Kisah Kekejaman DEMO yang sebenar..
SEMUA ORANG WAJIB BACA WALAPUN PANJANG SIKIT.. TAPI INI FAKTA DAN KENYATAAN YANG SEBENARNYA...!!!
Di China: 15 April 1989, di Tiananmen Square, Beijing, berlaku beberapa siri demonstrasi besar-besaran yang disertai ribuan pelajar dan orang awam yang diakhiri dengan 'perang' menenentang polis dan tentera.
Ia bermula dengan himpunan meratapi kematian Hu
Yaobang, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis China, kemudian berlanjutan
dengan tuntutan reformasi politik, mogok lapar dan protes terhadap pemerintah.
Jumlah demonstran akhirnya pada 4 Mei dianggarkan mencecah 100,000 orang - yang
pada akhirnya berlanjutan hingga mengheret tentera bertindak keras pada
penghujung Mei hingga awal Jun.
Di jalan-jalan raya, pertempuran antara orang
awam (bersenjata batu, molotov cocktail) dengan pihak berkuasa berlaku - tembakan
berdas-das dilepaskan secara rawak yang akhirnya mengundang ribuan
kematian dan kecederaan. Wang Dan (Universiti Peking) antara kepala kumpulan
pelajar, dijatuhi hukuman penjara 7 tahun. Beberapa yang lain melarikan diri ke
Eropah, Amerika dan negara lain.
Di AS: peristiwa Kent State
Massacre, di Kent State University, Ohio - 4 pelajar terbunuh manakala 9
lagi cedera apabila ditembak oleh pasukan Ohio National Guard. Ia bermula
pada 1 Mei 1970, apabila sekumpulan 500 pelajar universiti itu berhimpun memprotes
tindakan Presiden Nixon menceroboh Kemboja.
Ia berpanjangan sehingga 4 Mei, yang kemuncaknya
apabila kumpulan pelajar ini mengherdik pasukan Ohio National Guard dengan
'Pigs off campus' yang cuba menyuraikan protes - yang akhirnya tembakan dilepaskan
secara rawak.
Di Mexico: Tlatelolco
Massacre, peristiwa 2 Oktober 1968 yang melibatkan kekerasan pihak berkuasa
Mexico menyuraikan protes pelajar (dan orang awam) di ibu kota negara itu
- sehingga melibatkan kematian ratusan orang.
Di Thailand: Thammasat
University Massacre, peristiwa serangan ke atas pelajar yang berdemonstrasi
(menentang bekas Panglima Tentera Thanom Kittikachorn) sehingga mengundang
kematian seramai 64 demonstran.Ini berlaku pada 6 Oktober 1976.
Peristiwa di atas merupakan sebahagian daripada
kes kekasaran yang berlaku ke atas pelajar yang berdemonstrasi sehingga
menyebabkan kematian dan kecederaan parah. Kita ada banyak lagi contoh di atas,
misalnya di Mesir (2001), Orangeburg Massacre (South Carolina, 1968), Rangoon
University (1972) dan banyak lagi.
Dan, pasca peristiwa di atas:
i) Berlaku lagi gelombang demonstrasi yang
berlanjutan
ii) Gerakan ini mendapat sokongan postif orang
awam
iii) Kumpulan pelajar diangkat sebagai hero awam
Di Malaysia: Tidak ada satu peristiwa
berdarah berlaku ke atas pelajar, yang wajar diangkat setara kezalimannya
berbanding peristiwa di atas. Belum ada pihak berkuasa di negara kita yang
melepaskan tembakan peluru hidup ke atas pelajar, dipukul sehingga lunyai,
cedera parah dek dikerjakan anggota seragam ini berbanding persitiwa di atas.
Bahkan tidak ada tekanan sehebat yang dikenakan
oleh kerajaan Malaysia, dibandingkan dengan apa yang dilakukan oleh pemerintah
mereka.
Halnya begini, gerakan pelajar propembangkang di
Malaysia sangat terpengaruh untuk mempraktikkan kaedah yang sama - ingin
menentang kezaliman. Namun, sayang sekali, polanya jauh berbeza:
i) Demonstrasi lanjutan: Kes Adam Adli (tekanan
tatatertib) amat jauh berbeza untuk dibandingkan dengan pembunuhan dalam
peristiwa-peristiwa di atas. Protes di UPSI pada malam tahun baru, sebagai
lanjutan kisah Adam, bahkan tidak setimpal dengan keperluannya.
