10 Suka Duka 2011.
Baik sebenarnya aku patut buat post ni masa 1/1/2012.. namun malangnya saat tu busy sebab bulan Final Exam.. maka semalam berakhirnya paper terakhir aku.. hari ni dengan rasminya aku akan buat ranking 10 SUKA DUKA KU 2011 sama seperti tahun lepas aku buat.. 10 SUKA DUKA 2010...
Pada tahun ni banyak perkara yang berlaku... maka mari kita lihat calon-calon kisah yang berlaku kepada aku.. ada 20 calon.. hahaha.. dah macam Anugarah Filem Festival plak.. hu~
1. EKSPRESI REMAJA
2. KUIZ 1 HATI CINTA NEGARA (1 MALAYSIA)
3. DEAN'S DINNER
4. KEFAJAR
5. INTERNATIONAL CONFERENCE USM
6. BENDANG (TANJUNG KARANG)
7. VIDEO PRESENTATION HILANG UNTUK KELAS LECTURE PALING GARANG.
8. UJIBAKAT UFM
9. MC PESTA CONVO , KARNIVAL KOLEJ TERATAI, DINNER KEFAJAR DAN CONFERENCE EKSPRESI REMAJA.
10. PERGI SARAWAK
11. KERJA OPERATOR (CONFESSION OF OPERATOR(COO))
12. UJIBAKAT CASTING.
13. KONSERT SITI NURHALIZA UITM
14. BOLA SEPAK MALAYSIA
15. PRESS CONFERENCE SPRM (ISU BERSIH)
16. OPKIM KELANTAN
17. BIASISWA JPA
18. OKESTRA RTM KE-50
19. SILAT CEKAK MALAYSIA
20. BELAJAR FOTOKOPI
21. PROGRAM FASILITATOR KEPADA MAHASISWA FSPU
Macam2 suka dan duka yang berlaku kepada aku.. sampai aku pun pening kepala nak pilih yang mana satu TOP 10.. huh... semua kisah-kisah diatas ada banyak memberi impak kepada aku untuk menjadi insan yang lebih sempurna.. baiklah mari kita terus lihat 10 SUKA DUKA 2011.. siapakah pemenangnya... hahaha :D
10
Tempat ke10 ialah sebuah kisah duka.. walaupun duka tapi aku belajar banyak mengenai benda ni.. apa yang belajar ialah.. KITA KENA BERANI MENEGAKKAN KEBENARAN DAN BERJUANGLAH SEHINGGA KE AKHIRNYA.. WALAUPUN KITA HAMPIR JATUH TAPI PERCAYALAH JALANNYA PASTI ADA...
PEMENANGNYA IALAH... hehehe... kisah VIDEO PRESENTATION AKU HILANG UNTUK KELAS LECTURE TERGARANG MASSCOMM UITM SHAH ALAM.. hehee... kalaulah lecture aku baca ni matilah.. (haha.. minta maaf saya gurau-gurau jer- minta maaf awal-awal ni) tapi serius.. siapa yang masuk kelas dia mesti kena present yang terbaik.. tambahan lagi dia mengajar mata pelajaran PUBLIC SPEAKING..
Jadi task kami yang terakhir yang mengandungi 20/100 markah bagi subjek itu kena buat sebuah Video mengenai tempat yang kita pergi lepas tu present kat kelas.. ala2 dokumentari.. jadi aku dan rakan-rakan kami satu kumpulan telah memilih untuk membuat mengenai tempat menarik di TANJUNG KARANG.. kami empat orang sorang buat pasal bendang, sorang buat pasal homestay dan lagi sorang buat pasal perikanan.. AND GUESS WHAT..!! AKU BUAT PASAL RUMAH NUR KASIH...!!!
