BODOHNYA AKU..!!!

7:13 PG 42 Comments

kalau kalian perasan apa yang tertera di kertas yang aku pegang tu ialah.... REPORT POLIS... (apa yang terjadi?? aku masuk lokap ker??)

semuanya bermula semasa aku dalam perjalanan pergi ke kerja. aku telah melalui lorong bawah tanah di LRT MASJID JAMEK untuk membuat pertukaran train bagi menuju ke PWTC... sedang aku menaiki escalator tiba-tiba aku ditegur oleh seorang lelaki melayu yang berpakaian kemas.. dia menunjukkan aku name tag kerja dia dan dia kata dia bekerja di 8tv sebagai pengurus drama.  Maka aku pun seperti excited la ialah dia kata dia sedang menguruskan drama yang diarahkan oleh kak emma.. 

dia bertanyakan aku, ada tak bank RHB dekat-dekat kawasan tu.. aku kata tak ada sebab setahu aku CIMB je yang ada. maka dia pun ceritakan masalah dia kat aku iaitu card bank dia dah kena telan dengan atm. dan sekarang ni office dia sedang nak transfer kan duit RM 2000 ke dalam akaun.. tapi macam mana dia nak ambil duit tu.. oleh itu dia meminta tolong aku untuk transfer duit itu ke dalam akaun aku buat sementara waktu dan nanti keluarkan bagi dia...

aku agak risau juga dengan tawaran dia.. tapi bila dia pujuk merayu aku rasa sempati pula... tambahan pula dia sedang sibuk menalifon kawan dia untuk meminta bantuan tiba-tiba dia tunjukkan bateri telefon dia tinggal sikit dan terpadam betul-betul di depan mata aku.. jadi aku pun rasa kesian pula maka beri pinjam telefon bimbit aku dan bagilah no.akaun bank aku kalau-kalau dia nak transferkan duit. 

kemudian dalam masa menunggu kawan dia transfer duit dari pejabat dia pun berceritalah dengan aku yang baru-baru ni kerajaan telah mengeluarkan dasar bahawa pelajar yang meyimpan wang dalam akaun mana-mana bank lebih daripada RM500 akan dapat bonus.. (sumpah aku tak pernah dengar) kemudian aku pun macam percayalah kata-kata dia dan aku kata nampaknya aku tak dapatlah bonus tu sebab dalam bank aku tak ada sampai RM500 pun... aku bagitahu dia dalam bank islam aku ada RM200 manakala kat Maybank ada RM350..

tiba-tiba dia kata yang sebenarnya dia nak guna duit cepat.. dalam RM550 untuk bayar loan..(ok sumpah aku pelik dan aku tak mempercayainya..) tiba-tiba kawan dia call dan dia kata kat kawan dia yang aku tak percaya dan dia sekarang dah rasa malu..(sumpah lakonan dia mantap) selepas itu dia ajak aku pergi cucuk duit aku kat atm.. sumpah masa tu aku macam blur..tak tahu apa nak kata dan aku tak tolak arahan dia.. siap dia tekankan nombor duit yang hendak dikeluarkan kat atm aku.. tapi aku tak bagi lagi duit kat dia.. aku simpan kat dalam wallet aku.. sebab dia bagitahu yang dia suruh aku ikut dia bayar ke bank..(ini alasan bagi mendapatkan kepercayaan aku) ---yang aku pelik aku tak fikir apa-apa pun masa tu.. ikut jer arahan dia..(pelik)

dia ajak aku naik atas lif... sampai di tingkat atas aku berborak dengan dia dan sambil berbual-bual.. aku temankan dia merokok.. dan dalam masa ni aku nampaklah perilaku dia macam mana.. mukanya macam mana tapi yang pelik aku tak tanya pun nama dia..kitaorang berborak macam dah kenal lama.. tiba-tiba telefon aku berbunyi..

dia angkat dengan kelam-kabut.. kami menuju ke lif dan dia kata kawan dia dah masukkan duit.. jadi nak ajak aku cucuk.. sementara tunggu lif terbuka dia arahkan aku serahkan duit RM550 kepada dia.. tanpa sempat berfikir panjang aku terus bagi dan dalam masa yang sama pintu lif terbuka.. aku pun masuk lif dan aku ingat dia akan masuk sekali....

