Isu Ekspresi Remaja.

11:29 PTG 11 Comments


Semakin aku masuk KEFAJAR(Kelab Fasilitator Pelajar UiTm) semakin aku matang dan tahu dunia sebenar.... untuk pengetahuan semua.. pada 2 dan 3 Disember yang lalu aku dan rakan2 bertungkus lumus untuk menjalankan program yang diberi nama Ekpresi Remaja...


Untuk pengetahuan semua, dalam masa tak cukup sebulan kami telah mencabar diri kami untuk bekerjasama dengan TV9 selaku pihak penganjur mengadakan sebuah projek mega ini.. Niat utama KEFAJAR membuat projek ini ialah untuk mendekati para pelajar UiTM supaya lebih mengenali Kelab kami dan begitu juga dengan TV9 yang menjalankan ekpedisinya ke seluruh IPT di Malaysia.. sebelum ini Ekspresi Remaja telah pun dijalankan di UKM,MSU dan sebagainya... jadi UiTM telah dipilih untuk menjadi ekspedisi terakhir mereka dalam tahun ini....

Dengan berbesar hati kami pun berbincang dengan pihak TV 9.. jujurnya kami kalau boleh nak mengadakan sebuah program Ilmiah iaitu Conference Young Leader kerana conference ini akan menjadi anjuran conference pertama kelab kami. TV9 telah bersetuju dengan idea kami itu dan sanggup sponsor untuk memanggil artis-artis yang berjaya iaitu Norman KRU, Seelan Paul dan Hang Dimas untuk memberi talk dalam program itu. tetapi sebagai balasan sebagai penganjur mereka pula ingin kita mengadakan suatu tempat booth yang mempunyai beberapa artis untuk mempromosikan produk mereka dan mengadakan sebuah konsert.

Selaku wakil pihak UiTM kami pun kenalah bersetuju dengan perbincangan itu kerana dalam isu ini kita perlulah  ada Win-win situation. Dalam masa yang sama juga kami berpandangan bahawa dengan mengadakan sebuah konsert amal dan membuat booth-booth artis dapat menarik lebih banyak minat para pelajar, sekaligus mencapai misi kami untuk mendekati mahasiswa UiTM Shah Alam secara holistiknya... 

Tapi keputusan kami itu tidak hanya dibuat dengan begitu mudah sahaja. Banyak prosedur yang kami terpaksa lalui untuk menjayakan program ini. Dari awal lagi kami dah menjangkakan akan bangkitnya sebuah isu mempertikaikan tentang Nilai Moral jika kita mengadakan sebuah konsert apatah lagi menjemput nama-nama artis muda seperti Bunkface dan Hujan yang sememangnya membawa ganre lagu ROCK...

Bukan sesuatu kerja yang senang, namun dengan tekad dan keyakinan kami. Kami berjaya menyakinkan pihak UiTM yang kami mampu menjalankan program besar ini. walaupun kesuntukan masa. KAMI JUGA MENDAPAT TENTANGAN AWAL DARI PIHAK CITU YANG MEMPERTIKAIKAN PROGRAM INI.. tetapi selepas kami berbincang dan kami pun menerima cadangan CITU untuk memisahkan lelaki dan perempuan. Jadi dengan hasil berbincangan baik kami dengan memberi rasional kepada TV9.. pihak TV9 pun setuju untuk mengasingkan lelaki dan perempuan.....

BUKTINYA...!!!




Gambar terakhir ialah gambar selepas konsert selesai.. JELAS DISINI MANA PEREMPUAN DIBELAH KIRI DAN LELAKI DIBELAH KANAN.. DAN KREW KAMI YANG MEMAKAI BAJU OREN BANYAK BERADA DI TENGAH-TENGAH ORANG RAMAI UNTUK MEMASTIKAN TAK ADA PELAJAR YANG MENARI OVER (MOSH) ATAU MELAKUKAN APA-APA LAGI PERKARA SUMBANG... MALAHAN KAMI JUGA MENDAPATKAN BANTUAN BEBERAPA PIHAK POLIS BANTUAN UNTUK MENJAGA DAN MEMASTIKAN SEMUA DALAM KEADAAN TERKAWAL....

