PROPAGANDA.
Kali ni post aku sedikit ilmiah... TAPI AKU MEWAJIBKAN SEMUA KAWAN2 BACA... supaya kita tak terus tertipu dengan mainan POLITIK...!!
BAIK.. macam mana aku nak mula yek.. begini PROPAGANDA dimaksudkan sebagai..
"Manipulasi
relatif secara sengaja dengan menggunakan simbol (kata-kata, sikap bendera,
citra, monumen atau musik) terhadap pemikiran atau tindakan rangkaian dengan
sasaran terhadap kepercayaan nilai dan perilakunya."
maksudnya yang senang nak difahami ialah suatu strategi yang digunakan untuk menjatuhkan seseorang pihak tidak kiralah manusia ker, organisasi ker atau pun NEGARA... dan langkah yang digunakan untuk menjatuhkan ada kalanya yang BENAR tapi ada juga PENIPUAN.. ataupun ayat mudahnya.. FITNAH..!!
PROPAGANDA terbahagi kepada 3 bahagian...
1) Propaganda PUTIH = maksudnya sesuatu maklumat yang sahih atau benar yang digunakan untuk mempertahankan diri(lihat kepada subjek).
2) Propaganda KELABU = maksudnya sesuatu peryampaian yang boleh jadi betul boleh jadi tak betul. Dalam erti kata lain, sebuah andaian yang boleh memusingkan pemikiran kita untuk meragui sesuatu.
3) Propaganda HITAM = maksudnya sesuatu tuduhan atau pun serangan yang secara terbukanya ingin menjatuhkan seseorang. Kadang-kala propaganda ini akan memesongkan fakta yang benar atau pun menggelapkan sesuatu perkara agar menampakkan keburukkan seseorang(lihat kepada subjek) dengan jelas..
Propaganda ini amat penting untuk menjatuhkan seseorang.. Oleh itu, lahirlah teknik-teknik yang akan menjayakan propaganda ini untuk terbentuk di dalam masyarakat...
teknik-teknik ini telah di keluarkan oleh...
KJ Holsti dalam International Politics: A
Framework for Analysis (1992)
PERTAMA...
NAME CALLING(nama panggilan) = dengan memberi nama samaran ini akan lebih diingati oleh masyarakat. Selalu pengunaan nama samaran ini mestilah nama yang dekat di hati masyarakat supaya ia cepat meresapk dalam sanubari hingga mempengaruhi emosi.
KEDUA....
GLITTERING GENERALITY(slogan atau gagasan) = sama sahaja dengan nama panggilan, slogan digunakan untuk menarik perhatian masyarakat. Tetapi slogan lebih membawa maksud yang lebih mendalam yang mampu menerangkan gambaran keseluruhan matlamat sesuatu organisasi atau badan tentang perkara yang mereka ingin lakukan.
KETIGA...
TRANSFER(pindahkan sesuatu kebencian dalam bentuk yang lebih besar) = menyalahkan perkara-perkara yang disekeliling subjek untuk menambahkan lagi kebencian kepada subjek berkenaan. Maka dengan itu dia boleh mendapatkan kepercayaan dan kekuatan dengan pengaruh masyarakat yang mula memandang segalanya yang dilakukan oleh subjek salah dan tak betul.
KEEMPAT...
PLAIN FOLKS(memasuki sesuatu budaya) = perkara ini akan dijalankan jika propaganda itu datang dari luar kawasan subjek yang mempunyai budaya, adat atau pun kepercayaan yang berbeza. Justeru untuk mereka masuk menyuntik propaganda di dalam kalangan masyarkat berkenaan. Mereka perlulah mengunakan budaya yang sama.
KELIMA...
TESTIMONIAL(pengesahan daripada autoriri dan orang yang berpengaruh) = perkara ini amat penting dilaksanakan untuk menarik kepercayaan masyarakat supaya mempercayai hasutan serta serangan yang mereka cuba lakukan kepada subjek.
KEENAM....
