APAKAH PILAHAN ANDA..??

11:38 PG 18 Comments

BAYANGKAN....

Ada sebuah kelas di sekolah yang diduduki oleh majoriti pelajar melayu kemudian diikuti oleh pelajar cina dan india. pelajar melayu telah telah dipilih menjadi ketua kelas dan penolong ketua kelas oleh kerana undian majoriti pelajar ketika itu bersetuju untuk memilih pelajar melayu sebagai tampuk kepimpinan.(sepanjang itu pemerintahan berjalan dengan lancar ramai pelajar melayu yang majoritinya ketinggalan telah berjaya dinaikkan taraf dan keseluruhan pelajar kelas tak kira melayu, cina dan india hidup dengan harmoni dan membangun sedikit demi sedikit)

pada satu hari  , satu pertelingkahan telah terjadi diantara ketua dan penolong kelas.. hasilnya penolong kelas telah di pecat oleh ketua kelas oleh kerana beberapa faktor yg tertentu.. oleh kerana tidak berpuas hati dan demi untuk menegakkan keadilan(bagi pihak penolong kelas) maka dia serta beberapa ahli kelas dalam kalangan pelajar melayu telah mula bersatu untuk menentang ketua kelas.. dalam masa yang sama bekas penolong kelas juga telah mula mencari beberapa sokongan dalam kalangan pelajar cina dan india yang juga ingin menuntut bela bagi ketidakpuasan hati mereka dengan kepimpinan ketua kelas..  

tentangan yang hebat dari penolong kelas telah serba sedikit mengangu-gugat tampuk pemerintahan ketua kelas(yang selama ini baginya berjalan dengan lancar).. oleh sebab risau dengan ancaman daripada penyokong bekas penolong kelas, ketua kelas telah mengunakan pelbagai cara untuk cuba meraih semula sokongan para pelajar kelas untuk tetap setia menyokongnya.. kerana jika ancaman ini berterusan ia mampu mengangu-gugat kelancaran ketua kelas untuk mentadbir dan juga risau yang tampuk pemerintahannya bakal hilang.. tanpa disedari.. keadaan ketua kelas yang terlalu terdesak itu telah mengakibatkan dia telah melakukan pelbagai cara yang positif mahupun NEGATIF untuk menyuntik semula sokongan para pelajar di kelasnya... 

pelbagai tohmahan serta prasangka yang buruk telah dilontarkan kepada bekas penolong kelas sehingga terjadi kacau-bilau di kelas... para pelajar kelas kini telah terbelah dua.. ada yang menyokong ketua kelas dan ada juga yang menyokong bekas penolong kelas... bekas penolong kelas telah cuba mencari medium lain untuk menegakkan semula segala tohmahan yang dilontarkan oleh ketua kelas.. dia mula mengunakan INTERNET sebagai medium utama untuk melawan semula ketua kelas... ramai pelajar mula mengetahui banyak keburukan yang dibuat oleh ketua kelas sepanjang ketua kelas memegang tampuk pemerintahannya.. namun tidak semua input yang diberikan oleh penolong kelas mempunyai sumber autoriti yang tepat ataupun dengan kata lain kebanyakkannya andaian.. namun ia tetap logik dan berjaya mempengerahui serba sedikit sokongan para pelajar...

Tetapi dalam kumpulan yang menyokong bekas penolong kelas mereka tidak mempunyai pengalaman mahupun kapasiti yang terlalu baik untuk memegang tampuk pemerintahan di dalam kelas.. mereka semua masih baru dan motto serta misi kumpulan mereka masih belum jelas.. kredibiliti mereka untuk memimpin kelas masih lagi diragui oleh beberapa ahli kelas.. oleh itu terdapat beberapa pelajar yang masih tidak mempercayai kemampuan mereka untuk mentadbir kerana mereka telah merasakan yang kepimpinan ketua kelas telah mencukupi dan memuaskan hati mereka...

kadang-kala para penyokong bekas penolong kelas juga suka menlontarkan kata-kata provokasi dan hentaman terhadap segala tindakan yang dilakukan oleh ketua kelas walaupun perkara berkenaan ialah perkara yang positif.. kelas mula menjadi hingar-bingar dengan pergaduhan diantara penyokong ketua kelas dan penyokong penolong kelas.. masing-masing mempunyai kelebihan dan kebaikan sendiri untuk dilantik memegang tampuk pemerintahan...


OLEH SEBAB.. keadaan kelas yang sudah tidak terkawal akhirnya cikgu pun menyuruh mereka semua mengadakan undian untuk memilih siapakah yang mereka sokong untuk menjadi ketua kelas... selaku orang yang tulus cikgu pun mengutip setiap kertas undian yang dibuat oleh para pelajar...

MAKA SELAKU SALAH SEORANG PELAJAR(tak kisah bangsa apa sekali pun) SIAPAKAH YANG BAKAL ANDA PILIH DAN KENAPA ANDA PILIH PIHAK BERKENAAN???

NYATAKANLAH DENGAN JUJUR... dan samakan situasi ini dengan keadaan negara kita.. sekian... 

p/s: saya cuba membuat suatu situasi yang natural tidak menyebelahi mana2 pihak sebab saya ingin tahu dengan lebih jelas kenapa anda pilih sesuatu pihak?? (ini adalah untuk pengetahuan kita bersama)... harap maklum    

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

18 ulasan:

  1. JANGAN BERGADUH YEK.. kita hormati segala pendirian orang InsyaAllah orang juga akan menghormati pendirian kita.. sekian..