TETAPI..!!! dia tidak masuk sekali.. dan belum sempat aku keluar semula pintu lif sudah tertutup.. sebaik sahaja pintu lif tertutup itulah aku macam baru tersedar... "WEI BETAPA BODOHNYA AKU BAGI DIA DUIT MACAM TU SAHAJA!!!" aku terus tekan lif naik keatas semula dan sebaik sahaja aku sampai di atas aku dapati dia sudah hilang daripada pandangan.....

 AAAAAAAA!!!!!
sumpah buat masa itu darah aku seakan-akan nak bunuh orang..!!! (aku tak pasti kena tipu atau pukau) MAKA HILANGLAH GAJI PERTAMA AKU KERJA DI KUALA LUMPUR BEGITU SAHAJA!!!!

aku berlari kesana-kesini mencari dia.. tapi nampaknya sudah tiada harapan.. sebab tak tahu nak buat apa aku terus call mak aku dan mak aku suruh aku buat report polis di mana balai polis yang terdekat.. maka aku pergilah ke pondok polis di masjid jamek untuk buat report.. mula-mula ada seorang polis wanita india yang dengar kes aku.. kemudian semua polis disitu takrifkan kes aku sebagai kes tipu..(aku dah cuak dah kalau kes tipu tak payah siasat ker) maka bila aku tanya apa beza kes tipu dan curi? mereka bagitahu yang kalau curi dia akan ambil duit aku tanpa aku izinkan dan dalam kes ni aku bagi duit tu  bukannya dia ambil secara paksaan... ok faham...!!

kemudian polis wanita melayu pula yang uruskan kes aku..(mungkin polis wanita india tu dah habis shift kot.. ) polis wanita melayu tu pun tulislah report aku.. kemudian aku cakap kat polis wanita tu boleh tak saya baca kes report yang dia tulis.... kemudian dia pun bagi... sebaik sahaja aku baca.. CARA PENCERITAAN DIA SANGAT TAK TRAGIS.. AYAT YANG DIA GUNA BIASA SANGAT DAN BANYAK KESALAHAN GRAMMAR... CHOI.. BAHASA MELAYU KOT..(polis bukan pandai sangat mengarang...) maka aku gunakanlah bakat menulis yang aku ada untuk edit report dia bagi lebih tragis dan nampak macam kes ni perlu diambil tindakan dengan segera...

YANG PENTING PADA BAHAGIAN TUJUAN AKU KATA.."SAYA MELAPORKAN KES INI ATAS ALASAN DITIPU DAN MENURUT LAPORAN YANG DIBERIKAN OLEH ORANG AWAM KEPADA SAYA KES SEDEMIKIAN RUPA ACAP KALI BERLAKU DI KAWASAN YANG SAMA.." (aku ada bukti ye kata macam tu.. sebab sebelum tu aku dah minta tolong orang minta sedekah disitu ada tak dia nampak abang bodoh, babi pikumak tu... tapi dia kata tak ada dan dia mengakui bahawa kes macam aku ni sudah banyak terjadi...)

sebaik sahaja dia hantar kes aku ke IPD... terus kes aku dipanggil untuk disiasat oleh inspektor Rayner.. maka aku pun berlarilah ke IPD DANG WANGI yang tak jauh dari pondok polis tu... terus direct  berjumpa dengan inspektor muda berbangsa IBAN tu... SELAMA 2 JAM AKU BERSOAL JAWAB DENGAN DIA PASAL KES BERKENAAN... dan yang penting dia ada tanya aku..???

"DEKAT KAWASAN KEJADIAN ADA CCTV TAK" dan aku kata.. "ADA, DI LIFT, DI LORONG BAWAH TANAH YANG KAMI JALAN, DI ATM TEMPAT AKU CUCUK DUIT MALAH ESCALATOR TEMPAT AKU BERJUMPA DENGAN DIA PUN ADA.." alhamdullilah.. atleast aku ada bukti nak tunjukkan dia muka si LELAKI MELAYU BABI TU....

dalam perbualan kami tu dia tanyalah juga latar belakang aku.. dan aku katalah yang aku ini pelajar undang-undang di UITM... maka dia mulalah pursue aku untuk jadi pendakwa raya.. kerana katanya pendakwa raya inilah akan membuat benda yang benar... aku tanya dia balik.. kalau pihak lawan yang benar pula macam mana... dia jawab.."POLIS TAKKAN TAHAN ORANG TANPA SEBAB YANG MUNASABAH.. DAN ORANG TAKKAN LAPORKAN KEPADA POLIS KALAU PERKARA ITU TAK BENAR-BENAR TERJADI.. NAMUN SEBAB TAK ADA BUKTI SIKIT SAHAJA.. MEREKA TERLEPAS TIDAK BERSALAH.. DAN KES AWAK NI PUN BOLEH JADI SEBEGITU.."