SELECTION(pemilihan fakta yang hanya menguntungkan mereka) = untuk menambahkan lagi kepercayaan dan sokongan masyarkat untuk benci kepada subjek mereka akan cuba mendapatkan seberapa banyak fakta yang sahih mahupun dibuat untuk menunjukkan yang subjek memang sangat wajar dibenci. Selalunya mereka akan memilih beberapa keratan fakta sahaja yang memihak kepada mereka tanpa menjelaskan segalanya secara total. (cth: tunjuk gambar polis tendang orang akan memyebabkan orang ramai berpersepsi yang polis jahat dan zalim, walhal cerita keseluruhannya ialah orang salah berkenaan melawan dan cuba mencederakan polis, jadi polis perlu mengunakan kekerasan untuk mempertahankan diri dan juga menangkap pesalah berkenaan)
KETUJUH....
BANDWAGON(serangan yang mengunakan emosi supaya rakyat lebih yakin dengan agenda mereka) = selalunya apabila menyampaikan propaganda mereka akan mengunakan ayat seperti "SELURUH DUNIA TAHU.." atau "SEMUA RAKYAT MENCINTAI DAMAI MENGAKUI..." ayat ringkas mereka mengunakan ayat majoriti untuk menarik perhatian menoriti masyarakat yang mereka sekarang ini berada pada landasan yang betul....
KELAPAN....
FRUSTRATION SCAPEGOAT(kambing hitam) = dalam erti kata lain. mereka akan cuba mengaitkan apa sahaja masalah yang bakal wujud kepada subjek untuk menjadikan masyarkat mula meyampah dan bertambah-tambah benci kepada subjek.
KESEMBILAN....
FEAR(ketakutan atau ditakutkan) = di akhir proses propaganda mereka akan cuba bermain emosi masyarkat dengan menakut-nakutkan meraka jika mereka tidak menyingkirkan subjek dengan secepat mungkin. Ketakutan ini akan menyebabkan masyarakat akan bertindak secara drastik kerana berasa sangat terdesak untuk mengelakkan perkara buruk yang bakal berlaku bak kata propaganda oleh mereka....
mesti kalian macam pening-pening lalatkan macam mana perkara ini diaplikasikan..?? sebab aku terangkan macam skema sangat kan...hehehe... maka biar aku bagi situasi mudah bagaimana perkara ini diaplikasikan.. senang sikit bagi kalian faham.. begini kisahnya....
Ada seorang budak perempuan dikelas aku yang aku tak suka. jadi aku mula merancang untuk rakan kelas yang lain juga benci kepada dia. sebab aku cemburu tengok dia pandai sangat, perkara pertama yang aku buat ialah aku memberi dia gelaran PEREMPUAN SIHIR(teknik pertama). kemudian aku mula mencanang kat rakan-rakan kelas yang lain yang KELAS AKAN AMAN TANPA PEREMPUAN SIHIR(teknik kedua).
Bila rakan-rakan kelas mula menerima gelaran berkenaan dan memahami slogan yang aku cuba sampaikan. kami mula mengumpat dan bergosip tentang perempuan sihir. AKU MULA MENCERITAKAN KEBURUKKAN-KEBURUKAN PEREMPUAN SIHIR(teknik ketiga) dengan banyak hingga menanamkan sedikit demi sedikit perasaan benci kepada rakan-rakan kelas terhadap perempuan sihir. (teknik keempat tak perlu sebab aku bukan orang luar).
Dalam masa yang sama aku mula mendapatkan persetujuian daripada orang-orang yang terdekat dengan perempuan sihir yang juga tidak puas hati dengannya. KAWAN PEREMPUAN SIHIR PUN MENGESAHKAN YANG PEREMPUAN SIHIR NI MENGEDIK DAN JAHAT(teknik kelima). bermula daripada saat itu, aku dan rakan-rakan kelas mula memerhatikan perempuan sihir. setiap kali dia MULA MELAKUKAN KESALAHAN, AKU KAN CUBA MEMBESAR-BESARKAN DAN HANYA MEMANDANG KESALAHAN YANG DIA LAKUKAN, WALAUPUN KESALAHAN ITU SEDIKIT ATAU PUN TAK LAH TEPAT SANGAT( teknik keenam).
