EKSPEDISI KE JOHOR BAHARU.

8:32 PG 12 Comments

SERIUS aku tak pernah jelajah Johor Baharu.. lalu pernahlah semasa wakil sekolah ke persembahan brass band di Singapura masa form 4 dulu....
nilah dia gambar bandar johor aku tangkap dari atas langit.. hehe.. dah maju.. macam kuala lumpur pula aku tengok...

Sebenarnya plan awal.. aku and the geng nak pergi bercuti ramai-ramai di MELAKA.. bermula daripada plan sekelas, malangnya kurang mendapat galakan.. jadi bertukar menjadi plan beberapa kumpulan lelaki... akhirnya kerana semua macam pokai maka plan pun canceled... aku pun tak la beberapa setuju sangat trip  percutian ker MELAKA TU.. ialah mana ko nak mencari duit untuk bayar  PENGINAPAN(kata nak sewa banglo..!!), PENGANGKUTAN(kata nak naik kereta ramai-ramai..tol and minyak!! pergh!!!), TIKET THEME PARK DI MELAKA MAHAL!!! dan sebagainya.. 
tak pasal-pasal duit melayang macam debu di udara... hehe.... maka aku dan Haziq plan kita pergi jer la Johor Baharu lepak rumah Luqman.. sebab secara jujur aku tak pernah explore bandar di selatan ni.. maka dengan  persetujuan Luqman untuk support PENGANKUTAN DAN PENGINAPAN.. jadi plan pun  terus jalan...

TEPAT... 1 DISEMBER 2010.. aku dan Haziq pun bertolak dari Stadium Bukit Jalil ke Larkin, Johor Baharu...  kami naik bas FIVE STAR... jangan main-main.. hehe...
excuse me.. nama jer 5 star.. tapi dalam bas nya sama jer macam ordinary bas.. hehe... perjalanan yang memakan masa selama 4 jam.. akhirnya kami sampai di Johor Baharu.. masa dah nak dekat-dekat sampai tu aku dengan haziq tak perasan pun sebab kami sedang sibuk main game scramble dalam laptop aku.. hehe.. bila dah sampai jer.. maka aku pun kelam-kabutlah.. mana nak tutup laptop, barang sepah, nak zip beg lagi,  nak ambil selipar yang termasuk kedalam kerusi dan yang penting.. time-time kelam kabut macam ni la hanphone nak jatuh.. so satu hal pula suluh-suluh cari handphone yang terjatuh.. BAS PUN SATU HAL KALAU DAH BERHENTI TU BUKANNYA NAK PASANG LAMPU ..!!! choi!!!

memang lambat giler aku bersiap.. sampai driver tu tegur boleh cepat sikit tak.. maka dengan kelam-kabut aku pun keluar.. namun sebaik sahaja beberapa minit bas tu meninggalkan kami.. aku tersedar..

AKU TERTINGGAL EAR PHONE MP3!!!!
OK FINE... bila kita orang toleh jer.. bas telah hilang daripada pandangan.. ciss!!! maka tamatlah riwayat earphone aku yang tak sampai sebulan pun..nasib baik MP3 tak tertinggal kalau tak lagi aku meroyan.. hehe..

setelah menuggu beberapa minit maka Luqman pun mengambil kami.. menaiki kereta HONDA CIVIC!!!
maka mula la journey kami meronda-ronda menaiki kereta mewah tu.. hehe... malam tu kami sempat melahap di sebuah restoran yang ala-ala pondok.. makanan JOHOR kira ok la... cuma yang aku tak puas hati.. ada gambar blanded yang berkrim kat atas meja.. memang terliur la tengok air blanded coklet macam tu.. maka aku order la air coklet blanded tu.. malangnya abang tu kata.."MAAF YE DIK.. TU GAMBAR JER.. NANTI BALANDEDNYA TAK ADA KRIM DAN CERI..." taattt!!!! aku terus cancelled order..!!!
INDAH KHABAR DARI RUPA...!!!

KEMUDIAN, kami pun lepak la rumah Irsyad... sampai pukul berapa ntah.. yang penting dah pagi.. hehe.. selesai berbual gan Irsyad maka kita orang pun balik rumah Luqman melelapkan mata...

AKTIVITI HARI PERTAMA...

1. MAKAN DI RUMAH LUQMAN..!!!
-sedap.. sebab first time aku makan sambal goreng masakan orang jawa.. hehe..!!!
2.MELAWAT TAPAK ISTANA JOHOR LAMA...
dekat kawasan ni ada taman bunga jadi kami pun mulalah berposing-posing.. nasib baik HAZIQ bawa camera namun baterinya tinggal satu bar... (haziq ni mmg suka bawa benda yang tak ada beteri)

jadi ini lah kisah kami di taman bunga..!!!
INILAH DIA LUQMAN..!!!
(ORANG JAWA..hehe..)
 IRSYAD....
(MACAM BAPAK ORANG... hehe..)
SI MINAH HAZIQ...
(WARIS TUNGGAL KILANG CENDAWAN DI KUALA SELANGOR... HEHE..)
INILAH DIA SI FARIZ MACHO...hehe..
(gambar berlatar belakangkan singapura.. cantik tak??)

