COURSE APA..????

10:27 PTG 0 Comments


Adalah sebuah cerita...

Terdapat 3 org sahabat yang berlainan kos di sebuah universiti.





A- Kos agama (seperti syariah, Al-Quran Sunnah, Usuluddin), B- kos engineer dan C-kos sains kemanusiaan.


Suatu hari, Si B mengajak sahabat2 baiknya itu pergi makan. Semasa nak makan..

A : Jom bace doa dlu.
B : Ko la bce doa A, ko kan kos agama.
C: Aah! Setuju...lalu A pun bacalah doa.

Begitulah yang berlaku seterusnya. Setiap perkara yang dibuat semestinya Si A yag kena ketuai, atas dasar A 'KOS AGAMA'.

Sampai satu ketika, di sebuah restoran, semasa buka puasa..

A: Ok sekarang B ko pulak yang bace.
B: Tak nak la..ko la..ko kan kos agama..lebih afdhal. Tak pun ko la (B tunjuk C)
C: Eh! Asal aku pilak?? Ko la A. Ko kn kos agama. Takkan tak bolah kott^^

Lalu jawab si A : (Sambil tersenyum ^_^) tak pe la.. biar la aku yang baca, dekat akhirat nanti aku je yang akan dihisab kan?? ok jerr..^^
B & C : Errr...


DI HARI LAINNYA...*****

A : Jom dgr tazkirah!!!
B: Erm.. Takpe la. Kau je la pergi. Kau kan kos agama. Aku ni kalau tak pergi pun tak mengapa, budak biasa je.
C : Betul gak tu. Lagipun aku nk buat assigment aku ni..hehehe. Lebih afdhal kalau kau je pergi. Lagipun ada kaitan ngan kos ko kan?? Hehehe

Jawab si A: Erm..bolah aku cakap sikit? (sambil snyum^_^).

Kenapa korang selalu kaitkan aku dengan kos yang aku ambil? Adakah di hari akhirat nanti ALLAH menilai kita melalui kos yang kita ambil? Cara korang bercakap seolah-olah orang yang ambik kos agama sahaja yang akan dihisab.

Maksudnya orang kos agama macam aku ni sajerlah yang akan masuk syurga. Betul tak?

Ye la..sume perkara baik aku kene buat disebabkan aku kos AGAMA. Bukan ke korang juga perlu berusaha untuk kumpul pahala?

(sambil tersenyum dia sambung kembali) Aku ambik kos ni pun bukan sebab aku pakar dalam agama. Cuma aku tak berapa pandai dalam ilmu-ilmu agama ni, sebab tu aku apply kos ni.

Aku bukan nak salahkan korang walaupun korang bukan KOS AGAMA. Sebab mana-mana kos pun yang kita ambil, kesungguhan kita terhadap Islam yang akan dinilai oleh ALLAH.

Tidak semestinya kos selain dari kos agama tidak diredhai ALLAH. Asalkan kita buat kerana ALLAH, pasti ALLAH jua akan redha dengan kita.

Ingatlah sahabat, kita adalah MUSLIM. Dan ini tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH. Ada jugak orang yang ambik kos agama tapi masih kurang ilmunya, ada jugak org ambik kos lain selain agama tapi banyk ilmunya. Tapi bukanlah itu yang dinilai oleh ALLAH tetapi sejauh mana kesungguhan kita dalam menggapai redha dan cinta ALLAH..^^ (simple tapi sangat terkene)

B menitiskan airmata. C pula tunduk malu..
Dan A ingin berlalu pergi ke tempat tazkirah...


B & C : Nanti!! Tunggu kami! Mulai hari ni kami akan cuba dan berusaha menjadi Muslim yang baik. Terima kasih atas peringatan. :-)

~ALHAMDULILLAH~TERIMA KASIH YA ALLAH..^^

* Kisah benar. Inilah realiti kehidupan kita kan. Mentaliti kebanyakkan orang. Semoga dapat diambil ikhtibar untuk muhasabah dan mujahadah kita bersama. InsyaAllah..
Credit to: Mohd Amiruddin

p/s: Menarik kisah ini.. semoga menjadi panduan kita semua untuk tetap mendekatkan diri dengan Allah walaupun dimana sahaja bidang kita berada... InsyaAllah....

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: