PETUA TIDUR NABI SAW
SEORANG yang berusia
60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.
Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi
ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas.
Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau
terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah
sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100
pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk
menjamin seseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur
sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari
cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20
tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau
lebih air liur basi.. hehehe….
Antara Sunnah-sunnah
Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan
selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa
harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur
menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang
membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai
mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar
34 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke
tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat
jahat manusia.
5. Niat untuk bangun
Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia
bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung
daripada sihir dan buatan orang.
6.Ambil wudhu sebelum
tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7.Maafkan semua
kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum
tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara
Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan.
Sangat mudah untuk
melakukan semua ini lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream
sebelum tidur(aku sendiri yang terasa.. hahahaha) .Lebih mudah daripada buat
senaman ringan sebelum tidur(tak buat pun.. siapa yang buat??)....
INSYAALLAH AMAL DAN
SAMPAIKAN.. PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SEMUA… J
sumber: Menerjah Badai
0 ulasan: