OKU
APA ITU O.K.U ???
Aku rasa semua orang pasti pernah berjumpa dengan golongan inikan.. Menurut kajian golongan ini peratusannya hanya lah sedikit.. namun tidak dapat ditolak bawah GOLONGAN KURANG UPAYA ini memang akan wujud dimana-mana tanpa mengira kaum, agama, warna kulit, jantina mahupun darjat...
tengok gambar ni.. perempuan cantik pun masih cacat.. namun ia tetap tidak menjadi penghalang kepada dia untuk terus menari...hehe.. bagus kuat semangat beliau.. semangat untuk terus hidup inilah yang wajar dicontohi oleh kita sebagai manusia yang sempurna fizikal....
sebenarnya aku dua cerita mengenai OKU..(bukan ORANG KEISTEMEWAAN UTAMA.. tapi ORANG KURANG UPAYA)
KISAH PERTAMA..!!
masa tu aku nak pergi kerja.. baru lepas MASJID JAMEK jadi macam biasa tukar train kalau nak pergi ke PWTC.. sedang aku tunggu kereta untuk melintas tiba-tiba aku perasan yang pak cik sebelah aku ni sedang pegang tongkat besi dan pakai cermin mata hitam...
jadi sebab kesian tengok pak cik tu.. mungkin dia buta dan perlu dipimpin untuk lintas jalan.. aku terus menyapa beliau "PAK CIK BOLEH NAMPAK TAK?? NAK SAYA PIMPIN??.." tiba-tiba pak cik tu balas "PAK CIK BOLEH NAMPAK NAK" jawab dia selamba... OMG!!! malunya aku.. kalau dia tak buta kenapa dia bawa tongkat dan pakai cermin mata hitam.. siap bawa beg galas yang penuh dengan tisu lagi.... maka aku dah mula SUSPECIOUS..!!!
biar benar pak cik ni.. then aku tengok dia lintas.. relaks jer.. adush!! biarlah dia malas aku nak layan.. harap-harap dia tak buat seperti yang aku rasa..
cerita ni mula berlaku semasa aku nak pulang dari kerja.. punyalah lama menunggu bus RAPID KL.. nasib baik tambangnya hanya RM1 kalau tak memang tak kuasa aku nak menunggu.. sebaik sahaja driver bus tu dah ready nak berjalan maka aku pun menujulah ke arah bas tu.. sekali aku nampak MAK CIK CINA sedang bawa banyak beg plastik.. dia tua dan nampak tak larat nak bawak barang banyak-banyak.. terdetiklah hati aku macam nak tolong dia..
bila aku dekat jer dengan dia... terkejut beruk aku dibuatnya.. kerana dalam beg plastik yang berat tu rupanya dia bawak sampah... pelik aku dibuatnya..?? kemudian sesudah mak cik tu penat-penat beratur nak naik bas bila sampai turn dia nak naik dia pergi tempat lain.. lepas tu mulut dia berkumit-kumit.. entah cakap apa entah aku tak tahu sebab bahasa mandrin.. lagi la aku bertambah pelik.. sebab kalau dia waras.. kenapa dia bawa sampah dan tak naik jer bas.. semua orang naik kot.. penat jer dia tunggu lama-lama tadi..
sebaik sahaja aku naik bas.. bas pun jalan dan aku tengok mak cik tu still berlegar-legar di kawasan LRT.. emm lantaklah.... janji dia bahagia.. (tak tahu nak komen..)
SEBENARNYA.. sejak aku berkerja di KL ni aku nampak macam-macam orang terutamanya golongan macam ni.. mereka seakan-akan menpergunakan kekurangan mereka untuk meminta sempati...
bukan niat untuk mengutuk atau menghina tapi bagi aku salah ke kalian mencari kerja yang lebih proper berbanding meminta sedekah.. setahu aku KERAJAAN telah mengeluarkan dasar untuk setiap syarikat di Malaysia sekurang-kurangnya 1% daripada pekerjanya ialah golongan OKU.. jadi kenapa perlu lagi meminta sedekah sedangkan peluang pekerjaaan sentiasa dibuka untuk golongan ini...
aku pernah dengar kata ustaz aku.." KALAU NAK BERSEDEKAH BIAR IKHLAS BUKAN SIMPATI".. berbeza ye kita memberi sedekah kerana ikhlas dan bukannya sempati.. kerana ikhlas ialah bila kita rasa senang untuk memberi apa sahaja yang kita ada tanpa rasa untuk dibalas.. namun sempati ialah kerana kita kesian melihat dia... mungkin nampak kurus dan cacat jadi bagilah duit....dan mungkin kita mengharapkan balasan sebab nanti bila kita susah kita pun nak orang sempati dengan kita... (aku harap persepsi ini dapat diubah)
AKU NAK KONGSI SEDIKIT MOVIE YANG AMAT MENYAYATKAN HATI... iaitu..
I AM SAM..
SUMPAH CERITA NI SEDIH.. aku sebenarnya kalau tengok cerita movie apa2 jarang nak touching apatah lagi sedih.. selalunya kalau tengok cerita sedih aku akan selalu gelak.. lagi2 kalau part dorang tengah nangis(especially cerita typical melayu..) tapi dalam cerita ni memang aku menangis giler2 babeng.. walaupun watak utamanya langsung tak pernah menangis.. LIHAT BETAPA HEBATNYA CERITA NI..!!!
cerita ni mengisahkan mengenai seorang OKU yang berjuang untuk menjaga anaknya.. walaupun mahkamah memutuskan supaya anak angkatnya itu di jaga oleh keluarga angkat kerana kapasiti SAM yang cacat dan berIQ rendah.... movie ni ada orang upload dalam youtube.. so korang boleh la tengok...
ni bukti gambar aku menangis... hehe...
orang gila dikira kurang upaya ker?? emm confuse!!
BalasPadam8-}
For every weakness, there is always an advantage. These people can do things none of us can, despite their handicap
BalasPadamOKU sebenarnya Orang Kelainan Upaya...adalah insan yang menunggu di pintu Syurga....
BalasPadamgmbr last sekali tu kau nangis real ke tipu tipu ni fariz ?
BalasPadamshuryo: i agree with u...
BalasPadamAnonymous: amin.. begitu la kehendaknya.. kelainan??bukan kurang yer...
BalasPadamreal la qila... x caya sudah... :((
BalasPadamnyah gmbr ko nanges sumpah propa!
BalasPadamapa yg propanya... real kot!!
BalasPadamtlgla yg gmbr mnangis tu..haha
BalasPadamOKU telah dimanipulasi oleh orang yang kejam!
BalasPadamsan: kenapa dengan gambar nangis aku?? x real ker?? hehe...
BalasPadamtapi kadang-kadang bean.. oku sendiri yang meyalah gunakan kekurangan.. aku arap perkara ni boleh dibendung laa...
BalasPadam