APAKAH SALAH ANAKKU??? (COO)

10:05 PG 3 Comments

mesti  kalian tertanya-tanyakan apa maksud "COO" ditajuk entri inikan??? sebenarnya aku nak sambung cerita mengenai kerja aku sebagai operator disebuah pusat kaji selidik. jadi "COO" membawa maksud CONFESSION OF OPERATOR... huhu...

sebelum tu aku nak bagi tahu entri kali ini aku tak boleh nak letak gambar banyak-banyak sebab internet aku ni tersangat la lembab kerana kouta broadband dah habis... hehee... jadi harap cara penceritaan aku tanpa gambar masih memberi impak kepada kalian.. (dahlah membebel jer orang tak sabar nak dengar cerita ni...) 

Begini kisahnya, dalam sebuah keluarga punjabi yang masih berpegang kuat kepada kepercayaan mereka dan sentiasa pergi ke kuil untuk beribadah tinggal seorang wanita yang berhati cekal yang diberi nama Vina(bukan nama sebenar). 

Vina ialah seorang wanita yang pandai. Dia telah berjaya belajar hingga berjaya memiliki MASTER IN THE BUSINESS STUDY DI UPM..(school of business in UPM is the one of the best business school in the world.. nak masuk private ye bukan kerajaan punya)

NAMUN, kata orang perempuan belajar tinggi mana-mana pun akhirnya tempatnya di dapur juga, sebaik sahaja habis belajar beliau sudah berkhawin dengan seorang lelaki punjabi yang juga seorang perniaga yang ternama di KEDAH. Maka dia pun tidak bekerja mana-mana hanya menjadi suri rumah yang setia dirumah menlayan suaminya yang dicintai dengan penuh kasih sayang.

MALANG mula menimpanya apabila beliau disahkan tidak dapat mengandung. Kerana kesedihan tidak dapat melahirkan zuriat. Suaminya telah membawa Vina pergi melancong di Sri Lanka dan dalam masa yang sama suaminya melebarkan empayar perniagaannya. Mungkin semasa percutian suaminya lebih sibuk menguruskan urusan perniagaan maka Vina telah pergi berjalan-jalan melihat Sri Lanka yang bukanlah sebuah negara yang serba moden seperti Malaysia, malah penuh dengan kesempitan hidup yang menyebabkan banyak rakyatnya hidup melarat. 

TIBA-TIBA semasa sedang berjalan-jalan Vina terjumpa seorang budak lelaki yang berumur 7 tahun menarik-narik bajunya meminta sempati untuk membelikannya sekeping tosai buat pengalas perut. Kerana terlalu sempati Vina telah membawa budak berkenaan ke penginapannya dan memberi makanan yang secukupnya. Melihat kanak-kanak itu makan dengan berselera menyentuh naluri keibunya untuk mengambil budak berkenaan sebagai anak angkat. 

Apabila suaminya pulang dia pun meminta izin untuk mengambil kanak-kanak berkenaan sebagai anak angkat, diizinkan tuhan suaminya bersetuju kerana budak itu tidak memilki keluarga kerana telah ditinggalkan begitu sahaja. Maka setelah melalui beberapa procedure di Sri Lanka Vina pun berjaya membawa budak yang malang itu ke Malaysia. Bertapa gembiranya jiwa keibuannya hanya tuhan sahaja tahu kerana berjaya memilki anak walaupun bukan berasal dari darah dagingnya.

Sebaik sahaja balik ke Malaysia, Vina ditimpa masalah. Dia cuba mendaftarkan anaknya di sekolah Malaysia namun Jabatan pelajaran tidak menerimanya kerana kanak-kanak berkenaan masih belum mendapat kelulusan untuk menjadi warganegara Malaysia. Maka ibu yang gigih ini pun pergi ke Jabatan kebajikan untuk meminta sempati agar anak angkatnya ini diberikan status kewarganegaraan Malaysia. Atas alasan sempati Jabatan kebajikan memberikan peluang kepada Vina untuk mendapatkan status warganegara kepada anaknya dengan syarat anak berkenaan mesti tinggal bersama dengannya selama 3 bulan di Malaysia. Namun Visa untuk anaknya terus tinggal di Malaysia hanya tinggal lagi seminggu sahaja.