Bila rakan-rakan kelas mula nampak satu demi satu bukti maka pun MULA MEMAINKAN EMOSI MEREKA DENGAN MENYATAKAN YANG BUKAN MEREKA SAHAJA BENCI PEREMPUAN SIHIR TAPI SATU UNIVERSITI ATAUPUN KAWASAN ITULAH BENCI KEPADANYA( teknik ketujuh) perkara ini telah menambahkan lagi keyakinan rakan-rakan dengan propaganda aku. semenjak itu, APA SAHAJA YANG DILAKUKAN OLEH PEREMPUAN SIHIR SEMUANYA AKAN MENJADI KESALAHAN(teknik kelapan) aku dan rakan-rakan mula memandang serong kepadanya.
Akhir sekali aku MULA MENYATAKAN YANG KITA PERLU PULAU KAN PEREMPUAN SIHIR JIKA TIDAK DIA KAN MENAMBAHKAN LAGI HURU-HARA DIDALAM KELAS(teknik kesembilan) disebabkan keyakinan rakan-rakan kepada aku ditambah pula ketakutan mereka dengan kenyataan aku.. mereka pun menyingkirkan perempuan sihir yang terus dipulaukan.......
Bila rakan-rakan kelas mula menerima gelaran berkenaan dan memahami slogan yang aku cuba sampaikan. kami mula mengumpat dan bergosip tentang perempuan sihir. AKU MULA MENCERITAKAN KEBURUKKAN-KEBURUKAN PEREMPUAN SIHIR(teknik ketiga) dengan banyak hingga menanamkan sedikit demi sedikit perasaan benci kepada rakan-rakan kelas terhadap perempuan sihir. (teknik keempat tak perlu sebab aku bukan orang luar).
Dalam masa yang sama aku mula mendapatkan persetujuian daripada orang-orang yang terdekat dengan perempuan sihir yang juga tidak puas hati dengannya. KAWAN PEREMPUAN SIHIR PUN MENGESAHKAN YANG PEREMPUAN SIHIR NI MENGEDIK DAN JAHAT(teknik kelima). bermula daripada saat itu, aku dan rakan-rakan kelas mula memerhatikan perempuan sihir. setiap kali dia MULA MELAKUKAN KESALAHAN, AKU KAN CUBA MEMBESAR-BESARKAN DAN HANYA MEMANDANG KESALAHAN YANG DIA LAKUKAN, WALAUPUN KESALAHAN ITU SEDIKIT ATAU PUN TAK LAH TEPAT SANGAT( teknik keenam).
Bila rakan-rakan kelas mula nampak satu demi satu bukti maka pun MULA MEMAINKAN EMOSI MEREKA DENGAN MENYATAKAN YANG BUKAN MEREKA SAHAJA BENCI PEREMPUAN SIHIR TAPI SATU UNIVERSITI ATAUPUN KAWASAN ITULAH BENCI KEPADANYA( teknik ketujuh) perkara ini telah menambahkan lagi keyakinan rakan-rakan dengan propaganda aku. semenjak itu, APA SAHAJA YANG DILAKUKAN OLEH PEREMPUAN SIHIR SEMUANYA AKAN MENJADI KESALAHAN(teknik kelapan) aku dan rakan-rakan mula memandang serong kepadanya.
Akhir sekali aku MULA MENYATAKAN YANG KITA PERLU PULAU KAN PEREMPUAN SIHIR JIKA TIDAK DIA KAN MENAMBAHKAN LAGI HURU-HARA DIDALAM KELAS(teknik kesembilan) disebabkan keyakinan rakan-rakan kepada aku ditambah pula ketakutan mereka dengan kenyataan aku.. mereka pun menyingkirkan perempuan sihir yang terus dipulaukan.......
JADI.. CUBA KITA KAITKAN PULA PENERANGAN AKU TENTANG PROPAGANDA DENGAN DUA BENDA INI....
RASIONAL kenapa apa letak dua benda ini kerana dua benda ini selalu dipertikaikan memiliki propaganda yang cuba meracun minda rakyat.. KERAJAAN cakap pembangkang sengaja buat BERSIH sebab nak menampakkan kelemahan kerajaan yang sengaja direka dan juga mendapatkan sokongan pembangkang manakala PEMBANGKANG pula kata 1 MALAYSIA hanya lah propaganda kerajaan yang cuba menipu rakyat untuk menyokong mereka... jadi mari kita tengok mana yang benar mana yang salah....
