Dalil Al-Quran dan Hadith untuk Aidil Adha.
Firman Allah Subhanahu Wataala surah Ibrahim, ayat 34:-
Maksudnya:
Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu pohonkan kepadanya, dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya dan sangat mengingkari (tidak menghargai nikmat Allah).
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaaffat, ayat 102:-
Tafsirnya:
Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku, bahawa aku (diperintahkan) untuk menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaaffat, ayat 102:-
Tafsirnya:
Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepada Mu, insya-Allah, ayah akan mendapati (menyaksikan sendiri) daku dari orang-orang yang sabar.
Al-Quran Al-Karim Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam surah Al-Kautsar, ayat 1 - 2:-
Tasfirnya:
Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu sembahyanglah kerana Tuhan-Mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai tanda bersyukur).
Hadith dari Aisyah Radiallahu-Anha yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Termizi dan Al-Imam Al-Hakim, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang
maksudnya:
Tidak melakukan seorang anak Adam sesuatu amalan pada hari raya Adha yang lebih disukai oleh Allah Taala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darahnya jatuh di sisi Allah pada satu tempat kemuliaan lebih dahulu dari jatuh kebumi. Maka berkiralah diri kamu dengan korban.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Faathir, ayat 6:-
Maksudnya:
Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh. Kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah An-Nisaa’, ayat 175:-
Maksudnya:
Adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada agamanya, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat yang besar darinya (Syurga). Dan limpah kurnianya yang tidak terkira, dan Allah akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus (agama Islam) untuk sampai kepadaNya (Allah).
sumber: khutbah
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT....!! SEMOGA AMALAN KITA SENTIASA DIRAHMATI DAN DIBERKATI.....
(kredit kepada fadzili kawan aku yang belajar kat New Zeland..kesian dia tak dapat beraya di Malaysia..huhu... dah kau pergi sembelih laa lembu-lembu kat sana... wahaha)
0 ulasan: