KENAPA TAK NAK...??(COO)
SEDIH, KECEWA, HAMPA, MARAH, PELIK DAN PELBAGAI LAGI PERASAAN NEGATIF AKU RASA BILA ADA JUGA MANUSIA-MANUSIA YANG MASIH TAK SEDAR DIRI....!!!!!
DENGAN SIKAP SERTA PERSEPSI SEGELINTIR MASYRAKAT MALAYSIA YANG LUPA AKAN.....
TANGGUNGJAWAB...!!
KISAH PERTAMA
Sedang aku bersusah payah mendail mendapatkan respondent untuk buat kajian mengenai kerja aku yang duk bertanyakan orang ramai mengenai keadaan politik di Malaysia.. akhirnya aku dapatlah telefon seorang perempuan berumur lingkungan 30 tahun..(akhirnya dapat juga.. susah betul nak dapat talian semenjak du menjak ni) ini laa kisah perbualan aku dengan wanita berkenaan...
AKU: hello puan, nama saya FARIZ RAZALI saya telefon dari matrik research. kami sebenarnta sedang menjalankan tinjaun pendapat untuk mengetahui tahap kepuasan hati rakyat dengan keadaan poilitik semasa. boleh tak saya temu ramah puan sebentar.
PUAN: baiklaaa..(dengan nada yang agak dingin)
AKU: puan ni warga negara malaysia pernah tinggal di luar negara tak dalam masa 2 tahun yang lalu?
PUAN: pernah.. kenapa tanya-tanya ni... (dah mula meninggikan suara)
AKU: tak de.. sebab kami kena tahu sama ada respondent kami ni mengetahui keadaan semasa atau tidak jika tinggal di luar negara dalam 2 tahun yang lepas..(jawab dengan baik sebab takut dia marah)
PUAN: baik laaa...(mcm tak ikhlas)
AKU: puan pengundi berdaftar kan???
PUAN: TAK.. SAYA MALAS NAK BERDAFTAR.. LAGI PUN MASALAH POLITIK NEGARA NI MANA ADA KENA MENGENA DENGAN HIDUP SAYA...
AKU: baiklah.. kalau macam tu kami tak boleh temu bual puan sebab puan tak daftar mengundi dan duduk luar negara dalam dua tahun yang lalu.. terima kasih banyak2 laa yek...(aku ckp dengan baik wlpn dlm hati dah terbakar giler)
PUAN: ha..!! bagus sangat laa tu.. ok bye..!!!
SUMPAH SENTAP GILER..!!!
TAK DAFTAR LAGI...!!!
SEDANGKAN UMUR DAH 30..!!!
kalau orang kampung especially tinggal di sarawak or sabah yang tak berpelajaran tinggi atau mungkin tiada kemudahan untuk pergi mendaftar boleh dimaafkan lagi.. ni DAH CUKUP MATANG, TINGGAL DI BANDAR...!! malahan untuk pengetahuan kalian.. PUAN ini juga ialah PEMEGANG DEGREE DI UNIVERSITI TEMPATAN.. so tak tahu laaa dimanakah silapnya....!!!
*maka hilang laaa rezeki aku sebab tak dapat interview dia.....
KISAH KEDUA
Aku dapatlah menemu-bual seorang pak cik tua yang tinggal di KUALA LUMPUR... bukan senang ok.. heheh... bila dah nak habis menemu-bual pak cik ni dia pun cakap....
PAK CIK: anak dah daftar mengundi..???
AKU: belum lagi pak cik sebab saya belum cukup umur...(jujur ok.. coz aku SWEET 20 hehe....)
PAK CIK: oh yeker.. pak cik tengok berita ni ada dalam 3.2 juta lagi orang Malaysia yang tak daftar mengundi termasuk ANAK PAK CIK... entah apalah silap yerr....
AKU: kenapa anak pak cik tak nak mengundi?? (busy body)
PAK CIK: sebab dia kata dia malas nak fikir tentang SENARIO POLITIK sekarang.. penat dah pak cik nasihatkan tapi dia tak nak dengan pon...(cakap dia dengan kecewa)
AKU: itulaa pak cik orang muda sekarang ni MALAS NAK FIKIR PASAL MASALAH POLITIK NEGARA KITA NI.. SEBAB ITULAH MEREKA TAK NAK MENGUNDI.. TAPI SEBENARNYA JIKA MEREKA TAK PERGI MENGUNDI LAGI BANYAK MASALAH YANG AKAN TIMBULKAN..(pandai aku cakap..heheh)
PAK CIK: betul tu.. ini bukan sebab kerajaan atau pembangkang lagi.. tapi sebab TANGGUNGJAWAB.. kalau kat akhirat nanti ditanya macam mana..??
*HEHEE... AKU SUKA KATA-KATA TERAKHIR PAK CIK TU.. KESIAN ANAK DIA TAK PERGI MENDAFTAR.. ABIS NAK BUAT MACAM MANA.. DAH PENAT NASIHAT TAPI SEPERTI...
KISAH KETIGA
Aku dapat laa menemu-bual seorang perempuan muda yang umurnya 19 tahun.. sedang separuh jalan menemu-bual... tiba-tiba dia LETAK TELEFON..
dah separuh jalan kotttt...!!! mana boleh macam ni.. maka aku pun telefonlah dia berkali-kali nak sambung jawab soalan.. sebab selagi soalan tak habis maka tak dapatlah aku duit.. huhuhu~~~ (tapi sebenarnya bukan sebab duit sebab aku tak puas hati kenapa tak habis.. ni sebab self satisfaction not about money.. hehe) setelah berkali-kali call.. dia still tak angkat.. maka aku pun putus asa..
tapi esoknya aku call balik dia.. dan aku dapat laa balik cakap dengan dia...
AKU: CIK (dirahsiakan nama) sebenarnya kami kena habiskan soalan temu-bual dengan CIK (dirahsiakan nama) kalau tidak kita akan telefon lagi sampai CIK (dirahsiakan nama) habis jawab..(bukan satu permintaan tapi satu ugutan..hehehe)
CIK (dirahsiakan nama): tapi saya ni bawah umur laaa..(marah giler)
AKU: tapi soalan kita ni untuk orang yang berumur 18 tahun keatas.. walaupun belum daftar mengundi tapi orang yang berumur 24 tahun tetap layak mejawab soalan-soalan ini...(tetap tak puas hati.. aku nka dia jawab juga.. bukan susah.. just bagi nombor jerr..)
CIK (dirahsiakan nama): SAYA TAK NAK LAH AMBIL TAHU TENTANG SEMUA INI.. SAYA TAK MINAT LANGSUNG PASAL POLITIK NEGARA.. SAYA TAK NAK MENGUNDI, TAK NAK AMBIL TAHU.. DAN SAYA TAK NAK JAWAB......!!!!
tuttttttutttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt(talian putus)
*sentap jer.... huhuhu.... nak buat macam mana.. dah tak ada rezeki...
JADI INI PEASANAN AKU KEPADA MEREKA-MEREKA YANG TAK PERGI MENDAFTAR MAHUPUN MENGUNDI....
NO COMMENT..!!!
BalasPadam