1 MALAYSIA
1)Tak ditujukan kepada sesiapa untuk dijatuhkan. Malahan 1 Malaysia iaitu gelaran diberikan kepada masyarakat Malaysia untuk bersatu dan hidup dalam keadaan harmoni walaupun berbeza budaya, agama dan adat resam.
2)Slogan "Rakyat didahulukan, Percapaian diutamaakan" mengambarkan sesuatu yang positif yang menunjukkan matlamat kerajaan untuk mendahulukan rakyat dan dalam masa yang sama mengapai percapaian yang cemerlang.
3)Tidak pun menletakkan kesalahan kepada sesiapa ataupun cuba membuat sesuatu untuk dibenci oleh masyarakat. Malah menyuruh lagi masyarakat hidup dalam harmoni sambil menghormati sesama sendiri tanpa rasa benci.
4)Banyak orang yang mengakui 1 Malaysia ialah sesuatu matlamat yang baik. TUN MAHATHIR juga yang mengesahkan termasuk beberapa orang besar yang berpengaruh.
5)Tak pernah memilih fakta untuk menjatuhkan sesiapa. Malahan 1 Malaysia sentiasa menunjukkan fakta
yang penuh dan berautoriti dalam menjalankan agendanya seperti KLINIK 1 MALAYSIA, BIASISWA 1 MALAYSIA, FORMULA ONE 1 MALAYSIA dan sebagainya. Tak meyorok apa-apa dan menjelaskannya secara total.
6) Tidak memainkan perasaan masyarakat untuk membenci kepada sesiapa dan langsung tidak mengunakan teknik mempengaruhi dengan ayat majoriti untuk mendapatkan sokongan majoriti. Hanya promosi yang berlanjutan sahaja telah memberi kesedaran kepada masyrakat untuk menyokongnya.
7) Langsung tidak meletakkan kesalah di dalam 1 Malaysia kepada sesiapa. Malahan sanggup dan rela menangunggnya sendiri kalau ada sebarang kecacatan yang berlaku.
8) Akhir sekali tak ada pun menakut-nakutkan masyarakat sehingga perlu menyingkirkan sesuatu. Malahan sebaliknya, memberi harapan dan galakan untuk masyarakat bersama-sama hidup dengan harmoni dan maju ke puncak jaya.
BERSIH
1) Dengan jelasnya menyatakan gelaran mereka BERSIH untuk menarik minat masyarakat berjuang kearah sesuatu yang postif walhal agenda utamanya ialah menyalahkan kerajaan kerana bermain kotor di dalam pilihanraya dan mengesa masyarakat untuk berjuang meminta pembaharuan dalam pilihanraya.
2) Meletakkan slogan "BERSIH BERANI DAN BENAR" untuk menunjukkan yang mereka sedang memperjuangkan sesuatu yang baik dan perlu sokongan untuk menyingkirkan benda yang tak baik. walhal kesahihan perkara baik yang ingin dijalankan masih lagi samar-samar dan tidak berautoriti. hanya anggapan atau mainan persepsi semata-mata
3) Mereka mula meletakkan kesalahan dalam ketidak adilan dalam pilihan raya ke atas bahu kerajaan. sedangkan tuntutan mereka memerlukan proses dan prosedure untuk dijalakan sebab ia melibatkan rang undang-undang. malah pilihan raya atas tanggungjawan SURUHANJAYA PILIHAN RAYA(SPR) iaitu badan bebas yang tidak berpihak kemana-mana. tapi kenapa kesalahan SPR ditujukan kepada kerajaan??? ini keran mereka cuba mengalihkan kesalahan itu kepada subjek mereka yang sebenar.
4) Mereka mula mendapatkan sokongan daripada ramai pihak seperti A.SAMAD SAID iaitu sasterawan negara yang begitu berpengaruh untuk menyakinkan masyarkat tentang perjuagan mereka.