Kami memang buat gigih sekali sehingga bermalan di sana.. actually kisah bermalam disana dan siap projek ni ada tercalon dalam BENDANG(TANJUNG KARANG) hehe... ok selepas selesai pergi ke semua lokasi Drama Nur Kasih di Tanjung Karang aku pun cepat-cepat siapkan video nak present.. untuk pengetahuan korang aku siapkan slide 2 minggu lebih awal dari tarikh nak present... hehehe...
Sumpah gigih giler.. sebab aku nak janjikan yang terbaik.. siap aku saksi kan video tu setiap hari.,. nak pastikan PERFECT..!! aku letak folder assigment tu kat desktop laptop sebab nak pastikan benda tu sentiasa ada hehe....
TETAPI.. dah memang Kuasa ALLAH.. kalau nak ambil sesuatu nikmat tu sekelip mata sahaja berlaku.. pada malam tepat jam 12.00 tengah malam.. aku dengan yakinnya nak practice speech buat kali terakhir sebelum besoknya tarikh presentation.. TIBA-TIBA aku tengok folder tu tak ada.. MEROYAN aku mencarinya.. dah mula aku panik.. satu per satu folder kat laptop aku cari.. Selama sejam lebih aku cari aku mula risau..!!
Maka aku mula meminta bantuan..
Baik memang ramai yang memberi bantuan... bagus tu tetapi malangnya tetap tak jumpa sehinggalah jam menunjukkan pukul 3 pagi.. Saat itu hanya Allah jer yang tahu perasaan aku.. jadi aku pun bertekad biarlah video tu hilang janji aku present.. Presentation kali ini tentang DOKUMENTARI jadi kalau tak ada video langsung habislah markah aku.. memang kosong terus..
Jadi aku pun cuba alternatif lain mengunakan sudutan-sudutan dalam drama Nur Kasih aku editlah ambil part2 tempat yang aku pergi dan buat video sepantas yang boleh... bagi orang yang baru belajar guna Movie Maker macam aku ni.. memang terkapai-kapailah but aku CUBA JUGAK.. sampai dah nak siap dalam pukul 4.45 pagi macam tu..
TIBA-TIBA..!!!!
Laptop aku hang..!! YA ALLAH..!!! memang aku rasa macam nak campak jer laptop.. tak sempat save kot.. masalahnya tinggal nak edit letak THE END jer.. sebab aku takut kalau aku switch off semua hilang aku pun tunggulah sampai tertidur....
Dalam pukul 5.50 macam tu aku terbangun sebab azan.. GUESS WHAT..!! masih hang...!!!! jadi aku pun bertekad tak per switch off jer InsyaAllah video tu masih ada.. bila aku dah switch on balik.. video tu HILANG...!!! maka aku pun buatlah balik selepas solat subuh sehingga kat kelas pukul 8.30 pagi video pon siap.. DONE..!!!
Memang pressure giler aku masa tu.. tapi aku tetap bersabar dan cekalkan hati.. maka bila lecture aku masuk dia terus mengamuk sebab ada budak buat hal dengan dia.. maki hamunlah dia dalam phone.. aku terus cuak.. macam mana aku nak cakap dengan dia yang aku punya video hilang dia tengah BAD MOOD kot..!!
Lepas dia cakap phone aku tetap beranikan diri jugak cakap dia video aku hilang... sebaik sahaja aku cakap video hilang dia terus maki aku kata "this is the problem with u people.. always do work last minute.." sentap jap aku dengar dia cakap.. aku tak buat last minute kot.. dah terlebih minute sudah..!! hehee... kemudian aku interrupt aku ckp aku dah siapkan tapi malam tadi hilang.. plus aku tak ada buat backup (yang tu aku mengaku aku bodoh.. hehehe)
Dia macam bengang jer.. aku dah cuak yang aku takkan dapat present habislah 20 markah hilang macam tu jer.. aku try gak pujuk dia kata aku ada video lain.. aku nak present gak.. aku try yakinkan dia dengan polite dan MUKA SEPOSEN.. "OK" dia cakap macam tu aku terus tarik nafas lega... AAAA... FINALLY AKU PUN PRESENT and guess what.. semua orang impress.. huh~ rse macam nak nangis.. hehe.. ok tengok laa video yang aku buat last minute ni...!!
