PENGAKUAN ORANG CINA..(COO)

3:39 PG 3 Comments

Malaysiakan memang kaya dengan pelbagai bangsa. Tak kira Melayu, Cina, India, Iban dan sebagainya..
Bangga aku melihat gambar ini yang melambangkan kepelbagaian Malaysia yang wajar dibanggakan oleh semua. Namun biasalah manusia tidak sempurna dan walaupun negara kita sudah hidup bersatu-padu dan aman damai. Masih lagi ramai diluar sana tidak berpuas hati dengan keadaan negara... Jadi ayuh mari kita dengar beberapa rintihan atau suara yang diberikan oleh warga Cina tentang negara kita yang tercinta ini...

PENGAKUAN PERTAMA...

Seorang perempuan cina di Melaka yang sudah berumur 50an.. melalui cara percakapan dia kita boleh tahu yang dia ini ialah seorang yang terpelajar. Dia memang seorang yang aktif dalam perkembangan politik semasa dalam negara dan selalu menghadiri pelbagai ceramah bagi mengambil tahu perkembangaan semasa.(bagus ada orang cina macam ni sebab mereka sayang dan ingin tahu pasal negara)..

Tapi dia rasa kurang berpuas hati dengan pemerintahan yang di tunjukkan oleh kerajaan kerana katanya kerajaan kini sudah terlalu selesa. Kerana sudah memegang tampuk pemerintahan selama 50 Tahun maka banyak perkara yang penting sudah dipandang remeh oleh mereka...

Dia kata keadaan Melaka sangatlah teruk.. kerana selaku kawasan yang bersajarah malah menjadi TAPAK WARISAN DUNIA.. kerajaan seharusnya membaik pulihkan kemudahan yang sedia ada dengan sebaik mungkin seperti jalan raya, tandas awam dan sebagainya.. namun kerajaan sibuk membazirkan duit ke arah perkara yang tidak sepatutnya... Katanya kerajaan bercadang membina Monoreal..
Tapi kawasan yang hendak dibina itu tidak strategik dan menyesakkan lagi kawasan Melaka.. Tambah dia lagi banyak kerosakkan yang berlaku tetapi tidak diambil peduli.. Maka selaku rakyat yang prihatin dia agak kecewa dengan sikap kerajaan yang sambil lewa itu..  MAKA HARAP PIHAK KERAJAAN BOLEH MENGAMBIL PERHATIAN.. KALAU TAK( faham2 jelah...)

PENGAKUAN KEDUA...
Ini pula ialah pengakuan seorang lelaki cina yang boleh dikira berumur pertengahanlah... dalam linkungan 40an.. Katanya dia pernah bekerja di luar negara sebagai MANAGER... kini dia kembali ke tanah air bekerja sebagai MANAGER juga... dia cakap kat aku ramai kawan-kawan dia yang belajar di luar negara tidak mahu pulang ke tanah air seperti dia.. malah kawan-kawan dia tidak mengalakkan dia bekerja di dalam negara... KENAPA??????



dia kata kerana penerimaan yang ditunjukan kepada negara seakan-akan tidak menghargai golongan seperti mereka..?? (AKU DAH PELIK... penghargaan macam mana yang mereka nak??) dia kata kalau diluar negara tiada sebarang sistem keistimewaan akan dijalankan... SIAPA YANG BERUSAHA LEBIH DIA YANG AKAN DAPAT LEBIH...(nak cakap pasal hak keistimewaan orang melayulah ni..) dia mengakui memang orang cina boleh terus hidup dan survive cuma dia rasa usaha mereka bertungkus-lumus memajukan negara seakan-akan di anak tirikan... orang lain yang dapat lebih.. dia kata dia tak kisah kalau orang melayu dapat lebih janji orang melayu tu berusaha lebih... (ZAASSSS!!!!!)

JADI JELAS DAH KENAPA RAMAI WARGANEGARA TEMPATAN YANG BELAJAR DI LUAR NEGARA TAK NAK BALIK MALAYSIA..!!!

aku tanya dia.. jadi kenapa dia balik Malaysia...??? dia jawab...

DIA SAYANGKAN NEGARA INI... DAN DIA SAYANGKAN KELUARGANYA DISINI.. DIA KATA DIMANA SAHAJA BUMI DI PIJAK DISITU LANGIT DIJUNGJUNG... (tengok siapa kata orang cina tak ada semangat patriotik..hehe.. dia anggap diri dia sebagai orang Malaysia bukan orang cina..)

PENGAKUAN KETIGA...

Yang ni menarik sikit.. dia ni pak cik cina yang tinggal di Perlis.. seorang perniaga... dan sudah berumur dalam 60 an... dia kata dia sangat sayangkan negara ni sebab aman dan damai.. dia memang seorang yang peramah.. penat layan dia.. TAPI BAHASA MELAYU DIA NOT SO BAD LAA..... 

