Pulau Solomon.

6:04 PG 2 Comments


Petang tadi aku layan cerita ni kat TV3.. OMG..!! (Oh Menarik Giler..!!) hehee... cerita ni pasal budak jonggang tu..  opss jahat sangat.. budak yang kurang upaya tu dia mempunyai masalah dalam membaca dan mengira.. kalau dia nampak sesuatu perkataan dia akan rasa keliru dan menjawab serta menulis dengan terbalik... Macam Albert Einstein laa kiranya... tetapi dia tak bodoh.. malangnya dia sentiasa di caci dan di marahi malas dan bodoh.. huhu...

So, si Aamir Khan yang berlakon sebagai guru seni dia ada laa nasihat bapanya pasal PULAU SOLOMON..

KENAPA DENGAN PULAU SOLOMON...???


Untuk pengetahuan anda Pulau Solomon ni terletak di timur Papua New Guinea(ala dekat timur Indonesia). Kepulauan Solomon telah didiami oleh orang Melanesia sejak sekitar 30,000 tahun dahulu dan menjadi sebuah negeri naungan United Kingdom sejak 1890-an. Kepulauan Solomon diberi hak kedaulatannya sendiri pada tahun 1976. Negara ini masih menjadi anggota Kerajaan Komanwel.

Nak dijadikan cerita semasa ingin membuka kerajaan atau penempatan kat situ orang-orang Melanesia ni tak mengunakan parang atau kapak untuk meratakan semua pokok-pokok..TETAPI MEREKA PERGI KAT SETIAP POKOK DAN MAKI POKOK TU SETIAP HARI.. HASILNYA POKOK TU LAYU DAN MATI SENDIRI... 

AJAIB TAK..???

Tapi itulah realitinya.. jika kita menghina dan menjatuhkan seseorang selalu maka mereka juga akan layu dan akhirnya menyerah kalah.. maka kadang-kala PUJI laa orang sebab dengan pujian dapat menaikkan keyakinan seseorang.. hehehe...

p/s: cerita ni sangat menarik.. 5 BINTANG..!!!

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. citer ni ada mesej besar yg disampaikan :) bleh menang anugerah ...hehe

    BalasPadam
  2. tu laa pasal.. aku rse menang kot.. hehe.

    BalasPadam