10 SUKA DUKA 2010.
Dah lama rasanya tak update blog.. macam biasa internet buat hal sebab lupa nak bayar bil... lagi pun sekarang ni tengah pokai sebab duit banyak nak pakai untuk masuk universiti... ALHAMDULLILAH.. aku berjaya sambung dalam course Mescom... (cuak laa dengar cerita result muet keluar 3 januari ni..hayoo!!)
Sempena tahun baru sedang mendatang... maka sesuai la aku memberikan 10 rangking peristiwa suka mahupun duka dalam hidup aku sepanjang 2010 ni... ayuh kita lihat carta-cartanya... hehe....
10
tempat yang kesepuluh ialah kisah aku menguruskan BAJU KOPORAT untuk budak-budak Pre-law... ialah selaku Bendahari dalam kelab Pre-law maka aku pun bercadang untuk memberikan kelainan kepada ahli kelab... iaitu menwujudkan BAJU KOPORAT.. sebab selama ini prelaw hanyalah memakai baju T-Shirt club yang sangat membosankan iaitu warna hitam...TATTT.....
maka hasil aku bertungkus lumus mencari designer, mencari supplier, mengumpulkan wang pelajar prelaw yang berlambak... melayan karenah serta tomahan yang tak sudah-sudah menhentam... AKHIRNYA aku dapat juga mewujudkan sebuah tradisi baru di Pre-law iaitu baju rasmi ini...
fuhh.. sumpah penat... namun semuanya berbaloi.. selepas hari pertama baju ni sampai aku dah bersorak kegembiraan.. kemudian pada keesokkan harinya aku melihat semua pelajar pre-law mula memperagakan baju ni.. sumpah dorang nampak sungguh bergaya.. DAN PADA SAAT ITU AKU HAMPIR MENITISKAN AIR MATA... hehe... akhirnya baju rasmi ini telah menjadi tradisi dan sekarang ni pun junior-junior aku di PRELAW sedang meneruskan kelangsungan baju ini..
aku harap budaya ini boleh kekal lama.. tak kisah la kalau dorang nak tukar design lain janji akulah orang pertama yang menjadi pencetus kepada kewujudan baju koporat dalam ASASI PRELAW DI KEDAH.. hehe.....
RELATED STORY..
9
Kisah yang berjaya menduduki tempat ke sembilan ini ialah memori dimana aku dan beberapa rakan-rakan yang lain dalam misi memecahkan rekod MALAYSIA... untuk berdebat dalam pelbagai bahasa dalam tempoh 111jam tanpa henti di PWTC... hehe...
aku sangat berbangga sebab menjadi salah satu komuniti dalam mejayakan program yang berprestij ni... maka kami pun gigih la tidur dan berdebat di PWTC... hehe.. ini buktinya...
Sumpah bangga.. buat pertama kalinya dalam hidup aku memegang rekod MALAYSIA... hehe.. lihat la rambut aku sebab tak cukup tidur bertambah tension sebab kena berdebat tanpa henti.... ini lah hasilnya... MACAM ALBERT EINSTEIN..!!! hehe..
sama tak... hehe.... sebenarnya dalam masa yang sama.. tempat kami menjalankan program memecah rekod kebangsaan ini juga telah berlangsungnya PESTA BELIA DI PWTC... so dah alang-alang aku dapat tiket free aku pun masuklah pertandingan PUBLIC SPEAKING CORNER... hehe inilah aku...
hebat tak??? malangnya aku kalah.. wahaha.. tak pe tak penting pun menang kalah yang penting pengalaman.. hehe...
8
kisah yang menduduki tangga seterusnya ialah...(ala-ala anugerah plak.. hehe)... kisah aku memenangi pertandingan DEBAT VC CUP... bukan johan tapi naib johan.. wahaha..!! tapi aku tak kisah pun sebab itulah buat pertama kalinya dalam hidup aku.. aku dapat berjaya berada di atas pentas FINAL bagi pertandingan debat... jujur aku katakan sepanjang hidup aku bermula daripada FORM 2 aku meceburi dunia perdebatan aku tak pernah capai tahap sampai ke pentas FINAL... jadi berdiri dan berhujah di hadapan semua orang memanglah sangat-sangat mengharukan... huhuh...
walaupun kalah tapi still bangga.. hehe.. nampak tak hadiah yang aku pegang tu.. sebenarnya dalam tu dapat KAMUS BAHASA INGGERIS...(what the kerk!! aku pun tak tahu motif debat bahasa melayu bagi kamus.. hehe...) aku memang mengakui ramai lagi penghujah diluar sana berkali-kali ganda lebih hebat dari aku.. jadi memori sebegini mungkin akan jadi yang terakhir bagi ku.. huhuh.....
7
kisah ke tujuh ialah kisah pertama kalinya aku pergi ke KONSERT dan MINAT BOLA... wahahah!!! macam kelakarkan.. tapi bagi budak skema dan baik macam aku..(perasan..) buat pertama kalinya dalam hidup aku merasai benda ni... hehe....
SHOUT AWARDS...
macam inilah meriahnya konsert tu... tapi please laaaa.. jatuh darjat aku berdiri dan terlompat-lompat macam dorang ni.. hehe.. aku dapat tiket untuk duduk di bahagian atas.. yang bestnya aku punya tempat betul-betul bahagian tengah jadi view nya sangat cantik.. hehe.. macam2 peristiwa yang aku saksikan.. tapi memang gempak laa.. dan sekarang aku dalam perancangan nak cari tiket AJL plak.. hehe.. yang penting aku dapat tiket... FREE..!!!
JANGAN JEALOUS...!!! hehe....
dalam masa yang sama aku sudah mula berminat dengan pemain bola MALAYSIA.. hehe..
semua ini berlaku apabila aku secara tidak sengaja menyaksikan perlawanan bola bagi SUKAN ASIA diantara Malaysia vs China... mungkin bagi kalian setakat minat bola apa yang menariknya.. tapi bagi aku sangat ganjil sebab selama ni aku anti giler bola.. aku tak suka sebab aku mengakui aku kaki bangku dan aku fobia nak main bola.. so pasal bola memang aku tak ambil tahu.. tapi sekarang macam dah kena anjakan paradigma dan aku mula pula menyukai bola.. lagi-lagi bola tempatan.. hehhe.. HIDUP MALAYSIA..!!!
apatah lagi baru-baru ni MALAYSIA berjaya menundukkan GARUDA INDONESIA... yang propa jer lebih.. huhu.. suka aku.. melompat-lompat aku tengok bola... (bagi aku itu sangat pelik sebab sebelum ni aku tengok bola tertidur jer.. huhuh) SYABAS BUAT MALAYSIA... (hasilnya hari ini cuti umum.. hehe)
RELATED STORY.
6
SETERUSNYA ialah kisah dinner aku.. hehe.. macam-macam yang terjadi semasa dinner ni dan aku klasifikasikan inilah DINNER terbaik dalam hidup aku... sebab aku rasa TERHARU sangat dengan majlis ni kerana kami akan keluar daripada Asasi... huhuh.. dan bagi aku inilah DINNER yang telah menghargai jasa aku sebagai BENDAHARI KELAB... aku tak pernah terasa terharu macam ni sekali... I LOVE PRELAW SO MUCH!!!!
BACALAH KISAH DINNER DI SINI.. hehe....
5
BAIK LAH.. kini kita akan melihat pula kisah top five dalam carta 10 kisah aku sepanjang 2010.. hehe..(over jer..!!) kisah seterusnya ialah detik dimana saat-saat akhir aku ingin meninggalkan UiTM Kedah.. aku megakui inilah tempat terbaik pernah aku menuntut ilmu selama aku hidup di dunia ni.. keadaan Kedah yang permai.. kawan-kawan yang baik dan ceria serta segala suka dan duka membuatkan aku sayang sangat UiTM ni.. rasa macam tak nak pergi.. tapi nak buat macam mana .. kehidupan perlu diteruskan.. huhu..(menulis sambil mata berair..serius!!)
INILAH PRESENTATION TERAKHIR AKU...
SAHABAT HICOM(high community) PRELAW CLUB...
HARI MALANG YANG PALING MENARIK DI KEDAH..
ROOMMATES TERSAYANG..!!
THE BEST FOOD COURT IN THE WORLD..!!! hehe..
MASJID TEMPAT AKU BERIBADAH..
ANTARA BAGUNAN TEMPAT AKU MENIMBA ILMU.. huhu
TEMPAT AKU MENGISI AIR..
DAN JUGA
TEMPAT AKU BUANG AIR..
wahahaha!!!
LIBRARY TEMPAT AKU MENCARI SUMBER ILMU..
huhu...
SELAMAT TINGGAL...!!!!!
RELATED STORY..
4
tempat ke empat pula ialah kisah aku dan rakan-rakan di kelas... sumpah banyak suka duka yang kami lalui selama setahun setengah sebagai classmates.. memang aku sayang sangat-sangat semua classmates aku.. pada semesta pertama aku telah dilantik mejadi ketua kelas... dan semesta seterusnya aku meletak jawatan sebab telah memegang jawatan BENDAHARI dalam Prelaw Club..