GAMBAR-GAMBAR NAKAL KAMI DISANA...!!!
OPPSSS!!! SORRY TERCUCUK!! hehe...
AKU DIPIJAK!! choi!!!
MULA BERJINAK-JINAK DENGAN ROKOK...
oppssii... it will never happen.. acah jer ni... hehe...
ALAMAK GAMBAR NI MACAM KULIT ALBUM LA.. hehe..

3. SHOPPING SAKAN DI BUTIK BUNDEL JOHOR.. macam tak percaya baju murah dan cantik.. berjenama lagi.. kat KL memang berlambak bundle.. tapi boleh ker dapat butik bundle.. hehe..

4. MALAM PULA BERKAREOKE DI ALI BABA..!!!

AKTIVITI HARI KEDUA...

1. BANGUN DAH SAH-SAH TENGAHHARI...hehe.... plan awal nak pergi mandi sungai di KOTA TINGGI pagi-pagi... malangnya kalau dah tidur pukul 4 pagi nak bangun awal tu memang mustahil laaa.... sampai sahaja tengahhari pergi jemput irsyad kena tunggu mak bapa dia balik pula... akhirnya mula bertolak ke sungai pukul 3 petang... hehe...
semasa perjalanan.. terjumpa pelangi besar nak mampus.. cantikkan..!!
penat tangkap ni.. berapa kali snap baru dapat.. hehe...

NI LAH DIA SUNGAI KOTA TINGGI...
MALANGNYA... setiba sahaja kami disana.. hujan turun dengan lebat..  macam saja jer.. namun sebab dari jauh dah berjalan nak juga mandi tak kira walaupun hujan.. hehhee..... inilah dia telatah kami mandi HUJAN+SUNGAI=BALIK CONFRIM DEMAM.... hehehe....

BEST BETUL!!! main berenang-berenang....main selam-selam... tak sampai sejam mandi..  tiba-tiba pengawal panggil naik.. sebab hujan dah terlalu lebat.. air deras... MAKA KAMI PUN BALIK... tak pelah janji dapat mandi.. walaupun sekejap... hehe....

2. MAKAN MURTABAK JOHOR DAN CHICKEN CHOP!!!!
CUBA BAYANGKAN MURTABAK SEBESAR NI MAKAN SORANG-SORANG... memang boroi perut aku lepas ni...!!!!!
OK SUMPAH CHICKEN CHOP DIA SEDAP... luqman ni cakap pak cik yang masak ni ex-cheff di cruise.. huhu... no wonder!!!
AKU RASA MEMANG JADI TREND KEDAI MAKAN DI JOHOR LA.. mereka suka letak otak-otak dan kacang atas meja.. sementara tunggu makanan dipesan.. maka kalau tak makan memang tak sah la kan sebab perut dah berbunyi... otak-otaknya pun boleh tahan.. hehe...

3. MALAM TU KAMI PERGI KE ALI BABA UNTUK KAREOKE LAGI... hehee...

ITU SAHAJALAH KISAH AKU DAN RAKAN-RAKAN DI JOHOR BAHARU...!!! LEPAS NI AKU NAK MENJELAJAH KEMANA PULA KAN... hehee... aku plan nak mendaki GUNUNG JERAI LA PLAK.. hehe... siapa nak join????
PENJELAJAHAN MASIH BELUM BERAKHIR..!!! 
JOM!!!!

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

12 ulasan:

  1. well you seem to have fun haha... lupa nak gitau suruh kirim salam kat depa smua

    BalasPadam
  2. dan kenapa rupa haziq macam mamat bangla?mamat indon pom ade jugak.

    BalasPadam
  3. shuryo: ko kirim jela salam kat fb... ko kan sentiasa on9.. hehehe

    BalasPadam
  4. hellooo i berketurunan maharaja india ok sebab tuh la nampak cam bangla...
    erm faris....ko nk g gunung jerai ker atau gunung ledand?

    BalasPadam
  5. meh kita pergi kelantan pulak
    boleh aku bawak p jalan jalan
    haha

    BalasPadam
  6. haziq: bila masa plak india ada maharaja.. mahatma gandhi ada la.. hehe.. dan apa pulak kaitan india dengan bangla.. hehe mengaku jelah keling haziq woit!!!

    best gak yek kalau g gunung ledang.. boleh jumpa dengan kakai i.. hehe

    BalasPadam
  7. qila kau tinggal kat kelantan ker?? mcmbest gak kalau dapat g sana.. tapi kau perempuan.. so kalau g sana nak tumpang rumah spe.. duit pokai ni x mampu duduk hotel.. heheh

    BalasPadam
  8. wah~~tahniah3~aku pom x sampai lagi johor nieh..ehehehehe

    BalasPadam