Ini soal yang perlu diperhatikan. Kezaliman yang
berlaku di Tiananmen Square misalnya, adalah tulen dan selayaknya disabitkan
sebagai kejam (tembakan peluru hidup). Manakala kecederaan yang berlaku di UPSI
adalah tidak tulen kezalimannya, kerana ia retorik, dibuat-buat dan jelas
politikalnya (panjat pagar, pecah pintu).
Rekod mereka juga pernah tercalar dengan
peristiwa pecah pintu di UPM pada 23 Februari 2011 yang mengundang tempelak
banyak pihak.
Malah kita dapat perhatikan, mereka tagihkan 'kezaliman',
sengaja mengundang kemarahan pihak berkuasa bagi tujuan politik (agar polis
bertindak kasar), berbanding mencapai tujuan besar yang mereka canangkan.
Simpati masyarakat merupakan markah tinggi dalam politik!
ii) Sokongan positif awam: Kumpulan pelajar ini
sangat tidak cermat. Pertama mereka mengheret seorang figura politik yang masih
popular di kalangan rakyat - Perdana Menteri (bererti berkonfrontasi dengan
penyokongnya). Kedua, isu yang dibangkitkan tidak menyentuh keinginan dan
keterujaan masyarakat untuk bersama mereka. Ketiga, apa yang dipertontonkan
mereka adalah bertentangan dengan norma besar masyarakat (ambil perhatian: adab
sopan, terutamanya guru, sangat sentimental untuk kita).
Nyata, tidak ramai yang menyokong, malah mendapat
tempelak umum. Sebahagian yang menyokong adalah di kalangan penyokong parti
pembangkang. Pun begitu, ia masih mendapat tempelak di kalangan kumpulan ini.
Blogger propembangkang bahkan (Ameno World), mengkritik tindakan kumpulan
pelajar ini, yang disifatkan kurang bijak dan emosional
iii) Hero awam: Apabila sudah tidak mendapat sokongan awam, ini bererti tiada unsur heroism dapat diangkat oleh umum. Seperti dinyatakan, mereka tidak cermat menggerakan usaha selari dengan kehendak awam. Keadaan Malaysia tidak seteruk yang digambarkan - berbeza dengan kes-kes aktivisme pelajar di negara tertentu.
Yang mengangkat mereka hanyalah parti
pembangkang, itu pun sebab populariti politik.
Barangkali, dengan mengandaikan kadar
penggangguran di kalangan siswazah di Malaysia terlalu teruk - dan gerakan
mereka tertumpu pada mendesak kerajaan memperbaikinya - dan akhirnya selesai -
mungkin ia memberi pandangan yang berbeza terhadap masyarakat. Atau pun,
mungkin demonstrasi menuntut kemerdekaan, atau mungkin demonstrasi memaksa
kapitalis menurunkan harga barang.
Malaysia hari ini sebenarnya tidak memberi
suasana yang selesa untuk aktivisme berupa radikal ini, memandangkan derita
yang dialami rakyat tidaklah seteruk mana. Perlu difahami, kes Tiananmen Square
bersangkut dengan derita rakyat dek kegagalan sosialisme China dan autokratik
pemerintahnya.Kes Jan Opletal, diangkat
sebagai hero kerana dibunuh sebab meraikan tentangan terhadap kezaliman Nazi.
Namun, dek kerana begitu teruja dan dibakar
gelojak emosi - maka hal yang sangat kecil kadar 'kezalimannya' dicanang-canang
secara berlebihan oleh pelajar kita, dan begitu ketara pula strategi
politiknya. Ini kesilapan besar buat mereka yang mahu dianggap hero awam,
apatah lagi mengangkat darjat pelajar.
Special credit to darikampus
p/s: aku sebenarnya dah lama dengar cerita pasal demostrasi kat China sampai kerajaan mereka lenyek mahasiswa pakai kereta kebal..!! kat Malaysia ada??? please laa open your eyes that all of these only drama yang membazir masa.. baik baca buku sebab sekarang pun tengah Final Exam kan.. ok.. GOOD LUCK EXAM SEMUA..!!!!
LIKE!
BalasPadammmg patut kena lenyek mcm kat cina tu baru sedar diri.elok dah negara ni amalkan demokrasi,lebih kuah dari sudu.jadi mcm komunis kat cina tu baru padan muka sorang2!
BalasPadamterbaik la bro
BalasPadam