Kenapa BERSIH 3.0 tak nak buat di stadium???
Aku ingat dengan adanya Parliamentary Select Committee(PCS) dah takkan ada BERSIH lagi tetapi apa yang agak meleset.. mereka tetap ingin melaksanakan BERSIH 3.0 pada 29 April ni...
KENAPA?????
Ini ialah tiga objektif BERSIH 3.0......
1.Suruhanjaya Pilihan Raya mesti meletakkan jawatan, kerana ia telah gagal dalam tanggungjawabnya dan telah kehilangan keyakinan orang ramai.
2. Proses pilihanraya perlu dibersihkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
3. Menjemput pemerhati antarabangsa untuk memerhatikan Pilihanraya Umum ke-13.
=_____= (poker face)
ok laa malas dah nak bidas alasan kat atas ni... Semalam telah berlangsungnya Debat diantara KJ dan Ambiga dalam membicarakan tentang isu ini.. hasilnya Ambiga bersetuju untuk berjumpa dengan Suruhanjaya Pilihan Raya juga untuk menyelesaikan masalah ini...
Jadi apa rasionalnya lagi perhimpunan BERSIH..????
Baiklah aku tak kisahlah korang nak buat perhimpunan juga buatlah tapi satu jer benda yang aku nak stress kat sini.. KENAPA TAK BOLEH BUAT KAT STADIUM SEDANGKAN DBKL DAH SETUJU NAK BAGI STADIUM MERDEKA DAN STADIUM BUKIT JALIL (yang sangat2 besar)
1)Ada orang kata nak Dataran Merdeka juga sebab ada semangat kebebasan.. habis Stadium Merdeka tak ada ker??? (-____-')
2)Nak buat kawasan terbuka barulah protes namanya.. barulah kerajaan nak dengar cakap kami....!! Lagi pun mana ada orang buat protes kat stadium..!!
HABIS NI APA????
3) Kami buat perhimpunan "duduk dan bantah" aman dan selamat... (=____=") kan lebih selesa dan aman buat dalam stadium...???
Mereka kena faham kalau buat kat dataran merdeka ia akan mengangu perniagaan rakyat terutamanya kawasan tu majoriti Melayu.. mereka dan buat memorandum bantahan kat DBKL lagi.. so tak faham2 ker yang mereka pun ada hak bersuara....
MEH SINI AKU NAK KONGSI SATU CERITA....
"Pada zaman Rasullurah S.W.T, Rasullurah ada menegur sekumpulan sahabat yang berbincang-bincang di jalan. Nabi tegur mereka kerana menghalang laluan. Sahabat menjawab “kami tengah berbincang tentang perkara penting.” Nabi menjawab penting macam mana pun tunaikanlah HAK JALAN dan Nabi juga pernah berpesan sekecil-kecil kebaikan seperti kita mengalih duri di tengah jalan pun akan diberikan pahala...."
Jadi apa yang kita dapat belajar dari kisah ni??? Walau sesuci mana pun matlamat kita tapi jika kita tak melaksanakannya ke jalan yang betul ia tetap salah... ingat MATLAMAT TAK MENGHALALKAN CARA.....
JADI RENUNG2KAN KEPADA PENYOKONG BERSIH 3.0 apa tujuan anda sebenarnya????
p/s: saya tak berniat nak hentam sesiapa tapi ini apa yang saya rasa benar... kalau nak berdakwah pun ada cara dan tertibnya.. itu apa yang Islam ajar.. bukan ikutkan nafsu amarah untuk orang dengar apa yang kita kata.. sekian.. babai.. :P
0 ulasan: