SULTAN SELANGOR MURKA...

9:07 PG 6 Comments

siapa kenal sultan selangor...???


inilah baginda..
Sultan Sharafuddin Idris Shah

kenapa baginda murka... meh sini aku cerita.. semua ni ada kena mengena dengan asrama aku dulu.. iaitu...

Yayasan Selangor..

begini.. sebenarnya pada hari ini Yayasan Selangor akan menyambut Ulang tahunnya yang ke-40 jadi mereka telah menjemput baginda Sultan untuk bersama-sama merainya dengan sambutan makan malam.. 

pada mulanya baginda, Sultan bersetuju dengan jemputan berkenaan kerana baginda rasa  kehadiran baginda dalam majlis makan malam ini akan menyuntik semangat para pelajar yang berada di Yayasan Selangor...(aku ex-student yayasan selangor dan adik aku pelajar yaysan selangor.. kami dua2 bangga kalau baginda datang.. hehe.. tiba2 je menyemak.. ok sambung..) 

namun setelah dikorek-korek dari sumber yang boleh yang dipercayai baginda terus murka dan menbatalkan hasrat untuk menghadiri majlis berkenaan..??? 

kenapa ye???? ini kerana... YAYASAN SELANGOR TELAH MEMBELANJAKAN...


RM 300 000

BAPA BANYAK..!!! melalui beberapa sumber lagi sebenarnya jumlah yang ingin digunakan sebenarnya ialah RM 800 000 , yang RM 300 000 ini hanyalah pendahaluan... what the kerk!! can you imaging?? hanya untuk makan malam...

yang penting makan malam ni akan diadakan di PADANG ASRAMA YAYASAN SELANGOR TUN DR ISMAIL bukannya dekat hotel 5 star... tambahan lagi.. katanya 200 meja untuk tetamu khas manakala 2000 untuk meja tetamu biasa... tapi kalau ini jumlahnya aku rasa macam dah berjuta jer tetamu yang boleh makan..(hehe... sebenarnya aku tak pasti macam mana kiraannya tapi cuba kira kalau sorang vip makan RM20 manakala tetamu biasa RM10 so semuanya hanyalah 4000+20000=24000... jadi tiga kali gandalah orang boleh makan.. termasuk khemah, pentas dan audio aku rasa dah lebih daripada cukup.. aku tak rasa diorang jemput artis.. because adik aku sibuk berlatih nak buat persembahan pada malam tu...)

kenapa mereka boleh berbelanja sebanyak itu... kemana duit berkenaan pergi???

itu yang baginda sultan mengamuk.. kata baginda lebih baik duit berkenaan di berikan kepada pelajar... kerana matlamat Yayasan Selangor ditubuhkan bukan untuk BUAT MAKAN MALAM!!! tapi untuk membantu para pelajar selangor yang tak mampu... 

kenapa mereka tak guna jer duit berkenaan untuk tubuhkan balik INSTITUSI KEMAHIRAN YAYASAN SELONGOR(IKYS) daripada buat majlis ni... aku faham la sultan nak datang.. tapi agak-agaklah.. nak buat grand pun tak la sebanyak itu..

aku rasa ni mesti ada yang masuk poket sendiri.. jujurlah.... yang anda ambil tu duit rakyat.. tak takut ker perut buncit masa kiamat nanti.. dah la aku tak nak tuduh siapa2.. janji siapa makan gula dia rasa manis.. hehe(peribahasa baru) 

patutlah jumlah pengambilan pelajar yayasan selangor semakin berkurangan.. malahan ada juga agenda nak robohkan asrama aku.. ASRAMA YAYASAN SELANGOR KLANG.( kisahnya...)

ENTAH APALAH NASIB YAYASAN SELANGOR SETERUSNYA??? moga-mogaan akan terus maju dan membantu lebih banyak anak bangsa macam aku ni.. amin..!!!

p/s: respect tindakan Sultan Selangor kerana nampaklah keprihatinan baginda kepada rakyat..

SUMBER:
http://www.selangordaily.com/?p=672
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Sultandukacita/Article
http://n9kini.com/?p=13618
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SultanmurkaYayasanSelangormembazir/Article

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan: