MALAYSIA KALAH DALAM MASA 6 MINIT..!!

9:16 PG 1 Comments

OH TIDAK....!!! Hangat kegembiraan KEMENANGAN kita mengalahkan Indonesia masa Sukan SEA masih belum reda.. tetapi kita telah pun diujah dengan dua kekalahan.. pertama dengan Syria.. ok lagi laa sebab dorang penatkan.. so make sense... kali ni dengan Bahrin.. this is not make sense.. WAAA.... STRESSS...!!!


Ni aku nak share sedikit ulasan permainan berkenaan.... (sumber:dr mim dan nabilafaryzza)


SEPARUH MASA 1

1 – 10 minit : dua kali Malaysia berjaya menembusi barisan pertahanan Bahrain namun gagal menghasilkan peluang. Sedangkan Bahrain berjaya membuat serangan balas dan percubaan mereka ditangkap kemas oleh Apek.

11 – 20 minit : Bahrain banyak menguasai bola namun sesekali Malaysia cuba mengasak namun masih buntu untuk membuat percubaan tepat.

21 – 30 minit : Malaysia memperoleh sepakan sudut yang pertama dalam perlawanan namun tidak mengancam kubu Bahrain. Malaysia berjaya menjaringkan gol melalui Nazmi Faiz sepakan jauh yang berjaya menewaskan penjaga gol Bahrain.

31 – 40 minit : Bahrain cuba mengasak Malaysia untuk mencari gol penyamaan, namun benteng Malaysia bijak membaca gerakan lawan dan beberapa kali melakukan serangan balas pantas. Thamil Arasu dikenakan kad kuning kerana meneruskan permainan walau pengadil meniup wisel offside.
Wan Zack Haikal dikeluarkan – Syahrul Azwari dimasukkan
41 – 45+1 minit : Malaysia dilihat lebih banyak melakukan serangan hasil serangan counter attack namun seperti biasa peluang untuk menjelmakan gol gagal.

SEPARUH MASA KE 2

46 – 50 minit : Separuh masa kedua dimulakan. Pemain bahrain, Husain dilayangkan kad kuning selepas menarik baju Irfan Fazail.

51 – 60 minit : Fadhli Shah menerima kad kunig kerana menerjah keras pemain lawan. Momahamed Azi dilayang kad kerana menarik Fandi. Malaysia dilihat kepenatan dan bola banyak dikuasai Bahrain. Pemain Bahrain, Fahad Tareq menerima nasib apabila menerima kad merah. Gollllllll…..Malaysia meraih gol kedua menerusi Mahali Jasuli. Kedudukan Malaysia 2 Bahrain 0.

61 – 69 minit : Bahrain dilihat tertekan dan banyak melakukan kesalahan. Sepakan penjuru untuk Bahrain. Pemain Bahrain dipersalahkan keranan mengasari Khariul Fahmi dalam kotak penalti. Pemain Bahrain, Isa Ahmad dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain Shahrul Azwari. Lontaran ke dalam untuk Malaysia.

70 – 79 minit : Saat Ahmed menjaringkan gol pertama Bahrain. Kedudukan Malaysia 2 Bahrain 1. Sepakan percuma diperolehi Bahrain di depan kotak penalti. Bahrain meraih gol kedua, dan seminit kemudain gol ketiga.

80 – 90 minit : Kedudukan Malaysia 2 Bahrain 3. Penyokong dilihat berpusu-pusu keluar. Perlawanan tamat. Malaysia terkeluar dari saingan Olimpik atas kealpaan pasukan Malaysia sendiri.


Hasilnya... Malaysia berada di tangga ke empat (atau erti kata lain LAST) dalam kumpulan C untuk kelayakkan ke Olimpik... huhu~~


SEBENARNYA...... malam ni aku keluar dengan kawan-kawan aku (sepasang kekasih..huhu~~ rasa macam gangu dorang DATING plak kan.. hehehe) sedang kami makan di sebuah kedai aku sempat laa tengok masa pertama... Malaysia berjaya jaringkan satu gol masa tu.. tendangan jauh kot.. SUMPAH AKU BANGGA GILER MASA TU..!! tengok cara Malaysia main pun not bad walaupun tak setangkas dan selaju Bahrin...

Kemudian kami pergi ke Uptown Danau Kota... so sedang kawan aku belek-belek kasut aku terdengar JERITAN.. naluri kuat aku menyatakan Malaysia gol.. and guess what... MALAYSIA GOL LAGI..!! HORrAYYYY..!!!


Seperti kata pepatah.. DISANGKAKAN PANAS SAMPAI KE PETANG.. RUPANYA HUJAN DI TENGAH HARI... sedang hujan turun dekat Uptown ni..(memang tiba2 kena mengena dengan pepatahkan.. hehehe) aku ternampak semua orang serbu sebuah televisyen dekat sebuah kedai yang berdekatan.. aku pun datang laa usha sebab nak tengok pemain Malaysia melauang kemenangan... SEKALI...

Aku diberitakan yang Bahrin dah menjaringkan gol ke3... WHAT..!! biar benar..!! bukan baru tadi 2-0 ker... tiba-tiba DALAM MASA 6 MINIT... keputusan telah berubah 3-2 dan kita KALAH.... waaa..!!!!


Tapi tak mengapalah... sebab memang dah adat permainan ada yang kalah ada yang menang.. sudah pasti perkara ini akan menjadi PENGAJARAN yang terbesar untuk pemain Malaysia.. agar tidak terlalu yakin dalam apa sahaja keadaan..... GO MALAYSIA..!! I STILL SUPPORT U FROM BEHIND, BESIDE  AND ALSO INFRONT (tbe2,, hehehe)

Never Give up dan jangan terlalu yakin! Itu yang Bahrain ajar kita semua malam ni. Terima kasih Bahrain. #HarimauMalaya - dipetik dari Oh! Media

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan:

  1. slalunya 6 minit tue susah nk score...ni mmg nasib diorng nk menang...huhu...

    BalasPadam