Boleh laa kan.. ehehe.. tapi sayang giler video aku jalan-jalan kat umah Nur Kasih dan mengumpat pasal Artis dengan pemilik rumah tu semua hilang.. huhu~
Tapi ini ialah sebuah pengajaran yang amat baik untuk aku.. dan mungkin juga untuk anda.. hehe....
9
Ini kisah SUKA... hehehe.. OK aku telah berjaya menghabiskan misi aku menjelajah seluruh negeri-negeri di Malaysia.. dan yang terakhir sekali ialah SARAWAK...!! jadi kisah yang ke9 ialah kisah aku pergi SARAWAK..
Dan kali ke2 aku naik kapal terbang... Best sangat dapat jelajah Sarawak dan impian aku nak pergi semua negeri kat Malaysia pun dah tercapai..!! Tahniah Sarawak sebab anda menjadi negeri terakhir.. aku pergi Sarawak pun di sponsor oleh UiTM hehe.. pergi rombongan mendaki Gunung Sentubung.. yang berjaya kami daki separuh.. hehehe... but pengalaman disana sangat best..
saat aku mendaki gunung.. macho ker hancor?? hehe...
suasana dari pertengahan (bukan puncak agi) gunung.. cantik giler.. sumpah..!!
Salah satu sebab kenapa kami tak berjaya sampai puncak.. hehehe
Makanan paling aku tak dapat lupa sampai sekarang aku masih merasai kesedapannya ialah MEE POH... hehe.. aku tak tahu lah mee ni origin sarawak ker tak?? kalau orang pergi sana suka mee kolok tapi aku rasa mee kolok tu biasa jer.. hehehe.. aku try cari gambar mee poh tu tapi kuar gambar mee pok plakk.. hayooo..!!!
Hehehe... by the way beg kain sarawak yang aku beli memang cool... semua orang puji CHANTEK.. hehe....
8
Kisah yang ke8 pula duka.... betul cakap orang selalunya apa yang kita rancang tak semestinya berhasil.. Ini ialah kisah BIASISWA JPA..
Aku rasa mungkin ini salah aku kot sebab terlebih confident.. hehehe.. tapi sememangnya dari Prelaw lagi aku target nak dapatkan biasiswa ni.. sebab tulah walaupun tak dapat sambung Law aku tetap nak fight dapatkan dekan sebab bolehlah aku gunakan result aku dapatkan biasiswa ni....
Sebelum ni aku apply Biasiswa Astro pakai result Prelaw.. gagal.. mungkin sebab dia nak cari student pergi luar negara kot (think positive) kemudian aku pun carilah biasiswa yang ada course aku iaitu Masscomm merata-rata tempat.. memang banyak biasiswa yang di tawarkan tapi semua tawarkan course2 yg sama jer macam doktor, engineer, akauntan, lawyer.. kenapa masscomm ni low standard ker people???
Lepas tu aku berharap JPA ni jer laa bagi aku peluang.. plus i got dean for first sem.. so hope dapatlah.. Akhirnya still tak dapat.. huhu~~ actually aku taklah sedih sangat.. tapi orang yang suka dok kata aku akan dapat aku akan dapat masa aku nak apply tu menyebabkan aku terover confident sikit.. hehehe... akhirnya tak dapat.. emmm agak kecewa...
Aku siap call lagi orang JPA boleh tak buat rayuan.. masa aku call tu macam nak tak nak jer jawab dia kata buat jer surat.. bengang aku.,. dahlah call punya susah nak dapat.. bila dah dapat tak nak layan.. errrggghh!!
Lepas aku dah siap tulis surat.. sekali aku terfikir... kalau orang dah tak nak kasi buat apa aku nak terhegeh-hegeh...?? jadi aku pun tak jadi bagi surat rayuan tu... hehehe...
