CONFESSION OF OPERATOR..

9:55 PG 5 Comments

Untuk pengetahuan semua.. impian aku nak keluar dari kepompong kerja di SUPER MARKET telah menjadi kenyataan.. sebab selama ini kalau ada cuti semester jer mesti aku kerja dekat JUSCO.. sampai aku dah bosan kerja jadi promoter yang bagi aku.. tak sangat adventure dan sungguh bosan...

aku mengaku sebenarnya kerja jadi promoter senang... ko hanya perlu datang dan jaga barang,, serta serve orang kalau nak beli barang kau.. MALANGNYA.. aku mula bosan dengan rules kerja di SUPER MARKET yang amat, amat, amat lah ketat sekali..(kesalahan grammar lepas amat mana boleh ada sekali..) tambahan pula, semasa kali terakhir aku kerja jadi promoter aku telah dimarahi oleh manager JUSCO kerana kantoi berborak dan tak jaga barang aku... plz la.. walaupun aku mengaku itu salah aku.. tapi bosan kot.. pelanggan mana ada.. jadi aku berborak la.. hehe... lagi satu kerja sebagai promoter ni sangat penat dan ko kena ikut telunjuk supervisor dia suruh kau datang pukul brape dan sebagainya.. PEMAKAIAN la yang paling teruk.. dah la rambut tak boleh berfesyen kena pendek dan kemas kemudian kena pakai baju uniform sekolah.. SKEMA GILER!!! 
Maka mungkin Allah Taala memakbulkan doa aku.. aku berjaya dapat kerja di sebuah syarikat research.. yang aku tertarik nak kerja disini kerana pakaian bebas janji kemas, boleh datang pukul berapa pun kau suka dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam(janji kena duduk situ 5 jam), buat panggilan untuk soal selidik mengenai politik di malaysia.. satu call persamaan dengan RM12 (lumayan tu...) and ada dapur.. so kalau penat bekerja boleh lepak makan biskut dan minum kopi jap.. hehe... INILAH PEKERJAAN YANG AKU IDAM-IDAMKAN.. senang.. hehe...
muka aku tengah membuat panggilan.."HELLO"

jawapan soal selidik di masukkan ke dalam data komputer.. 
senanglah sebab tekan-tekan nombor jer...

jadi sebenarnya entri ni ialah PENDAHALUAN atau MUKADIMAH sebab aku bercadang nak buat drama mengenai kerja aku ni.. bila kita call rakyat MALAYSIA dari seluruh pelosok memang macam2 karenah dan cerita aku dengar.. dan aku rasa macam nak cerita kisah menarik ni dengan semua orang... semoga ia menjadi pedoman hidup.. amin.. 

Sebelum itu sebenarnya kerja ni tak la semudah seperti yang diperkatakan.. memang nampak mudahkan ambil telefon.. dail-dail kemudian masukkan data.. NAMUN.. nak dapatkan orang untuk memberi kerjasama agar menjawab soalan tu yang susah..  

UNTUK PENGETAHUAN KALIAN, sebenarnya dalam projek ini telah ditetapkan kouta setiap negeri kepada jantina, bangsa, kawasan urban atau rural dan peringkat umur... masa mula-mula projek memang la senang sebab kuota masih open.. tapi makin lama makin susah.. sebab kuota makin sikit.. contohnya kouta yang tinggal.. lelaki, cina, kawasan urban dan umur 25-30... MANA KAU NAK CARI???

Tapi selalunya bila dah terlalu terdesak.. contohnya tinggal lagi 5 orang sahaja nak di cari dalam sesebuah negeri memang bos aku akan bagi open.. tak kisah pasal kouta lagi.. hehe  (kalau masa ni semua orang macam beruk makan belacan.. dail cepat2 kerana siapa cepat dia dapat dulu.. hehe..)

namun kisah yang kurang enak aku nak cerita sikit ni ialah mengenai sesetengah orang CINA yang susah sangat nak memberi kerjasama... especially di kawasan SARAWAK, KUALA LUMPUR, PENANG, JOHOR dan juga PERAK.... 

kebanyakkan mereka alasannya sama iaitu.."SOLI YEK SAYA TAK PANDAI MELAYU" atau.."SAYA TADA SENANG." memang banyak cakap macam tu.. kalau aku offer nak cakap bahasa english boleh.. dia akan balas.. "MAAF TAK ADA MASA LAH" kemudian terus letak tepon.. berangin jer aku..!!! 