TERSENTAP AKU!!!! bila aku fikir balik kata-kata beliau masuk akal juga.. sebab kalaulah aku jadi lawyer kepada pencuri duit aku tu.. aku akan kata bukti yang ada tidak mencukupi...

INI SENARAI BUKTI YANG AKU ADA....

1. CCTV DI SEMUA KAWASAN KEJADIAN..(tapi cctv ni akan hanya menunjukkan yang aku ada dengan dia masa kejadian dan dia juga ada bersama dengan aku semasa keluarkan duit... namun tak ada bukti aku serahkan duit kepada dia dalam keadaan tidak sedar sebab aku bagi duit tu dihadapan lif bukan dalam liff...AAA)

2.NOMBOR TELEFON YANG AKU RECEIVE DAN DIA DAILLED SEMASA MENGUNAKAN TELEFON AKU..(sebelum report polis aku dah try telefon semua nombor-nombor itu tetapi hamba.. lagipun nombor sahaja hanya mampu menjadi bukti yang dia pinjam telefon aku.. tapi tak mampu menjadi bukti dia ambil duit aku secara tipu..hurmmmm)

3. AKU INGAT RUPA DIA DENGAN TELITI.. DALAM 70% DAN AKU PERASAN YANG DIA PAKAI GELANG BESI YANG TERTERA "ZAFA" ...tapi tak sure itu namanya atau tak..( macam aku katakan ini hanyalah bukti aku pernah bersama dengan dia namun bukan bukti dia ambil duit aku...)
DAN BILA AKU JADI LAWYER DIA AKU AKAN KATA YANG PLANTIFF(iaitu aku) CUBA MENFITNAH ANAK GUAMNYA(si pencuri)....

nampak tak??? maka aku hanya mampu berserah kepada Allah S.W.T sahajalah semoga pencuri tu insaf dan kembali ke jalan yang benar.... (selama dua hari aku sedih.. hingga nak update blog pun tertekan) tapi bila mak aku kata duit boleh dicari janji pengalaman ini yang mengajar kita supaya jadi lebih dewasa...

MAKA PANGAJARAN KEPADA AKU DAN JUGA KALIAN.. JANGANLAH MUDAH MEMPERCAYAI ORANG YANG TIDAK KITA KENALI... inilah cubaan bekerja di BANDARAYA KUALA LUMPUR...

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

42 ulasan:

  1. weh...cmane leh jadi 2...ish3...sabar okai

    BalasPadam
  2. thanks natasya... aku pun tak tahu.... semuanya terjadi dalam sekelip mata... emm :|

    BalasPadam
  3. lain kali bawa pisau tikam trus, jahat kot laki tu, kesian ang...

    BalasPadam
  4. senang kata kat kuala lumpur jangan senang sangat bercakap ngn orang,kat sini xmembantu kalo ckp random ppl.

    BalasPadam
  5. innalillahiwainna ilaihirajiun...takziah dari aku utk ko...ujian dr Allah utk ko nih...dun give up ok!

    BalasPadam
  6. irwan: tak pasal2 aku masuk penjara sebab membunuh.. hehe

    BalasPadam
  7. setuju dengan laydyana.. lepas ni mmg tak nak tegur siapa2 kecuali kenal sahaja.. hurm!!

    BalasPadam
  8. insankamil: itu yang kita fikkirkan.. alhamdullilah tak ada apa2.. tq for ur advices..

    BalasPadam
  9. Betul2 ke ni? kalau betul, sabar lah yea :) Inilah ujian yang diberikan oleh Allah. Saya anggap ini sebagai peringatan untuk masa akan datang :)

    BalasPadam
  10. SUMPAH KISAH BENAR... kalau tak buat apa nak polis report kan... aku pun harap benda ni boleh jadi peringatan semua...!!!