INILAH KISAH KAMI...
BANYAK PERKARA YANG KAMI LAKUKAN BERSAMA...
1. BERBUKA PUASA BERSAMA-SAMA.
2. ROMBONGAN KE BUKIT MERAH.
3. KONGSI NOTA BERSAMA-SAMA..(masa aku jadi ketua kelas aku yang memulakan budaya ini.. aku mewajibkan semua orang bayar duit photostat nota.. so aku akan edit nota diberikan oleh lecture kemudian copy untuk satu kelas... Alhamdullilah.. budaya ini diteruskan sampai habis belajar di Uitm Kedah.. hehe)
4. MENGAHADAPI PEPERIKSAAN DAN UJIAN BERSAMA
5. BELAJAR SERTA MELAYAN KARENAH LECTURES YANG PELBAGAI.. hehe
dan banyak lagi... kalau aku cerita boleh buat novel 7 siri..(kalah HARRY POTTER.. heehe) yang penting dengan motto kelas
GENIUS, GORGEOUS AND GLAMOROUS
KELAS
PL G
AKAN SENTIASA DI HATI...!!!
RELATED STORY...
3
kisah ketiga ini memang agak malang sedikit bagi aku... namun aku ambil peristiwa ini sebagai pengajaran yang paling berharga... kisah aku di tipu sebanyak RM 550.. dalam sekelip mata sahaja ia terjadi.. hanya kerana termakan kata-kata dia yang manis serta sikap aku yang terlalu mudah mempercayai orang.. telah menyebabkan aku di rompak tanpa ku sedari....
peristiwa ini baru terjadi...dan sampai sekarang aku masih di dalam FOBIA..!! maka selepas ini aku takkan lagi mudah untuk mempercayai orang, lagi-lagi soal duit.. dan aku akan cuba lebih BERHATI-HATI...
MORALNYA: jangan mudah mempercayai orang yang tidak kita kenali..(aku sungguh kecewa kerana wujudnya orang-orang macam ini yang telah memburukkan persepsi orang untuk membantu orang lain selepas ini... maka hasilnya manusia tidak akan lagi ada sikap bantu-membantu kerana lahirnya sifat was-was dia atas kejujuran seseorang...)
RELATED STORY...
2
kisah yang menduduki tempat kedua ini ialah kisah aku menyertai sebuah program yang dikenali sebagai ASEAN LOGICS..
program ini mengumpulkan beberapa remaja dari setiap negara di Asia Tenggara untuk menjalankan research tentang community development... so senang cerita ini ialah sebuah program antarabangsa yang sangat-sangat berprestij malah susah sebab kena buat reseach bagai nak rak... yang penting aku adalah peserta termuda dalam program ni.. hehe.. (mesti korang tertanya-tanyakan kenapa aku dapat masuk program macam ni?? bukan senang ok.. jawapannya.. ketua fasilitator bagi program ni ialah kawan aku.. dan ada kekosongan peserta dari Malaysia lagipun dia kata aku agak layaklah sebab boleh tolong jadi translator kepada peserta luar negara.. hheee.. maka aku yang tak mahu melepaskan peluang keemasan ini pun terus jelah setuju.. huhu)
banyak perkara yang aku belajar dalam program ni.. AKU BUAT RESEARCH MEGENAI SUSTAINABLE OF ECO-TOURISM...misi kita orang nak melihat bagaimana sesebuah tempat itu boleh maju tanpa menyentuh atau mengubah pun flora dan fauna.. (macam susahkan.. tapi di selepas menjalankan research di sabah aku rasa perkara ini tak mustahil dan seriously Malaysia berjaya melakukannya...)
SELAIN itu juga banyak pengalaman budaya yang aku belajar dari kawan-kawan aku dari negara lain seperti orang SINGAPURA, INDONESIA, VIETNAM, FILIPINA , BRUNEI dan sebagainya...
INILAH CEBISAN CERITA TENTANG KAMI...
MUKA AKU FIRST TIME NAIK KAPAL TERBANG..
INILAH KAMI.. DARI PELBAGAI NEGARA MENJADI SATU..
hehe...
DISAAT AKU MEMAKAI BAJU ORANG LAUT...
hehe.. suku bangsa laut ni ada bahasa sendiri ok..
aku pun tak faham.. hehee.. kawan aku dari kemboja tanya..
"what they are talking about?"
aku jawab..
"I don't know because we never study such that language in school..hehe"
malu jer aku.. huhuhu...
SAAT MENAIKI SAMPAN DI SUNGAI KINABATANGAN...(ada banyak buaya ok..)
AKU BERPAKAIAN TRADISIONAL VIETNAM..!!