5) Banyak fakta atau bukti yang mereka tunjukkan kepada umum tidak berbentuk keseluruhan. banyak gambar yang dikeluarkan selesai sahaja perhimpunan Bersih seakan-akan dirancang untuk menyatakakan POLIS KEJAM dan sebagainya. akhirnya kesalahan pihak polis ini ditujukan kepada kerajaan???(tiba-tiba) sedangkan amaran telah diberikan dengan awal yang perhimpunan ini perlu dibatalkan sebab ia sudah melibatkan banyak pihak. kalau satu pihak sahaja bolehlah perhimpunan menjadi aman. tapi jika banyak pihak potensi untuk menjadi rusuhan sangat tinggi. oleh itu, pihak polis selaku pihak ketiga perlu memainkan peranan menahan dan menghentikan perbalahan sebelum menjadi lebih parah.. tapi fakta keseluruhan ini langsung tidak disebut yang tidak sudah-sudah diangkat hanyalah kutukan dan serangan yang tidakk sudah-sudah.
6) Mereka juga mula memaikan emosi masyarakat dengan menyatakan yang selama ini mereka berada di jalan yang salah dan sekarang memerlukan perubahan untuk maju. sebab negara-negara lain seperti di mesir, tunisia, libya dan sebagainya sudah berubah. jadi kenapa tidak kita?? negara mereka keluar daripada pemerintahan ditaktor yang menyebabkan kebeluruan kebantutan kemajuan di dalam negara. berbanding negara kita yang semakin hari semakin maju, tahap pendidikan meningkat, ekonomi stabil, perpaduan harmoni. jadi perubahan apa yang diingini oleh mereka???? ini hanyalah mainan propaganda yang sengaja mengusik emosi masyarakat.
7) Selepas perhimpunan Bersih pihak mereka seakan-akan meletakkan segala kesalahan di bahu kerajaan. ada orang meninggal sedangkan bukan sebab polis pun cuba diputar belitkan dengan mengunakan pelakon untuk mengaburi fakta yang sebenar. semua ini sengaja di lakukan untuk menjadikan kerajaan sebagai KAMBING HITAM.
8) Akhir sekali mereka memainkan eleman menakut-nakutkan dengan menyatakan yang kita perlukan perubahan dengan segera jika tidak kita akan terus dikongkong oleh pemerintahan yang Maha Zalim. sedangkan pemerintahan Zalim yang mereka katakan inilah yang memberi subsidi sekolah, kesihatan dan sebagainya untuk membantu rakyat. kenaikan harga barangan bukan sahaja di negara kita tapi diseluruh dunia namun harga di Malaysia tetap antara yang paling murah berbanding negara yang lain. adakah ini zalim??
AKHIR KATA SAYA HARAP ANDA BOLEHLAH MENILAI DENGAN TELITI YANG MANA SATU...
ATAU
good analysis...!!
BalasPadamyeah!!..terbaik..buat sendiri ke faris??..tabik ah!..
BalasPadamentri yang bagus.. tahniah...
BalasPadamyer Afiek sendiri bikin....
BalasPadamterima kasih Meor..
BalasPadamdemn gud!
BalasPadamhaha~~~
BalasPadamku punya pandangn sendiri,tapi aku meraikan pendapat kau
i like ur words, `menyalahkan kerajaan kerana bermain kotor di dalam pilihanraya dan mengesa masyarakat untuk berjuang meminta pembaharuan dalam pilihanraya.`
adakah itu bermakna memang kerajaan memang mengamalkan politik kotor?
cuba cari lagi, BERSIH tu, para2 perintisnya telah pun merancang 62 bulan sebelum nak mengadakannya?
tentang 1Malaysia tu pula, cuba cari dan banding dengan 1ISRAEL .
setiap sesuatu itu ada pro n contranya
selamat menilai
:)
Well said, faris. Sbenarnye awal2nye mtlamat bersih 2 bgus m'perjuangkn keadilan tp nmpknye mrk dah t'sasar drpd 2 & mnyesatkn org len. Org2 cmnie jenis asyik nk mminta lebey2 dr kerajaan x pernah nk pikirkn ape yg bole diberi kpd negara sendiri utk memajukn negara...sedih btol ade rakyat mcm nie-ally trans-x
BalasPadamnice but you are suppose to do a deep analysis when it comes to a part where u r trying to compare between things that created by government n d ngo. because it does sounds more into 1 side which is government. register urself to SPR n ull know what happen actually. they request a good thing, the bad thing happen about propaganda that being made up by media from the government. why not just asking the police officer to guide them thru as long as they dint make a mass?just like how the police officer's in england did when our PM visits Queen Elizabeth...thats the professional way isnt it?we live in the democratic country where we are suppose to have the rights to say something ...