ALHAMDULLILAH.. kalau anda lihat gambar yang ini sangat jelas berbanding gambar kontroversi di atas tadi.. 3 gambar ini menunjukkan jelas.. para pelajar UiTM yang menghadiri konsert ni masih bertatasusila.. mereka hanya berhibur tapi tak pun melakukan sesuatu yang melebihi batas.. malahan penyanyi jemputan seperti Bunkface dan Hujan juga mengingatkan semua peminatnya supaya kita ROCK2 SOPAN SAHAJA KERANA KITA MASIH DALAM SEBUAH GEDUNG ILMU... jadi tiada isu program ini mencemarkan nama institusi kita.. malahan kami telah berjaya mengharumkan nama UiTM kepada pihak media.. bagaimana TV9 sendiri mengakui yang pengajuran dari UiTM ialah yang PALING TERBAIK PERNAH DIJALANKAN.... jadi bila nama UiTM telah harum kepada pihak media sebenarnya ia memberi reputasi yang baik juga kepada UiTM di masa depan.. lagi-lagi kepada pelajar MASSCOMM macam aku....

Ada pihak mempertikaikan kenapa kami tak buat konsert kat tempat terbuka... kalau tertutup macam ni berdosalah, mengalakkan maksiatlah dan sebagainya.. SEBENARNYA BAGI KAMI YANG MENGANJURKAN KONSERT NI.. KALAU KITA BUAT DITEMPAT TERBUKALAH LAGI BAHAYA KERANA SUKAR BAGI KAMI UNTUK MENGAWAL PENONTON YANG HADIR DAN SUDAH PASTI DIKAWASAN TERBUKALAH LEBIH MENGALAKKAN MASALAH MORAL... JADI KAMI PILIH DALAM DEWAN YANG SANGAT SESUAI UNTUK DIPANTAU DAN DIJAGA BAGI MENGELAKKAN MASALAH MORAL YANG MEREKA PERTIKAIKAN ITU.....

Seperti saya katakan tadi niat utama kami ialah untuk mendekatkan diri dengan pelajar dan perkara utama yang saya dan rakan-rakan belajar dalam KEFAJAR ialah perlu menjadi FLEKSIBEL.. iaitu tak kira apa yang berlaku kami perlu masuk dan boleh memahami pelbagai lapisan manusia.. sebab itulah pada 2 haribulan disember kami mengadakan sebuah program berbentuk hiburan kerana target mahasiswa kami ialah golongan yang sukakan hiburan dan meminati artis-artis tertentu.. dan pada 3 disember pula kami mengadakan Conference untuk menarik pula golongan pelajar yang lebih sukakan sesuatu yang ilmiah.. program ini berlanjutan.. kalau mereka yang mengkritik dan tak suka mengenai kosert anda sangat dijemput ke conference pula kerana target kami berbeza.... Dalam dunia ni kita kena faham setiap manusia berbeza-beza jadi cara pendekatannya juga perlulah berbeza.. KITA TAK BOLEH NAK MENGHUKUM SEMUA KENA SAMA SEBAB KITA BUKAN TUHAN.. APATAH LAGI KITA MENGHUKUM DOSA DAN PAHALA.... 

Jika kami hanya mengadakan program berbentuk ilmiah bagaimana pula dengan pelajar yang kurang berminat pula... maka gagallah misi utama kami.. jadi saya harap isu ini jelas.. kerana walaupun kami mengadakan program berbentuk hiburan namun kami tetap berjaya mengawalnya dan tidak menlanggar batas-batas Syariah.Malahan ada juga segelintir pelajar yang pergi ke konsert itu keesokkan harinya pergi juga ke conference kerana mereka berminat dengan cara pendekatan kami yang telah berjaya membuka minat mereka untuk mengadakan program ilmiah juga.. Cuba bayangkan tanpa konsert adakah mereka mahu datang ke conference pula??. JADI SIAPALAH ANDA UNTUK KATAKAN TERUS INI IALAH SUATU DOSA????


AKHIR KATA, saya harap isu ini tidaklah lagi dipanjangkan... saya faham.. semua orang ada pandangan dan komen tersendiri.. sebagai salah seorang krew penganjur saya menerima segala kritikan anda dengan terbuka.. cuma saya terkilan dengan cara anda MENGHUKUM KAMI DENGAN DOSA.. siapalah anda untuk mengatakan kami melakukan DOSA sedangkan anda tiada disitu...??? yang saya bertambah pelik.. DALAM MASA SEMINGGU SAYA MEMPROMOSIKAN PROGRAM INI MENGANTUNG SEMUA BANNER KESELURUH UITM TIADA SIAPA PUN MEMPERTIKAIKAN ISU DOSA.. TETAPI KENAPA SELEPAS PRORAM BARU ADA..??? DAN YANG PENTING DALAM 5 GAMBAR KONSERT KAMI YANG DIHENTAM DI WALL VC GAMBAR PERTAMA YANG PENUH DENGAN PEJELASAN KAMI DIDELETE.. KENAPA?????