persoalan aku.. kau cakap kau tak pandai cakap melayu?? masalahnya korang duduk di MALAYSIA dan bahasa kebangsaan kita ialah BAHASA MELAYU.. jadi tak pandai cakap melayu..?? nak jadi warganegara ker tak nak.. kalau tak senang tu bila rasanya kau senang?? bila negara dah lingkup ker..hehe..(luahan perasaan) sebenarnya.. aku tak salahkan pun orang cina yang tak pandai cakap melayu kerana kebanyakkan yang tak pandai cakap melayu ni ialah golongan cina yang rendah tahap pendidikannya.. mereka hanya belajar sampai sekolah menengah atau rendah jer.. tambahan pula sekolah di sekolah jenis kebangsaan cina.. lagilah tak selalu cakap melayu... sebab itulah aku kurang berpuas hati dengan tindakan kerajaan nak kekalkan sistem sekolah vernakular.. sebab hasilnya.. orang cina dengan orang cina sahaja.. orang melayu dengan melayu jer dan india dengan india jer...
tapi aku pelik.. selama aku bekerja disini kalau aku cakap dengan orang india.. mereka langsung tidak menghadapi masalah dalam bertutur bahasa melayu.. malahan aku pernah bercakap dengan mak cik yang berumur 80 tahun.. dan melayu dia cukup fasih... kenapa orang cina tak boleh??? 

selain daripada kesan belajar di sekolah vernakular aku rasa initiative orang cina sendiri yang kurang.. mereka yang kurang pandai cakap melayu ni selalunya berpuak dengan orang cina sahaja sebab itu kurang fasih berbahasa melayu.. contohnya aku ada juga kawan-kawan cina yang boleh bertutur dengan lancar.. dan selalunya orang cina yang bertutur dengan lancar ini ialah seorang yang peramah dan banyak cakap.. sebab selalu berlatihlah mereka menjadi mahir.. hehe..(nasihat berhikmah kepada orang cina silalah keluar dari puak anda dan cubalah berbaik dengan kaum lain seperti melayu dan india.. kerana kami memang terima anda dengan hati terbuka.. :-) HIDUP SATU MALAYSIA lah katakan...

NAK BUKTI YANG LEBIH JELAS KENAPA AKU KATA ORANG CINA NI SOMBONG... salah seorang kawan cina aku yang juga bekerja di sini kata.." SAYA TAK SUKA TEMU BUAL ORANG CINA MEREKA BANYAK SOMBONG.. SAYA SUDAH CAKAP BAHASA CINA PUN TAK MAHU BAGI KERJASAMA.." kesian... so can you imaging dengan kaum dia pun tak percaya macam manalah kitakan.. hehe....

AKU HARAP POST NI TAKLAH MENGAIBKAN ORANG CINA.. sebab bukan semua macam tu.. seperti yang aku cakap segelintir jer.. yang lain ok..!! 

aku paling suka kalau dapat temu bual orang cina dari MELAKA, SABAH dan KEDAH.... mereka ini kebanyakkan nya boleh cakap melayu lah.. ESPECIALLY in MELAKA... bila dapat BABA NYONYA.. memang best..!!! sangat peramah.. malahan aku tak dapat nak bezakan pun dia ni melayu ker cina.. sebab slang dia macam orang melayu....

SELAIN ITU, kalau dapat orang cina yang muda serta berpelajaran tinggi.. mungkin habis universiti atau form 6.. mereka bagus kerana mereka mengambil tahu tentang politik negara.. sebab ada sesetangah tu buat tak tahu jer.. aku tak kisah kalau dorang nak kutuk or sokong kerajaan cuma aku rasa bangga sebab mereka juga prihatin terhadap perkembangan negara.. hehe.. (cina macam ni bagus..) 

sebenarnya.. kehadiran orang cina ni bagus sebab mereka menambahkan kewarnaan tradisi negara kita yang memang unik dengan kepelbagaain.. cuma aku harap sikap sombong mereka itu boleh la diubah sikit.. ala orang melayu dan india pun sombong.. kita semua sama.. harap ini menjadi pengajaran kepada semua juga.. hehe....
teringin la nak pakai CHEONGSAM.. boleh ker??? hehe...

ITU SAHAJALAH CELOTEH AKU.. JANGAN LUPA TUNGGU POST SAMBUNGAN MENGENAI MASALAH LAIN PULA.. hehe...

RELATED STORY...
APAKAH SALAH ANAKKU??.. (COO)
PENGAKUAN ORANG CINA...(COO)
I'M MUSLIM..(COO)
KENAPA TAK NAK..?? (COO)
I WANT TO BE PRIME MINISTER.!!

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

5 ulasan:

  1. owh nice~ urm.. result research ko tu akan digunekan kemane?
    ade kje kosong ag tak?lol

    BalasPadam
  2. itu aku x taw... kerja kososng?? hehe,, aku pun masih baru kat sini.. tak taw la mcm mana nak ajak org.. heeh..

    BalasPadam
  3. hhahaha.. btul2...gram lau ade sesengah respondent camtu... xpndai BI.. ckp BI die lak xde masa.. hahah.. pastu marah2... lau Kol lelaki isteri angkt igt nak mgorat laki die... hahah.. lau mak yg agkak igt nk ngorat ank die... hahaha... bengang mmg bengang... hahhahah... aku smpat bt 1 bln je.... pastu trs xnk.... haha tp aku bt tuk lecture aku... heheh

    BalasPadam
  4. taw tak per.. hehee.. mcm2 kisah aku keje ni wei.. kalau nak taw bleh bace kat button koleksi terbaik tu.. hehehe

    BalasPadam