Panduan Baucar Buku 1Malaysia..

9:46 PG 2 Comments

Maklumat yang aku dapat kali ini lebih full, tepat dan sahih daripada mohe.gov.. Selamat membaca..



GARIS PANDUAN PEMBERIAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA (BB1M)
1.      PENGENALAN
Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.

2.      OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

3.      KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a)      Warganegara Malaysia;
b)      Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)      Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)      Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)      Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f)       Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)      Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)      Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).

4.      TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.

5.      KADAR BB1M  
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.

6.      TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a)      Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b)      Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c)      Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)      Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis.Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)      Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f)       Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)      Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)      Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;

7.      PENUTUP
a)      Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b)      Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c)      Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing


Untuk panduan yang lebih terperinci.. sila baca atau download link-link ini..


UPDATED

KEPADA SEMUA MAHASISWA UiTM..

AGIHAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA
Pelajar boleh mendapatkan baucar berkenaan daripada Zon Kewangan Fakulti masing-masing atau dari Bahagian Pengurusan Kewangan Pelajar bermula 10 Januari 2012 sehingga 15 Mac 2012. Semua pelajar warganegara Malaysia yang aktif layak mendapat baucar berkenaan kecuali pelajar program Professional serta pelajar Pra-Diploma. Bagi pelajar di kampus negeri, sila berhubung dengan Pejabat Bendahari kampus, bagi mendapatkan tarikh agihan baucar akan dilaksanakan.
Kelayakan bagi mendapatkan baucar buku berkenaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia(KPT).

PASTIKAN ANDA MEMBAWA KAD PELAJAR SERTA KAD PENGENALAN SEMASA MEMOHON BAUCAR TERSEBUT. TANPA 2 KAD BERKENAAN TUNTUTAN ANDA TIDAK AKAN DILAYAN. PELAJAR JUGA TIDAK DIBENARKAN MENGHANTAR WAKIL BAGI MENDAPATKAN BAUCAR TERSEBUT.

Senarai kedai yang terima baucer buku 1 malaysia:
1. Kedai Buku UiTM (berhadapan PTAR 1)
2. Arked Keliki ( http://www.facebook.com/arkedkeliki?ref=ts )
3. MPH Bookstore
4. POPULAR
5. Kinokuniya KLCC
6. www.kedaibuku.com.my
7. Syarikat Kamal (kedai buku Medik di Jalan Pahang , depan GHKL)

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. mana nak dapat baucar ni Fawis?

    BalasPadam
  2. uitm blom umum lagi laa amik kat mana.. huh~~ nnt dh taw aku updated...

    BalasPadam