HANYA ALLAH YANG LEBIH MENGETAHUI... semoga Allah memberkati kita semua dan menjauhkan kita dari segala fitnah... Amin... 

p/s: apa-apa pun yang dikatakan aku tetap bangga kerana BERJAYA mengadakan program ini... dan secara jujurnya SAYA CABAR MEREKA YANG MENGKRITIK KAMI UNTUK BUAT SEBUAH PROGRAM KEAGAMAAN BESAR-BESARAN SEPERTI KAMI.. INSYAALLAH SAYALAH ORANG YANG PALING KUAT MENYOKONG ANDA.... SILAKAN.... jom pergi konsert ni pula... hehhee...

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

11 ulasan:

  1. =) siapa yg kecoh2 tu fariz? ada libatkan mpp ke?

    BalasPadam
  2. entah laa.. tapi yg penting kami diserang hebat di wall vc... malu kot.. mcm kita buat salah.. sedangkan kita buat utk kebaikan pljr jugak.. betol tak fm..??

    BalasPadam
  3. bersabar jelah fariz..benda baik memang orang susah nak nampak..nampak yg buruk je..good job!!

    BalasPadam
  4. salam bro.. apa yg korang buat tu pada asalnya xsalah, tp kerana pelaksanaan yg kurang menyeluruh menyebabkn bnyk pihak yg mempertikaikan dgn apa yg berlaku sbnrnya..

    sebenarnya aku dpt cerita sebaliknya dari MPP, pd mulanya pihak TV9 mahu bkerjasama dgn MPP, tp YDPMPP tolak pelawaan itu, sebabnya dah lama tiada konsert rock di bumi uitm.malahan tempat progrm juga yg berlangsung di dewan serbaguna akan tercemar dgn aktiviti yg tdk bermoral seperti ini.

    disebabkan MPP tdk setuju, en.wan (kalau xsilap), yg juga merupakan penasihat MPP dan Kefajar, telah memilih kelab Kefajar utk meneruskn konsert ini. dan kalau ikutkan nama KEFAJAR(Kelab Fesi) sgt tdk releven kalau mahu dikaitkan dgn konsert rock seperti ini..

    dan sy juga dimaklumkn bahawa berlaku percampuran diantara lelaki dan perempuan pd mlm itu, wpun terdapat ajk yg bertugas, tetapi oleh kerana pelajar2 asyik dok melompat, ajk pun xmampu nk mengawal.tp samada benar atau tdk berita ini, sy tdk dapat pastikan.

    tp benda yg dah berlaku xpelah, cuma kita kena ambil iktibar pd masa hadapan..

    apa yg sy terkilan, sepatutnya pihak kefajar perlulah berunding dgn tv9 dahulu, walaupun anda mahukan win-win situation, tp bila melibatkan maruah pelajar2 uitm,anda kena dahulukan yg mana lg penting.

    berdasarkn nama kelab FESI, amat tdk releven utk memanggil artis rock utk membuat konsert, malahan kat luar sana ada beribu2 lg artis yg sesuai dgn prinsip kelab FESI ini, iaitu utk membentuk keperibadian pelajar. kalo ikut logik pun, adakah kump rock bunkface dan hujan ini boleh dijadikan ikutan oleh golongan berilmu??

    harapan sy, usahlah utk mengejar nama semata2.tp ingatlah apa yg kita lakukan sebenarnya berkait rapat dgn amalan kita dgn Allah SWT.adakah kita yakin dgn mengadakan konsert sebegitu boleh mendatangkan pahala kpd kita? dgn keadaan pelajar yg tdk menutup aurat, pergaulan lelaki dan perempuan dan sebagainya,sebenarnya kita telah membuka ruang kpd syaitan2 utk mendekati kita. jgn sampai Allah turunkan bala kerana marah umatnya yg selalu mengingkariNya.

    apa yg sy mahukan, kefajar sebagai sebuah nama yg besar di uitm ini, sepatutnya perlu berfikir dgn lebih matang dan berhubung dgn bnyk pihak didalam mengorganisasikan sesuatu event. lebih2 lg kalau mahu anjurkan konsert, tanyalah pihak MPP kerohanian mahupun pihak citu terlebih dahulu, minta pandangan dan perjelasan drpd mereka, serta bertanya tentang kaedah yg sepatutnya, seperti yg disyariatkn oleh islam. wallahu'alam.