AND I BELIEVE TO MYSELF YANG REZEKI ITU PASTI ADA.. TAK PERLU RISAU.. hehehe... GO FARIZ CARI BIASISWA LAIN.. WALAUPUN TAK ADA.. hehehe...
by the way aku baru hantar resume minta biasiswa kat ECM LIBRA BANK.. sebuah investment bank.. harap-harap dapat lol~
7
Kisah yang ke7 ialah aku banyak kali jadi MC dalam tahun ni.. bermula dengan MC Dinner Night KEFAJAR, MC PESTA CONVA, MC KARNIVAL KOLEJ TERATAI dan terakhir sekali MC Conference Ekspresi Remaja TV9 (tapi tak masuk tv laa anjuran jer.. hehe)...
MC dinner KEFAJAR bersama kakak angkat i eton.. hehe.. terover pose laa plak.. by the way make up kakak i sponsor.. first time kena make dengan make up artist rse dah mcm artis plak.. hehe...
ni plak MC Pesta Convo.. hehe.. macam buli budak tu plak... dua kali aku berduet dengan Eton.. sebab dia aku berani jadi MC kalau tak kecut gak beb.. plus dia sangat berpengalaman bab2 MC ni.. so i learn a lot from her.. credit to ETON..!!
MC Karnival Kolej Teratai tu tak der gambar laa.. but masa tu aku sorang-sorang jer.. over gile.. serius kawan aku cakap.. siap aku karoke depan semua orang ni.. hehehe...
Terakhir sekali saat jadi MC paling susah.. iaitu kena jadi MC berbahasa Inggeris.. kecut perut gak mula-mula.. tapi aku cabar diri.. dan akhirnya berjaya jugak.. walaupun ada peserta komen aku jadi MC grammar salah and not use standard english in formal event.. ada aku kisah.. hehehe.. tak der laa advice tu kita boleh guna untuk membina.. tapi don't worry be happy.. hehe...
Serius best giler jadi MC.. siap dapat bayaran lagi.. amountnya.. dirahsiakan.. hehehe...
Apa yang penting apa yang aku belajar jadi MC ni ialah aku jadi lebih sangat sangat berani.. bila fikir balik aku pun macam tak sangka aku boleh jadi MC kan...??? hehehe... best sangat.. lepas ni siapa nak jemput I jadi MC I ok jer.. just give me a call.. hehe....
6
Kisah yang ke6 ni sangat bermakna kepada aku sebab aku menjadi PRESENTER MEWEKILI UiTM DI INTERNATIONAL CONFERENCE USM...
Aku bersama geng aku budak law present pasal polisi perkauman.. bagaimana kami berbicara yang menyatakan polisi berdasarkan kaum ini releven dan boleh diamalkan bagi negara yang mempunyai pelbagai kaum macam kat Malaysia...
Aku dan partner aku yang bertudung biru tu.. actually benda ni idea dia.. she such a brilliant.. serius idea dia ni melatopss.. bangga aku dapat presentkan benda ni.. credit to Mardiah(budak law)
HAMBIIK KO... semangat yer aku.. hahaha :D
FARIZ HATI-HATI...!! KANG MASUK LALAT..!! hehee...
Sangat best.. words speech yang aku paling aku suka dan semua orang gelak ialah aku cakap pasal semua orang kena belajar THIRD LANGUAGE.. "if everyone in here are studying other people languages there will not impossible that one day, we do not need ENGLISH as our medium to communicate each other anymore.. although it will look like duck talking with chicken.. kuek keuk..chip chip.. but that is not possible coz you can speak with our mother tongue and i can respond by using my mother tongue as well.." dan "If everyone remember Lady Gaga song.. RARARAAAKKK RAMARAAAK(dengan gaya lagu black romance) Know let we show to the world that their also need to remember our songs.." hehe... yang penting aku buat gaya itik dan ayam serta gaya lady gaga menari.. tak menahan..~~
MC tu lecture USM dia siap tegur lagi.. dia kata saudara dia lecture kat UiTM dan kalau dia lihat kami bagi speech mesti dia IMPRESS.. hehe.. Alhamdullilah dapat present dengan baik.. MAJULAH DEMI UITM..!!!