    BalasPadam
  11. harap ia menjadi pengajaran... kadang-kala menjadi trauma juga tapi dah lepas nak buat macam mana... I TRY TO BE MORE STRONG!!!

    BalasPadam
  12. :| ... ish, banyak tue... Dugaan...
    sabarlah ye. Mungkin ada perkara yang lebih baik Tuhan rancang untuk awak tue...
    Dugaan ni Tuhan turunkan pada orang yang Dia rasa mampu menanggungnya... ye?
    :)

    BalasPadam
  13. ishhh , akulaaaa.. guane leh jdi lagu tu.. huhuu

    BalasPadam
  14. setuju juliana.... aku rasa semua ini ada hikmah.. tq!!

    BalasPadam
  15. ksian ko....500....smoga ko dpt balik 500 tu dgn cara yg laen nnti

    BalasPadam
  16. gila la...lau aku jd ko...ak xhalalkan 1 sen pun die tu...biar org tu mati kene langgar treler...huhu

    aku memg kan layan org yg tegur kt tmpt2 mcm ni...pandang pn aku takut...org jahat ade kat mane2 je

    BalasPadam
  17. tragis kisah awak, kalau saya, saya pun akan rasa macam nak bunuh orang

    BalasPadam
  18. bezbuddy... tak pelah.. dah tak de rezeki.. ALLAH MAHA ADIL... insyaallah orang tu akan di tunjukkan petunjuk..

    BalasPadam
  19. lia3003... tak pelah.. sabar itu yang terbaik.. memang bengang.. tapi nak buat macam mana.. pihak polis pun tak leh buat apa2...

    BalasPadam
  20. apa yg baik yer?? hehe.. ini adalah antara pengalam terbaik.. ok laa tu.. heheh

    BalasPadam
  21. faris, aku rase ko kene pukau..bile kene mcm tu kite mcm x sdr & xleh piki,ikut je ckp dia..sbb sedare aku pon dulu kena mcm tu jgk..bile dah bwk lari duit, baru sedar..

    BalasPadam
  22. agak laa... tak per biar Allah Taala yang membalasnya.. aku dah redha.. sebab kini aku dah dpt dah hikmahnya.. hehhee... (tapi biarlah rahsia)

    BalasPadam
  23. kak ina pun penah kena macam tu.Tapi setakat puluh ringgit je. lepas kajian penah jumpa orang yang sama sedang menipu sekali lagi orang lain dengan taktik yg sama tapi tak dapat nak tangkap sebb masa tu dalam bas.

    BalasPadam
  24. ruginya tak dapat tangkap... dunia sekarang ni mcm2.. sedih saya.. huh~~

    BalasPadam
  25. Fuh ! Full of dramasss ! hehe.. ini lah cabaran hidup di Kuala Lumpur :D

    BalasPadam
  26. kawan saya lesap RM4000.00 dalam 5mint je..coz time tu kt masjid kt masjid jamek... seyes... beg tertinggal xsgka ade org mencuri kt umah Allah...

    BalasPadam
  27. Nur sakura: dasyat nya..!! yang dia bwk duit byk2 tu buat apa??

    BalasPadam
  28. tgh sabar laa ni wahai che mat oit.. kalau tak dah lama bunuh org... hehe

    BalasPadam
  29. bkn bwk duit tu... kad ATM kt dlm wallet, kbtln kwn gune pswwrd IC.. so mmg duit tu lsp cm tu je..

    BalasPadam
  30. lol... mcm mne plak perompak tu taw dia pakai passwords ic.. adush...

    BalasPadam
  31. entah. tp menurut polis, perompak kebanyakkan tahu ada sesetengah student akan guna no Ic, n kbltn time tu die guna.. so mmg lsap duit tu.. huhuhu..

    BalasPadam
  32. lol.... dah tak der rezeki nak buat camner kan... sabar jer laa... InsyaAllah.. Allah akan membalasnya.. kita doa jer mereka dpt hidayah..

    BalasPadam
  33. ko 2 bodoh sgt,hahaha..

    BalasPadam
  34. yer laa... kita belajar dr kesilapan.. semua manusia tak sempurna.. kenapa anda tu pandai sgt ker..???

    BalasPadam
  35. guru yang terbaik dalam hidup adalah pengalaman...
    :)

    BalasPadam