Maka Vina pun menuju ke Jabatan Imigresen untuk melanjutkan tempoh masa visa anaknya supaya dia dapat memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan. Namun Jabatan Imigresen tidak mengesahkan permohonan Vina kerana alasan mereka, mereka tidak pernah menguruskan kes anak angkat. TERKEJUT VINA DIBUATNYA KERANA VISA ANAKNYA TIDAK BOLEH DILANJUTKAN!!!

oleh kerana kecewa dengan sistem perundangan negara yang kucar-kacir kerana ada pihak yang mengizinkan manakala pihak yang lain tidak mengizinkan. Vina pun mengupah seorang peguam untuk menuntut keadilan. Dia begitu sedih untuk meninggalkan anak angkatnya itu kerana sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Dalam masa yang sama anak angkatnya itu sudah mula meyukai Malaysia dan sudah pandai memakan nasi berbanding hanya memakan tosai sebagai pengalas perut..

oleh itu hanya pada tuhan di kuil sahajalah Vina sentiasa memohon agar ditunjukkan jalan. Dalam masa yang sama Vina sebenarnya ialah orang yang kuat dalam kuil berkenaan. Dia dianggap sebagai srikandi yang paling berjasa di dalam kuil punjabi itu. Dia sentiasa aktif memberikan sumbangan tak kira dari segi mata wang mahupun tenaga. Mengemas, memasak dan pelbagai aktiviti sanggup dia lakukan demi menjaga kuil kesayangannya itu.. 

Namun apa yang menyedihkan hatinya, selaku ketua wanita dalam kalangan punjabi berkenaan dia sentiasa memberi idea untuk membaik pulihkan kuil kesayangannya itu. Tetapi mugkin sudah mentaliti lelaki yang ego menyebabkan semua ideanya ditolak bulat-bulat tanpa sebarang kompromi. Dia berasa sangat kecewa kerana minda cetak wakil-wakil lelaki di kuilnya menyebabkan mereka sering megetepikan hak wanita yang juga mahu menyumbangkan idea bagi membangunan kuil.

MAKA DENGAN AZAM YANG KUAT  VINA MULA MEMENDAM CITA-CITA UNTUK BANGKIT MENJADI WANITA CONTOH DAN MEMBUKTIKAN YANG WANITA JUGA MAMPU HARUNGI PELBAGAI HALANGAN DAN AKHIRNYA MENJADI SEORANG TOKOH YANG DISENGANI....

SEBENARNYA DALAM DIAM DIA MEMENDAM IMPIAN UNTUK MENJADI SEORANG DATO SATU HARI NANTI... tunggulah masa membuktikan segalanya....

BAGAIMANA DENGAN ANAK VINA????

Aku hanya berbual dengan dia dalam masa sejam. Jadi aku tak tahulah apakah kesudahannya. Kalau melihat kepada potensi rasa macam tiada harapan kerana ditambah pula denga procedure court yang sudah semestinya lembab mana mungkin dia sempat.. apa-apa pun kita doakan jelah dia berjaya melalui semua dugaan ini..AMIN!! walaupun kita berbeza agama namun kita tetap saudara.. 1 MALAYSIA!!!!

RELATED STORY...
CONFESSION OF OPERATOR..(COO)
PENGAKUAN ORANG CINA..(COO)
I'M MUSLIM (COO)
KENAPA TAK NAK..?? (COO)
I WANT TO BE PRIME MINISTER..!!

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. jangan lupa untuk nantikan kisah yang lain... banyak ragam manusia yang aku jumpa walaupun hanya pada telefon.. hehehe...

    BalasPadam
  2. sgt menarik!
    thanks sudi berkongsi...
    ^_^

    BalasPadam
  3. sama2 fxysche...
    tq jugak sebab sudi baca.. hehe

    BalasPadam