5
OK.. dah tangga top 5.. hehee.. gementar tak?? (poyo giler macam anugerah plak kan..) Baik tangga yang ke5 ni ialah kali pertama aku rasakan diri ini sangat dihargai.. bukan nak show off.. tapi inilah benda yang sangat beri impak kepada aku.. iaitu...
DEAN'S NIGHT
Saat mengambi sijil dari Dekan Masscomm.. Alhamdullilah...
Ini dia rakan-rakan kelas aku yang juga dapat Dean.. Tahniah korang...!
Inilah dia kami.. over2 pon result kena gempak yek.. hehee... harap dapat maintain dan tambahlah bilangan kami yang dapat dekan next and next sem.. AMIN..!!
Dengan tema dinner "kembali ke sekolah" hehe... aku pun capai jer laa baju melayu aku zaman MRSM ari tu.. ada orang kata aku macam YB.. oh my.. hehehe... plan asalnya ingat nak pakai jubah buat macam aku ni budak sekolah Maahad kan.. hehe.. malangnya.. jubah mahal sangatlah tak mampu.. siap kena sound lagi dengan kakak kat kedai tu.,. dia kata kat aku "kalau adik nak pakai jubah sekejap jer lebih baik adik pinjam kat kawan jer"... amboi.. kalau aku nak beli maksudnya aku nak pakai lama laa.. tattt...!!
4
Kisah ke4 penuh dengan suka dan juga duka.. Kisah ini telah berjaya membuka minda aku tentang senario kehidupan manusia yang pelbagai.. menjadikan aku lebih terbuka dan lebih mengerti.. kisah aku kerja sebagai Operator Sebuah Syarikat Kaji Selidik Matriks Research di PWTC..
Best sangat kerja ni.. senang jer.. ambil telefon dail nombor orang dan temu bual.. dah dapat duit.. hehe.. tapi serius tak sesenang kata-kata.. macam-macam orang aku jumpa sehinggakan aku buat segmen khas kat blog aku iaitu CONFESSION OF OPERATOR (COO)
Inilah senarai kisah-kisahnya...
Harap lepas ni aku akan dapat lagi banyak pengalaman-pengalaman sebegini.. hehe.. dengan suasana bekerja dengan orang dewasa membuatkan aku lebih matang.. siap pernah kena maki lagi.. hehe.. biasalah.. Tapi best kerja kat sini.. gaji pun masyuk.. hehe.. malangnya.. cuti break kali ni aku tak dapat pergi kerja kot.. sebab cuti sebulan jer.. dan banyak aktiviti UiTM aku kena attend.. huhu~~
3
Baik laaa dah masuk Top 3 ni.. tempat ke3 di menangi oleh..!!! hehee... KUIZ 1 HATI CINTA NEGARA (KUIZ 1 MALAYSIA) RTM...
Kali kedua sebenarnya aku masuk Pop Kuiz tapi sebelum ni macam sekejap jer yang Kuiz 1 Malaysia ni pulak aku bukan setakat masuk 1 episode malah 2 episode.. satu pusingan saringan kemudian aku berjaya pula ke pusingan separuh akhir.. hehe.. bangga seh masuk TV wakil UiTM lagi...
Actually kuiz ni pasal isu semasa dan pengetahuan Am mengenai Malaysia.. kalau nak tahu lebih lanjut bacalah entri ni AKU MASUK TV..!!