    BalasPadam
  2. Haha, fariz, 1st time komen, brilliant metaphor.. On this situation, I'll choose the most reliable leader.. Ready work for students, better control of class's economy, for the sake of the class. The Ketua based on track records he have improved the class performance in time. But if the Penolong can manage the class better, why not we change? :)

    BalasPadam
  3. kenapa sampai menggunakan internet untk berbalah sehingga satu dunia blh tahu?ini menimbulkan kesan negatif dan perkara yg memalukan.kan dh ade undian tunggu jelah siapa yg menang.kuasa terletak pada semua ahli kelas kan?klu mmg bagus,u can win kan??we practice the democracy rite?
    btw,mr aqli,how can u be so sure that "bekas penolong" may manage the class better when he had bad record??this is not bout managing a group that consist a small group of 4 or 5 student,it's bout ruling a class that may be consist of 30 students or more??he could destroy the societies!!!

    BalasPadam
  4. bila semua benda nk dipolitikkan telur ayam kat reban pon bole

    BalasPadam
  5. penolong ketua kelas sangat gila kuasa. sebab tu makin huru hara kelas tu. sanggup guna apa cara asalkan dapat jawatan yg diidamkan sampai nasib kelas yg makin kacau bilau tak dipedulikan. yg penting dia dapat kuasa nak jadi ketua. orang mcm tu tak layak memerintah kelas. :)

    BalasPadam
  6. lots of considerations perlu kita ambil in this kind of case. 1 cth, a dialogue btween Ketua and Penolong serta AJK2 kelas yg lain (tak kisahlah ajk kebersihan ke keceriaan ke), should be done. unless Penolong tetap berkeras, then i choose Ketua kelas. skadar pendapat. :)

    BalasPadam
  7. .....akhirnya Kementerian Pelajaran buat keputusan bubarkan sekolah. Maka tiada sekolah, tiada kelas, tiada guru, tiada ketua kelas, tiada penolong ketua kelas, dan tiada pelajar...semua menjadi rugi dan terus hidup tidak bertamadun. Begitulah kesimpulan dari bebola paradoks yang meramalkan masa depan kisah di atas.

    BalasPadam
  8. AQLI: agak laa.. this is your first time.. lepas ni rajin2 la komen.. hehe.. ok macam mana u nak tgok reliable of the leader?? adakah melalui perubahan yang dibawa?? atau yang lain??

    BalasPadam
  9. wah izzah.. ko ada point yg kuat kenapa kau tak sokong penolong kelas.. good u have ur own stand.. keep it up..!! that's right.. biasalah dlm sistem demokrasi ni.. undian rakyat tu penting tapi ada juga rakyat yang tak mau g mengundi.. so apa kita nak ckp dgn org2 yang mcm ni..?? hehe..

    BalasPadam
  10. bella: nak buat mcm mana?? sebab isu semakin panas laa aku just nak taw apa pandangan semua org.. hehehe..

    BalasPadam
  11. nazrul: batul juga apa yang u kata.. but maybe penolong ketua kelas ada perjuangan dia sendiri untuk memerintah negara.. bagi sesetengah ahli kelas mereka rasakan yg penolong ketua kelas wajar diberi peluang untuk mentadbir.. wajarkah??

    BalasPadam
  12. betul tu NAJIHAH.. sebab selaku negara yg mengamalkan demokrasi kita perlu menjalankan rundingan untuk kebaikan bersama.. bukan yer mogok atau pon demonstrasi...

    BalasPadam
  13. Amboi Kak Norr.... jangan laa sampai mcm tu sekali.. hehe.. harap dijauhkanlah perkara berkenaan drpd berlaku.. seharusnya kita ni berbincang apa yang baik untuk masa depan negara.. mungkin inilah masa yer satu transformasi akan bakal terjadi kepada malaysia.. amin...!!!

    BalasPadam
  14. nak berkata mengenai pemerintahan/ pentadbiran negara, ayuh kita lihat dasar dan pemimpinnya.
    penyataan dari saya sebagai rakyat dan mahasiswa

    1. saya merujuk setiap masalah pemerintahan kepada pemerintahan junjungan mulia Nabi Muhamad saw.
    2. Saya sama sekali menolak pemerintah y ZALIM. maksud ZALIM y sebenar bagi y xtahu - meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. (tengok sekarang AGAMA ISLAM di mana?)
    3.Xmahu ada pemimpin? - nak ikut kepala masing2? buka kitab Al Quran, cari apa peranan manusia di muka bumi ini? TEGAKKAN ISLAM.
    4.Nanti ada mulut y berkata `Y ko sibuk sokong BERSIH 2.0 y ambiga anjurkan tu kenapa? dia tu bukan orang ISLAM.nak tegakkan ISLAM konon` jawapan saya - ada cara lain nak tegur pemimpin y zalim? cakap rakyat sorang boleh kedengaran?

    Wallau`alam.

    BalasPadam
  15. i like u point of view.. mmg kita selaku umat islam sepatutnya menegakkan syariat islam yg sememangnya syumud.. tak perlu di nafikan lagi...

    jadi untuk kita memilih pemimpin kita perlulah memilih pemimpin yg menjaga dan menegakkan kebenaran dan agama tercinta kita ISLAM..

    pasal bersih tu kurang jelas laa.. elaborate lagi bleh tak???

    BalasPadam
  16. untuk tatapan/penerangn lanjut boleh rujuk

    1. http://u-jam.blogspot.com/2011/07/bersih-20-analisis-ambiga-peralatkan.html

    2. http://thelegend88.blogspot.com/2011/07/al-kisah-untuk-para-pembersih.html

    selmat mencari kebenaran
    wallahu`alam

    BalasPadam
  17. lagi satu, nak tanya.syumud tu apa maksudnya?
    setahu aku syumul adalah, y mermakna menyeluruh/sempurna.

    BalasPadam
  18. hehehe... typo.. maksud aku syumul laa.. hehehe.. ok.. tq for the info...

    BalasPadam