bagitahu jenama bus apa yang aku naik tu.. coz aku tak suka memburukkan orang..(nama bus seperti yang tertera diatas..hehe) maka perjalanan yang sepatutnya sampai dalam pukul 5 or 6 petang berlanjutan hingga pukul 10.30 malam.. baru sampai KL.. saborrr jelahh..!!!

Untuk pengetahuan korang bus dari kelantan nak balik KL or dari KL nak g kelantan hanya berhenti di satu stesen jer... maka perjalanan yang mengambil masa lebih 7-8 jam ni kena  tahan nak buang air (either besar or kecik) untuk satu perhentian saja... SABOR JELAH.... 

setelah lama aku menahan.. hehehe.. maka bus pon berhenti di satu perhentian yang hanya ada sebuah kedai makan, tandas pondok dan juga surau yang ok  laaaa...!! nak tak nak memang terpaksa turun kat situ laaa kalau tak... macam mana nak buang air kan.. sebab lepas ni dah tak berhenti...

MACAM NI TANDAS PONDOKNYA.. CANTIKK TAK?? hehe...

Disebabkan bus yang berhenti punya banyak dan org yang nak MEMBUANG pun ramai.. maka nak masuk tandas pun kena laaaa... LINE UP panjang2... waaaa!!!(dah tak tahan)

LEBIH KURANG MACAM NI LAA... HEHE.. (hanya gambar hiasan)

Dah laa masa tu tengah mamai(baru bangun tidur) maka aku pun keluar mcm tu jelah tak bawak wallet.. sampai sahaja turn aku.. sekali kena bayar RM0.30 daaaa... aku punya la korek punya korek..(dah tak tahan ni..) ada laa beberapa syiling RM0.20 jeerrr.. maka aku buat muka kesian kat kakak tu.. and dia buat tak tahu jer..(berharap yang dia simpati malangnya aku yang malu sendiri..huhuh)

kakak yang memang tak ada perasaan aku dah tak tahan ni.. dia bleh buat tak tahu jer.. ERRR!!!

Dengan muka yang pasrah pun aku pun kuar laa dari barisan.. penat jer.. beratur punya panjang akhirnya tak dapat masuk tandas.. aku pun patah balik bas dan amik wallet dan terpaksalah beratur balik nak masuk tandas..!!! Waaaa!!!!!

Semasa tengah beratur balik tu aku nampak laa dekat tandas tu tertera yang...


Dalam hati aku.. apasal dulu 20 sen sekarang 30 sen.. selepas membuang apa yang perlu aku pun tertanya-tanya kenapa NAK MASUK TANDAS PUN HARGA NAIK???? kalau nak kata naik sebab harga minyak naik..?? memang tak masuk akal..

TAKKAN KAU CUCI TANDAS GUNA MINYAK PETROL KOT..!! 


ATAUPUN 
TANDAS DIA TANDAS EMAS..!!
 SAMPAI NAK KENA KILATKAN PAKAI MINYAK PETROL...!!!


Tension aku.. sebab benda keperluan macam ni pun orang nak ambil kesempatan.. nasib baik dia tak buat masuk surau kena bayar... KALAU TAK..!! DAH LAMA AKU TEMBAK KEPALA PEMILIK KEDAI NI..!!

 
Cuba bayangkan betapa banyaknya dia untung.. kalau sorang bayar 30sen lepas tu  satu bus lebih kurang ada 40 orang tak termasuk driver.. lepas tu bus yang berhenti bukan satu tapi banyak.. so kalau 100 orang masuk tandas dia.. dia dah boleh dapat RM30... tu pun paling minimum.. kalau 1000 dia boleh dapat RM300.. sehari jer... tak ker banyak...!!

Dah laa nak tak nak macam mana teruk pon tandas dia org terpaksa masuk..(takkan nak kencing kat tepi jalan kan..) masa aku tu  lebih kurang ada 7 bus berhenti kat situ.. kalau satu bus 40 orang.. jadi semua orang 280 orang mungkin masuk tandas.. jadi setiap sorang bayar 30sen dia dapat RM84 dalam satu masa... best tu... memang MASYUK kan... walaupun bagi kita 30sen jer.. dush!!!

sampai sekarang aku pelik kenapa laaa kena bayar duit nak masuk tandas.. sedangkan kalau nak ikut bayar untuk cleaner pon tak laaa sebanyak tu.. lain laa kalau tandas dia betul2 CLEAN..!!! 

jadi aku harap lepas ni kalau nak masuk tandas tolong laa bagi free.. cuba bayangkan kalau korg tumpang tandas umah org lepas tu orang tu minta bayar.. tak ker ko rse macam org tu pelik!!! 

YANG AKU LEBIH PELIKKSSSS!! ADA TANDAS YANG LEBIH MAHAL DARI 30SEN!! WAAA!!!!

Tak ker kalau orang yang dah terdesak.. nak kena lari ke level lain.. akhirnya tercirit di tengah jalan.. oppsss!! hehe..

APA PUN.. AKU HARAP KUALITI TANDAS DI MALAYSIA NI BOLEH DI PERTINGKATKAN.. SAMA MCM LAGU NI.. hheehe.. layan gak...

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. harap lepas ni tandas dah tak naik harga.. hehe

    BalasPadam
  2. OOO FIRST COMMENT TUAN PUNYA BELOG YE...hahah....weyh tandas kat KLCC mmg mahal..
    aku sanggup tahan sampai ke rumah nak INVEST (melabur)

    BalasPadam
  3. budak blur: kalau mampu tahan.. kalau tak mampu... tercirit kat tgh jln mcm mana?? hehehe....

    BalasPadam