Yang paling best ialah aku siap masuk Iklan lagi... TV1 jer pon.. tapi tak sangka ramai gak menyaksikannya.. malulaa.. hehehe..(perasan2 artis daaa) aku pun tak tahu aku punya episode bila.. tapi sekarang kuiz ini sedang ditayangkan setiap hari jumaat 10 pagi ... hari tu aku tengok orang lain.. dah laa hari jumaat.. dah dua jumaat aku miss sebab exam.. hoihoi... so siapa yang tengok aku bagi tahu yek.. hehe..
Benda-benda ni yang membuatkan aku terharu...
YANG PALING TERHARU.. CIKGU AKU MASA MRSM PON PERASAN.. hehehe.. (kembang hidong kejap..)
Episodnya masih berjalan.. harap sangat aku dapat tengok episode tu.. Amin.. hehe.. best sangat memori bekerja dengan krew tv ni.. huhu~
2
Tempat ke2 ni lebih penuh dengan suka dan juga duka.. iaitu program mega kelab aku KEFAJAR iaitu EKSPRESI REMAJA...
Dalam projek mega ini aku ditugaskan menjadi exco publisiti.. so banner kat atas ni kerja aku laa.. bukan aku yang design aku suruh orang.. aku manalah pandai design2 ni.. hehehe.. memang susah payah dibuatnya.. aku dengan partner exco aku iaitu Nasrul turun naik ofis ambil tanda tangan sana, pergi sana pergi sini nak print, sebarkan maklumat, ikut krew TV9 promote ke semua fakulti kat UiTM... fuhhh penat..!!
Walaupun penat tapi serius best buat benda ni.. hehehe... saat paling best ialah bila saat persembahan amal yang dihiburkan oleh Hujan, Bunkface dan OhChentaKu mendapat galakan yang diluar jangkaan.. Alhamdullilah.. serius lega dan puas hati saat itu.. sebab bukan senang nak jayakan program ni.. dahlah buat kerjasama dengan pihak media ditambah pula dengan kesuntukan masa, kami berjaya juga melakukannya sehingga pihak TV9 kata ni ialah ekspedisi ekspresi remaja yang terbaik buat masa sekarang.. huhu~~ bangga.....
MALANGNYA....
Selepas program selesai.. ada beberapa pihak yang tidak berpuas hati telah cuba menfitnah kami dan mencaci macam-macam untuk menjatuhkan krew kami di wall VC UiTM dengan menyatakan kami mengalakkan maksiat dalam UiTM dan sebagainya.. aduh sakitnya hati masa tu Allah jer yang tahu.. pada saat itu aku mula belajar betapa pedihnya hati apabila difitnah dan dicaci setelah penat lelah kita membuat sesuatu.. fuhh serius pengalaman yang sangat membina...
Jadi sebabkan aku tak nak perkara ini terus berlalu macam tu dan nak bersihkan nama kami kembali.. aku pun keluarkanlah entri penjelasan ini.. Isu Ekspresi Remaja.
Oleh itu harap mereka jelas.. tapi biasalah manusia takkan pernah berpuas hati.. malas dah aku nak layan.. janji aku dah jelaskan seterusnya terserahlah kepada kalian.. bagi aku kalau nak komen ok tapi ada batas dan caranya.. sebab Nabi Muhammad SAW pun mengajar kita untuk berdakwah dengan berhikmah bukan dengan makian.. dan seterusnya kalau tak pasti jangan terus menuduh sebab itu boleh menyebabkan FITNAH...
Tapi secara keseluruhan program ni tersangatlah best sekali(tersalah tatabahasa).. hehe
Saat paling best ialah ni.. jangan jelezzz.. huhu~
ARTIS....!!!!!!! hehee....
oh my.. muka Fida cantik and comey.. aku hodoh dan comot.. hoho
lol~ Sam kenapa mulut terbukak?? hehe...
Bersama Hujan.. nmpk tak aku.. kat sebelah Noh.. huhu...
