Debat Terbuka antara Dato Najib dan Dato Anwar.

9:51 PTG 5 Comments



Aku terjumpa sebuah keratan berita daripada Harakah Daily sebab bagi aku bagi kita menilai sesuatu kita perlulah merujuk kepada dua-dua belah media.. betul tak?? hehe.. ok itu bukan isunya.. tapi aku terjumpa satu artikel yang sangat menarik bagi aku di dalam Harakah ini... 


Ini dia....


KUALA LUMPUR, 26 Jan: Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) hari ini menyatakan kesediaan menjadi penganjur debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Majlis Politik Nasional gabungan itu, Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor berkata, debat antara kedua-dua pemimpin itu sangat dinanti oleh rakyat apatah lagi golongan mahasiswa.

"Golongan mahasiswa sangat ternanti-nanti pendirian Datuk Seri Najib berkenaan kesediaan beliau untuk menyertai debat tersebut, Datuk Seri Anwar sudah lama menyatakan hasrat beliau.

"Mahasiswa bersedia untuk menjadi penganjur debat ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kajian yang dikendalikan Merdeka Center terhadap Profesional Melayu yang mahu debat antara kedua pemimpin politik tanah air itu direalisasikan.

Menurut Hafizuddin, selain kaedah terbaik meraikan perbezaan, debat juga ujarnya boleh menjadi medan penilaian bagi masyarakat khususnya anak muda untuk memilih kepimpinan yang akan menerajui tampuk pemerintahan negara kelak.

Melalui beberapa perbincangan dan 'survey' di peringkat kepimpinan mahasiswa yang dijalankan mereka, pengesyoran debat disambut baik di peringkat kampus masing-masing.

Dalam pada itu beliau berharap debat tersebut jika berjaya diadakan, hanya fokus kepada isu-isu kenegaraan yang melibatkan rakyat dan kebajikan rakyat, dan bukan perdebatan berkenaan isu peribadi.

"Justeru, pihak Gamis mengesyorkan agar mahasiswa dapat bersinergi dalam menjayakan budaya ilmiah ini andai kedua-dua pemimpin besar parti (Najib dan Anwar) bersedia untuk berhadapan antara satu sama lain dalam debat politik.

"Kami juga menolak mana-mana idea yang menyatakan idea debat adalah tidak diguna pakai di Malaysia," katanya.-Harakah Daily



Kalau betul Gamis sanggup menjadi sukarelawan menjalankan program ini.. aku pun akan 100% menyokong perkara ini dijalankan.. kalau kita tengok negara-negara yang mengamalkan demokrasi terutamanya di Amerika Syarikat pun telah lama menjalankan debat antara pemimpin utama ini bagi membolehkan rakyat menilai secara ilmiah dan adil siapa pemimpin yang layak untuk mentadbir negara...

Bagi aku BERANI KERANA BENAR dan medium ini juga boleh digunakan untuk menyakinkan seluruh rakyat Malaysia bagi memilih siapa yang berhak mentadbir negara yang sebenarnya.. ketepikan segala serangan peribadi mari kita kembali ke pangkal utama untuk memerintah negara.. 

p/s: aku harap medan ini mampu menyedarkan rakyat jelata siapa yang layak memerintah negara sebenarnya.. Dato Najib Vs Dato Anwar.. MENARIK NI... hahaha. :D

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. without the debate pun kita dah boleh ckp siapa yg layak memerintah.takat nak berceramah siang malam sesiapa pun boleh.ergh.

    BalasPadam
  2. RASANYA DEBAT SEBEGINI TAK PAYAH NAK LAYAN.....DI MALAYSIA SISTEM BANYAK PARTI... DIAMERIKA DEBAT DIADAKAN KERANA SISTEM 2 PARTI SAHAJA....UNTUK PEMILIHAN PRESIDENT..... SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA TAK PAKAI SISTEM DUA PARTI....DAN TIDAK ADA PENGUNDIAN UNTUK PEMILIHAN PERDANA MENTERI... TAK KAN MAHASISWA TAK FAHAM SISTEM DEMOKRASI DI MALAYSIA DAN DI US.....

    LAGI PON DEBAT DIMALAYSIA NI TIDAK MENDATANGKAN APA2 FAEDAH.... BUAT APA NAK DEBAT... BUKAN MASA KEMPEN PILIHANRAYA PON. DI US MASA KEMPEN JER BUAT DEBAT.. BUKAN TIAP2 MASA....

    BAIK PM NAJIB TUMPUKAN MASA UNTUK MENGATASI MASALAH RAKYAT DARIPADA MELAYAN PEMINTAAN ORANG YANG TAK ADA KERJA UNTUK BANTU RAKYAT.....24 JAM FIKIR NAK JADI PM.....TAK KIRA MASA.

    MAHASISWA PON TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA PELAJARAN.... SKOR LAH TINGGI...JANGAN BELAJAR MAIN-MAIN.... PELAJAR MELAYU SENTIASA LALAI DENGAN FOKUSNYA....TAK PAYAH NAK JADI PROMOTER DEBAT PLOK....

    PESAN ORANG TUA2

    BalasPadam
  3. tak salah rasanya Anonymous kalau kita bagi ruang untuk berdebat... sebab ini bagi mendedahkan siapa yg benar secara face to face.. sebab saya rasa saya mahasiswa yg prihatin laa saya nak debat dijalankan..

    yang penting berani kerana benar takut kerana salah...

    pesan org muda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu fariz razali..berani kerana benar..sbg mahasiswa yg bijak, kita tidak perlu cepat melatah tp at the same time kita kena ambil tahu tentang ni..semoga kita berada di pihak yang benar..:)

      Padam
  4. btul tu..berani kerana benar..sebagai mahasiswa yang bijak tidak perlu cepat melatah..tp at the same time perlu ambil tahu tentang hal ni..semoga kita berada di pihak yang benar..:)

    BalasPadam