BalasPadamkomen saya disini
BalasPadamhttp://danialgoh.blogspot.com/2011/07/buat-mr-fariz.html
wah3..hebat bicara mu tuing3..singgah n follow kamoo ye en.fariz ^-^
BalasPadamterima kasih kepada semua rakan2 yang sudi memberi komen sehingga satu blog.. hehehe(gurau jer adam..)
BalasPadamtapi biar saya huraikan sedikit mengenai 1 malaysia dan 1 israel...
mengikut tohmahan yang telah dibuat oleh Dato Anwar Ibrahim perdana menteri kita telah mengikut nasihat drpd APCO untuk membentuk konsep 1 malaysia yang dikatakan sama inti dengan konsep 1 Israel.. yang menuduh seakan-akan konsep 1 malaysia ni salah sebab mengikut telunjuk israel....
biar saya huraikan serba sedikit.. konsep 1 malaysia ialah untuk mengeratkan lagi perpaduan di antara kaun di malaysia yg smkn hangat setelah beberapa isu tentang hak keistemewaan melayu serta diskriminasi kaum telah dibangkitkan( siapa yang bangkitkan isu ni?? tanya laa pihak pembangkang)oleh itu mmg wajar kerajaan wujudkan konsep ini untuk menyatukan balik rakyat kita.. kalau tak?? nascaya tragedi 13 mei boleh berulang..
manakala konsep 1 israel iilhamkan oleh ehud barak untuk menggabungkan 3 buah parti (parti BURUH, MEIMED & GESHER) untuk menghadapi pilihanraya israel 1999... just like PAKATAN RAKYAT yang menggabungkan PAS, PKR & DAP unt menghadapi PRU 2008...
dr segi konsep dan matlamat pun dah berbeza apatah lagi dr segi praktikalnya.. secara jelas kita boleh lihat kalau ini satu konsep israel sudah pasti ada pengaplikasian konsep ini yang menghakis keyakinan terhadap tuhan terutamanya agama Islam sedikit demi sedikit.. namun sampai sekarang wujudnya Kedai 1 Malaysia kita tak nampakpun konsep ini cuba menjatuhkan Islam..?? dimanakah unsur yahudi yang ingin diperkatakan???
DARI SEGI APCO DAN BELANJAWAN BERJUTA-JUTA RINGGIT YANG DIKATAKAN ANWAR.. KALIAN BOLEH RUJUK DI SINI...
http://novandri.blogspot.com/2010/03/truth-apco-responds-to-statements-made.html
DAN
http://novandri.blogspot.com/2010/12/edisi-malu-ahli-parlimen-pakatan-rakyat.html
mmg setiap perkara ada pros and cons.. everything is not perfect.. but the way we look at something must be rational.. bukan main tuduh melulu jer... aku tak berniat nak bias.. but aku rse dr pada aku berdiam.. baik aku tunuukkan kenyataan... tq..
aku, tak pandai pasal blog2 ni haha tu yg jadi satu blog tu.... aku tak tau aku tekan ape... hahaha... pasal komen baru ko ni.. aku cume state kat situ yg apco n 1 israel ni propa pembangkangkan... kan aku dah state aku sokong 1 malaysia.... so xde sbb ape2 pun... BERSIH?
BalasPadamhehe.. nnt aku ajar yek.. mcm mana nak buat blog.. senang jer.. ko kena pandai explore..
BalasPadampasal bersih aku cuba menjawab.. tapi biasa laa mesti tak perfect.. tapi kalau pjng sgt pon.. nnt meleret.. tak der siapa nak bce.. i kena jge hati pembaca i juga.. wahahah!...
nanti kalau kita berjumpa bleh laa berdailog.. gitu..!!!
br0..........kalu nak kate 1 malaysia ikut 1 israel..........kalu israel 4 all pulak bukan same ngan pas 4 all........lek br0.......persamaan jeh.........
BalasPadam