Seelan Paul is rock..! hehee... kat sebelah tu plak ialah En Izham Omar CEO rangkaian Media Prima.. kalau tak silap laa.. huhu~ orang besar ni beb.. boleh minta kerja ni aku ni kan student masscomm.. huhu~
Last but not least my Idol.. Norman KRU....
serius Inspired giler speech beliau.. satu hari nanti aku nak jugak jadi seperti beliau atau better.. aku nak ada syarikat production sendiri.. that is my ambition.. huhu.. tu yang excited bila dorang nak datang... hehe..
1
Dan tempat pertama ialah......................!!!!!!!!!!!!!!!!
Oh serius aku rasa aku membuat pilihan yang sangat tepat untuk masuk persatuan ini.. persatuan ni sangat sangat sangat sangat BEST...!! love the people inside it, love the way their work, love the team work, love the organization.. LOVE EVERY SINGLE THING ABOUT IT..!! banyak benda aku belajar dari Kelab Fasilitator Pelajar UiTM ni... huhu...
Ingat lagi kali pertama nak masuk kelab ni siap kena interview taw.. semangat giler aku interview siap pakai baju smart2 ala2 skema lagi.. hehe.. kemudian dah dapat kena pergi plak kem Traning of Trainer(ToT) seriously tu laa kem paling best penah aku hadiri.. walaupun kena seksa.. huh~ (tangan di dada kepala medongak ke langit)
Tak tahu macam mana nak cerita.. banyak sangat program yang aku pergi under kefajar ni.. dan ada juga program tu yang masuk top ten macam pergi Sarawak, Masuk Kuiz 1 Malaysia, Pergi Conference USM, jadi MC....semua kerana KEFAJAR..
Aku suka suasana KERJASAMA dan SEMPOI yang ada dalam kelab ni.. tulaa point yang paling aku paling suka kat kelab ni.. kami ibarat family yang senang bergaul dan tak malu untuk berhadapan dengan orang ramai... hehe.. sejak masuk KEFAJAR ni aku semakin berani dan banyak benda aku dapat belajar.. THANK YOU VERY MUCH KEFAJAR..!!!
Harap suasana dalam kelab ni akan berpanjang.. untuk pengetahuan kalian sekarang ni aku memegang jawatan sebagai Exco Modul dan Fasilitator 2 dalam kelab ni.. semoga aku dapat mengutip lebih banyak ilmu.. AMIN...
ITULAH DIA TOP 10 SUKA DUKA 2011...
Sebenarnya ada beberapa Azam 2011 yang aku gagal lakukan.. huhu.. sedih... biasalah kita hanya mampu merancang.. Allah yang menentukan segala-galanya...
1. Misi aku nak siapkan novel aku dan publish dalam tahun 2011 serius gagal... aku dah berjaya taip sampai separuh.. malangnya tak siap-siap.. harap cuti ni boleh siap.. tapi melihat kepada keadaan aku yang busy bagai nak rak ni.. emm macam manalah nak siap.. kena beli Ipad laa baru boleh siap.. hahaha (alasan)
2. Misi aku nak jadi TOUGH.... bukan makin tough makin gemok ada laa.. Waaa sumpah pressure.. tak tahu kenapa laa aku makin gemuk..?? fuhhh.. harap 2012 boleh kurus...
Finally... dengan entri yang panjang menjela ni.. (korang baca ker??) aku dengan rasminya menutup tirai 2011 and WELCOME TU 2012.. moga-moga kita akan menjadi Insan yang lebih baik pada tahun ini.. AMIN...
kbai..!!
p/s: jangan risau.. kisah2 yang lain tu aku akan cite kan entri lain.. hehe...
and goodluck for 2012 you gonna have big days in your life
BalasPadamhahahaha... kelasss u puji i!!! kelassss kau fariz!!!!
BalasPadamkelasssss muke aku ade,n ant top 6!!! hehe.... lov u babes!!! =D
BalasPadamlove u too... heheh...
BalasPadam