    BalasPadam
  5. well done . haha rase na muntah tgk org yg beriya mngatakan ini adalah SALAH , DOSA , dan cakap mcm oke whatever :)

    BalasPadam
  6. saya dah jelaskan niat utama kami utk mendekati pelajar.. jika kita membuat program berbentukkan agama ia akan kurang effektif.. bukan saya nak mempertikaikan program agama atau ilmiah.. tapi bagi kita mentarbiahkan seseorg kita perlu masuk dan memahami dahulu dunia mereka.. seperti yg saya katakan tadi menjadi FLEKSIBEL.. tetapi yg penting kami tak melanggar syariah seperti konsert2 di luar sana...

    Jujur saya katakan keadaan dalam dewan terkawal.. anda tak percaya tanyalah penonton yang hadir.. biasalah bila berita disampaikan dr mulut ke mulut ia akan berubah ibarat radio buruk..

    mengenai isu mpp.. saya rasa pihak fasi tiada kaitan dengan mereka.. bukan kami yang terkinja-kinja merebut projek dengan mereka.. tetapi mmg sudah menjadi rezeki kami untuk mendapatkannya.. ingat niat pertama kami ingin mengadakan sebuah conference dengan menjemput beberapa artis yang berjaya.. Alhamdullilah pihak caseleri memberi tahu yang tv9 nak sponsor kerana mereka nak buat ekspresi remaja.. maka bila sudah ada rezeki takkan nak tolak.. kami tak tahu pun pada dasarnya program ini akan jadi isu dgn mpp.. maka saya minta maaf sgt kepada pihak mpp...

    jelas tadi saya katakan kami sudah pun berjumpa dgn pihak CITU mahupun mpp kerohanian.. harap diperjelaskan.. terima kasih dan minta maaf kpd sbrg kesalahan kata..

    BalasPadam
  7. tp dlm ISLAM matlamat x mhalalkan cara...
    adakah saudara mrasakan konsert yg saudara laksanakan ini boleh mnambah saham pahala...???
    ya dosa pahala milik ALLAH...
    tp sy yakin kita sendiri mampu mnilai mana pahala mana dosa...

    BalasPadam
  8. Islam tak melarang kita berhibur janji ada batasnya.. benar saya setuju dengan zara yang kita boleh menilai mana pahala dan dosa.. tapi kita tak boleh menghukum.. kerana kami telah sedaya baik utk mengelakkan sebarang mslh moral terjadi Alhamdullilah semuanya terkawal..

    segalanya terletak kepada nawaitu.. niat kami baik nak beri peluang mahasiswa berhibur dan mendekati mereka dan dalam masa yang sama jika diberikan ruang membantu mereka menjadi mahasiswa kelas pertama bagi membantu UiTM, Bangsa, Agama dan Negara secara keseluruhannya..

    kalau saudara rasa pendekatan saya ini agak berdosa.. terserah.. kerana cuba saudara letakkan diri saudara kepada golongan seperti mereka.. bagi mereka jika kami tak buat begini mereka takkan pernah layan kami.. apatah lagi terus menerus mengajak mereka melakukan sesuatu yg lebih ilmiah dan sebagainya...

    sukar sebenarnya nak memuaskan hati semua pihak dan sebenarnya sampai bila2 pun kami tak akan berjaya.. begitu juga dengan saudara zara.. namun yg penitng kami cuba sedaya yang baik untuk kebaikan semua.. Alhamdulillah kesannya positif.. tak ada pun mslh yg berlaku kan?? kalau ada sila bagi tahu kepada saya.. saya terimanya dgn terbuka

    dan jika saya ada tersalah kata MINTA MAAF.. terima kasih for the feedback..

    BalasPadam
  9. just dengar n amik iktibar dah le......ramai yang memerhati dan keputusan wajib tercapai...just redha la ape yang berlaku..... nama intitusi pun pusat pembelajaran so pk2 yang terbaik......mengenai doasa dan pehala tu kepada yang rasa x cukup ilmu agama jangan lah rasa jijik bila orang comment kerana mungkin dia lebih berilmu dariengkaukan so kita ni fitrah kejadian dalam undang2 dia patuh dah le....susah ke...sori ganggu....open pls.....

    BalasPadam
  10. sijil utk conference tu mcm mana nak ambk ek??? saya join tp xdpt sijil lg nie...

    BalasPadam
  11. oh yeker.. bleh tak tgglkan nama penuh, no matrik dan no tepon di message fb saya... nnt sye akan cuba cari sbb mmg ada sijil yg dh print tapi nak hubungi pemiliknya tak dpt dikesan.. minta maaf yek....

    ni url fb saya http://www.facebook.com/profile.php?id=100000138727326&ref=tn_tnmn

    BalasPadam