IMAN KU BERHARGA 20 SEN...!!!

9:34 PG 6 Comments

Pernah tak kalian menanyakan berapakah harga iman seseorang..???? Mesti pernah dengarkan lagu  nasyid yang menyatakan iman tidak boleh diwarisikan.. kiranya kalau bapa atau atuk kita seorang imam masjid pun tak semestinya kita akan menjadi imam malah mungkin kita boleh bertukar menjadi seseorang yang lebih durjana daripada syaitan...

Malah harga iman seseorang juga tidak dinilai melalui umur, pangkat, kebijaksanaan mahupun bangsa, kaum, warna kulit, cantik hodoh... semuanya tidak dinilai.. tapi bagaimana nawaitu kita jujur menyembah dan mentaati yang MAHA ESA.. itu yang lebih utama... kerana bagi ALLAH TAALA.. semua manusia berada pada darjat yang sama.. hanya kita jer yang membeza-bezakan darjat mengikut status KEWANGAN..!!

BAIK LA.. aku nak cerita sebuah cerita yang aku jumpa ni facebook.. dan aku rasa cerita macam ni memang tak salah untuk dikongsi semua lapisan masyarkat tidak kita islam atau pun tidak.. muda mahupun tua.. kaya mahupun miskin.. ok la mari kita terus ke ceritanya.... 

       Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. 

       Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
       Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut."Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya."Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

   (sebelum turun dari bas imam perlu memilih.. adakah mahu jalan yang terang atau kegelapan..)   

        Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut."Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut."Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

         Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

        Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"
kalau anda berada di tempat imam ini adakah anda akan melakukan perkara yang sama????

walaupun kita rasa setiap ketidak jujuran kita itu hanya kesalahan yang kecil.. namun sebenarnya nilainya dimata ALLAH TAALA ialah besar... pernah tak kita mengambil lebihan baki di dalam kedai tanpa memberitahu tuan kedai?? jawapanya mesti pernah... jadi jika perkara ini terjadi jelas menunjukkan bahawa  iman kita masih murah dan senang dijual beli walaupun dengan harga semurah 20 SEN..!!!

Dalam post kali ini.. aku bukannya nak mencuba menjadi ustaz.. tapi cerita ini memang amat menyayatkan hati aku.. walaupun ringkas dan jalan ceritanya pendek.. namun kesannya menusuk khalbu... tak pasal-pasal pemandu berkenaan memeluk Islam hanya kerana kejujuran kita sebagai orang muslim.. sebagai peringatan kepada diri aku dan rakan-rakan ayuhlah kita menjadi seorang muslim yang jujur... tidak kira kepada sesama manusia mahupan YANG MAHA ESA...!!!

JANGAN BIARKAN MATA HATI MU DIBUTAKAN OLEH WANG!!!
sumber: artikel iluvislam.com

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. minta maaflah kalau ada kod2 pelik yang mencacatkan post ni.. tak tahu la kenapa berlaku macam tu.. dah try buang x dapat2... apapon semoga kita sama2 dapat pengajaran... ;;)

    BalasPadam
  2. Tersangat suke....

    BalasPadam
  3. terima kasih bella dan puan tenuk.. hehe

    BalasPadam
  4. suke sangat entry ni...pengajaran untuk kite semua sebagai hamba ALLAH yg sentiase mndapat ujian dariNya ;;)

    BalasPadam