PESANAN DIA KEPADA SEMUA: JAGALAH NEGARA KITA BIAR KEKAL AMAN DAN DAMAI DAN BERPEGANGLAH KEPADA PERJANJIAN NENEK MOYANG DALAM KONTRAK SOSIAL KERANA HIDUP INI PERLULAH ADA TOLERANSI MAA.... hehehe


PENGAKUAN KEEMPAT..

Ni pula ialah kisah seorang pemuda cina di Terenganu.. mula-mula aku dengar suara dia aku ingat orang melayu sekali minta nama cina rupanya...hehehe...

Dia dan family menjalankan perniagaan di pasar Terenganu.. dah lama dah dia kata ayah dia berniaga.. dah makan berpuluh-puluh tahun.. tapi biasalah lumrah berniaga di pantai timur ni berdepan dengan musim tengkujuh... jadi banjir itu sudah menjadi perkara biasa saban tahun..

NAMUN... bagi perniaga kecil macam dia dan keluarga manalah mampu membeli sampan untuk berniaga ketika musiam banjir tak pun untuk menyelamatkan barang perniagaan.. namun yang menyedihkan walaupun sudah berpuluh-puluh tahun berniaga mereka masih tidak mendapat sampan daripada kerajaan tetapi perniaga yang baru sebulan perniaga di pasar itu sudah mendapat sampan...(WHAT THE KERK!!!) 

nak buat macam mana.. tetapi dia kata akhirnya dia dan family dapat juga sampan yang dijanjikan walaupun lambat... cuma dia agak kecewa dengan sikap kerajaan yang PILIH BULU UNTUK MEMBANTU ORANG..!!! hish2...

PENGAKUAN KELIMA...

SETERUSNYA, seorang lelaki muda berbangsa cina di KUALA LUMPUR... kota metropolitan dunia ni... untuk pengetahuan semua.. nak dapat orang yang bagi  kerjasama tak kiralah bangsa cina ke, melayu ker, india ker memang susah... semua orang Kuala Lumpur sombong.. (tak tehttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=720972101416796104rmasuk aku.. hehehe)

tiba-tiba aku buat panggilan dapat seorang cina yang memang fasih nak mampus bahasa melayu... cara dia cakap dengan  slang dia memang melayu habis...!!! (BAGUS!!!) aku tanya dia kenapa slang dia macam melayu dia kata sebab dia ada banyak kawan melayu jadi dia dah biasa cakap melayu.. kemudian aku bagitahu dia nak buat research...

BELUM SEMPAT TANYA DIA SETUJU NAK JAWAB KE TAK DIA KATA... 

"BAIKLAH TERUSKAN SAHAJA... SAYA JAWAB APA YANG SEMAMPU.. LAGI PUN KALAU KAT LUAR NEGARA MEMANG DAH BIASA DAH ADA SURVEY-SURVEY BERTANYAKAN PANDANGAN RAKYAT NI...."

suka aku dengar jawapan dia ni.... jadi kepada respondent-respondent telefon aku yang sombong-sombong tu buka la mata sikit yang kita ni buat untuk negara bukan untuk sesiapa.. hehehe.... kalau kat  luar  negara tu orang dah biasa dah jawab-jawab survey macam ni... 

maka aku punya survey dengan dia pun berjalan dengan lancar... dia siap bagi tahu lagi yang dia bekerja sebagai ENGINEER  DI RUSSIA... adushh... pandai bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa cina kerja kat russia mesti pandai cakap bahasa russia gak... bapak hebat..!!! 

Kalau semua orang cina macam ni kan bagus senang sikit nak buat kerja.. hehehe....

MAKA KONKLUSI AKU......
SEMUA BANGSA SAMA SAHAJA....
KITA BERDEPAN DENGAN PELBAGAI CABARAN...
APATAH LAGI CABARAN MENJAGA SEBUAH NEGARA...
DAN...
PERLU DIINGATKAN.. BAHAWA SEGALANYA..
TIDAK SEMPURNA...
JANJI KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA...
PERLU 

TOLERANSI

BARULAH NEGARA KITA KEKAL AMAN DAN DAMAI..
AMIN..!!!

RELATED STORY..

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

3 ulasan:

  1. banyak sangat filter, baca pon dah tau.

    BalasPadam
  2. apa maksud anda filter?? sye cerita berdasarkan apa yg diceritakan.. tak cover apa2 pun..

    BalasPadam
  3. sgt menarik hasil kajian ni... toleransi adalah nilai murni yg perlu ada utk mengekalkan perpaduan

    BalasPadam