NI PULA PAKAIAN TRADISIONAL YANG TELAH DI MODENKAN DARI KEMBOJA...
FULL SUTERA OK.. MAHAL NI..
(selamba jer aku pakai baju sutera.. tak pelah nak try sekejap jer..)
SAAT AKU PAKAI TANJAK ORANG INDONESIA..
hensem gak.. wahaha!!!
AKU BERSAMA GADIS LAOS...
HOT KOT... hehe...!!!
ITU DIA KETUA KUMPULAN KAMI SEDANG MEMBENTANGKAN HASIL RESEARCH..
DIA BUKAN ORANG MALAYSIA YEE...
ITU DIA ORANG KAYA BRUNEI.. wahaha!!!
banyak lagi sebenarnya kisah kami... malangnya tak mampulah nak cerita semua.. yang penting inilah pengalaman yang best sekali because sampai sekarang aku masih lagi contact dengan kawan-kawan dari negara-negara lain.. inilah yang penting.. SEMANGAT REMAJA ASEAN...!!!! (masa ni Malaysia jadi tuan rumah jadi next Asean LOGICS Vietnam pula akan jadi tuan rumah.. so siapa nak pergi boleh tanya aku sebab orang yang uruskan program di sana is my friend gak.. hehee...)
1
NO 1 IALAH....
bukan satu malaysia lah.. no satu kisah aku dalam tahun ni ialah MUET..!!!!! (Malaysia University English Test..) sumpah sampai mati aku kan ingat memori ini sebab kerana MUET lah masa depan aku kini penuh dengan onak dan duri serta diberikan pelbagai pilihan....
SEBELUM AKU MASUK ASASI PRELAW AKU SUDAH PUN DIUJI UNTUK MEMILIH ANTARA BIASISWA PERAKAUANAN TELEKOM ATAU PERUNDANGAN DI UITM.. aku mula membuat pilihan apabila aku kemas buku sekolah rendah aku dan aku terjumpa.. yang masa kecil aku bercita-cita untuk menjadi peguam... maka aku dengan yakin pun mengambillah perundangan dan menolak biasiswa yang telah ditawarkan bulat-bulat....
NAMUN, syarat untuk sambung Degree Perundangan iaitu band 4 untuk MUET telah menjadi batu penghalang kepada perjalanan aku menjadi seorang peguam.... maka kini harapan aku ialah keputusan MUET ke 3 aku yang akan keluar 3 haribulan januari ini......
GEMENTAR, TAKUT, SEDIH, KECEWA, BERBELAH BAGI... bercampur aduk dalam perasaan aku kini... maka aku memutuskan.....
PLAN A: dapat Band 4 aku buat rayuan untuk ambil Undang-Undang....
PLAN B: dapat Band 3 aku akan stay dalam MESCOM dan membuktikan aku still boleh berjaya in the other track....
RELATED STORY..
MAKA ITULAH KATA PUTUS AKU... INILAH MUET TERAKHIR AKU.. DAN AKU YAKIN KEPUTUSAN MUET INILAH YANG AKAN MENENTUKAN ARAH MASA DEPAN KU.. dan aku sebagai insan biasa akan terus berusaha walaupun dimana sahaja jalan yang diberikan Illahi.....
MAKA SEKIAN KISAH
SUKA DUKA
FARIZ RAZALI
2010..
AZAM BARU...
"ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI"
wah kaki debat ni
BalasPadamterus berusaha dan mohon pertolongan ALLAH...sesungguhnya SOLATKU, IBADAHKU, HIDUPKU dan MATIKU...HANYA kerana ALLAH...Aunty doa kesejahteraan FARIZ
BalasPadammiahahahahaha~aku suke gambar ko time dkat melaka 2...over sangat (gurau saja...hahaha);))
BalasPadamsyafiq: berdebat guna mulut bukan kaki.. hehe... :D
BalasPadamthank you aunty... amin..
BalasPadamapa yang over nya natasya??? :-t
BalasPadamtnjuk piala 2..wakakaka~
BalasPadamperlulah... hehehe...
BalasPadamwao kedah dah berubah..
BalasPadamskang wt BLS kt shah alam ?
time kami dulu solat jumaat kt malinja. xd masjid pn time tuh...pastikan wt LLB.improve ur english..
do contact me should u hv any problem
rahim@srl-law-jbtd.com.my
Messrs. Shahrizat Rashid & Lee
oh tq for ur concern Rahim.. tapi saya dah gagal laa sambung degree law coz tak lepas muet.. skrg tgh furher study in masscomm kat shah alam..
BalasPadamBrape harga baju tradisional vietnam tu ?
BalasPadam