DATO SERI NAJIB DIFITNAH LAGI..!!

2:31 PG 4 Comments


Kisah Baru Melibatkan PM Di Mekah
PAPARAN muka depan Utusan Malaysia hari ini menggegarkan negara apabila gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengerjakan tawaf di Baitullah dengan memakai sesuatu yang berupa kalung seakan-akan tangkal dilehernya.
Tangkal selalunya dikaitkan dengan usaha untuk menghalau hantu iaitu sebagai ‘pendinding’ atau untuk mengelak/menyembuhkan penyakit atau untuk memberi kekuatan atau kelebihan kepada sipemakai, misalnya, kekebalan.
Mengapa Najib perlu memakai tangkal untuk mengerjakan haji sedangkan beliau sendiri telah dikerumuni dengan puluhan pengawal peribadi sama ada dari Malaysia atau yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi.
Adakah Najib tidak yakin keselamatannya dilindungi oleh Allah sepanjang berada di Tanah Suci waima di depan Baitullah? Najib perlu menjelaskan kenapa beliau berbuat demikian.
Sementara itu, Pejabat Perdana Menteri ketika dihubungi Mynewshub.my menjelaskan Najib tidak ada memakai kalung mahupun tangkal sepanjang mengerjakan ibadat haji.
Sebaliknya, tali yang tergantung di leher Perdana Menteri itu merupakan tali yang diikat pada buku panduan haji yang biasa dipakai oleh jemaah haji dari Malaysia dan seluruh dunia.
“Buku panduan haji yang siap ada dengan tali ini banyak dijual di Malaysia.
“Mereka yang pernah menunaikan haji atau umrah biasa menggantung buku ini di leher terutama ketika mengerjakan tawaf dan saei,” kata seorang pegawai di pejabat tersebut.
Justeru pegawai berkenaan berharap, orang ramai tidak terpengaruh dengan tuduhan liar bahawa tali yang tergantung di leher Najib adalah tangkal seperti yang didakwa oleh sebuah portal milik pembangkang.
Beliau juga meminta orang ramai mendoakan Najib dan rombongan yang sedang mengerjakan salah satu Rukun Islam di Mekah dan jangan mudah terpengaruh dengan sebarang dakyah atau fitnah yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab..-mynewshub
p/s: tak faham betul laa aku... yer pun nak berpolitik tak perlu kot sampai orang nak buat Ibadah pun kita menfitnah... Berdosa Besar Taw...!! bersangka baik laa terhadap amalan seseorang kerana BIAR KITA TERSILAP MEMAAFKAN ORANG DARIPADA KITA TERSALAH HUKUM... jelas dan nyata kantoi menfitnah., dah laa sebelum ni fitnah Dato Seri Najib sembah Salib kantoi kesan superimpose.. hish2 bawa2 laa INSAF....

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. sampai mcm ni org skrg wehhh.politik,politik.

    BalasPadam
  2. biasalh org2 mcm tu xde modal, makan fitnah je reti

    BalasPadam
  3. elen: tu laaa.. tak payah nak over sentuh ibadah org laa kan.. pemimpin ternama dorg pon tak tunai kan HAJI lagi... huhu

    BalasPadam