SUAMI BAIK vs SUAMI JAHAT....

12:30 PG 10 Comments

APA YANG MENARIK AKU BACA BERITA HARI INI IALAH KISAH DUA ORANG SUAMI...

MANA SATU AKU NAK MULA DULU YEK... BAIKLAH AKU MULA YANG BAIK DULU...

SEMOGA KISAH INI MENJADI TAULADAN BUAT SEMUA PARA JEJAKA.... huhhhhh...

Dalam sebuah kampung yang memperolehi rezeki di ladang getah tinggal sepasangan suami isteri yang sudah berusia dalam linkungan 50an, si suami bernama Ali Din, 54, manakala isteri bernama Khersiyah Engku Hassan, 51. Mereka hidup bahagia berdua-duaan, saling mencintai antara satu sama  yang lain.... Setiap hari mereka akan pergi menoreh getah bersama-sama.. biasalah harga getah sekarang dah naik.. jadi boleh la cari pendapatan tambahan.. hehe.... Namun kemesraan mereka bekerja bersama-sama itulah yang lebih indah dan inilah yang kita namakan suasana cinta sejati.. Selepas selesai mereka menoreh getah.. Maka pasangan suami isteri itu pun pulanglah ke mahligai bahagia mereka.. TETAPI.. sedang dalam perjalanan berkenaan si isteri telah di sengat oleh seekor lebah pada bahagian pipi.. maka si isteri pun menampar lebah berkenaan hingga lebah itu mati.. namun dengan tidak semena-mena tiba--tiba sahaja muncul beribu-ribu lebah yang mula menyerang pasangan bahagia berkenaan... Jadi dengan kudrat yang ada si suami dan isteri pun berlarilah dengan sepenuh jiwa menyelamatkan diri daripada terus di sengat oleh sekumpulan lebah yang berbahaya itu.. semasa dalam perlarian mereka berjumpa dengan sekumpulan pekerja asing.. dan mereka pun meminta bantuan, maka sekumpulan pekerja asing berkenaan memberi mereka sehelai kain selimut untuk menutupkan diri.. TANPA BERFIKIR PANJANG SI SUAMI MENUTUPI SI ISTERI DENGAN SELIMUT BERKENAAN DAN MENERUSKAN PERLARIAN... manakala kumpulan pekerja asing itu pun melarikan diri bagi menyelamatkan diri mereka juga... mungkin kerena sudah berlari terlalu jauh.. si suami TERJATUH... si isteri cuba menyelamatkan suaminya namun si suami mengarahkan si isteri untuk menyelamatkan diri kedalam sebuah tong yang mengandungi air...MAKA SI ISTERI AKURLAH DENGAN ARAHAN SI SUAMINYA DAN BERENDAM KEDALAM TONG AIR BERKENAAN.. DAN MENINGGALKAN SUAMINYA KESEORANGAN BERTARUNG DENGAN BERIBU-RIBU LEBAH YANG BERBISA... setelah sekian lama berendam menyelamatkan diri.. si isteri pun keluar daripada tong air berkenaan dan cuba menyelamatkan si suami dengan meminta bantuan daripada adik iparnya untuk menghantar SI SUAMI KE HOSPITAL YANG BERADA  DALAM KEADAAN TIDAK SEDARKAN DIRI SETELAH DI SENGAT OLEH BERIBU-RIBU LEBAH.... malangnya semasa dalam perjalanan SI SUAMI MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR DI PANGKUAN SI ISTERI....

 BETAPA MULIANYA PENGORBANAN SUAMI BERKENAAN KERANA SANGUP MENGADAIKAN NYAWA DEMI MENYELAMATKAN ISTERINYA.. 

INILAH YANG KITA PANGGIL CINTA SEJATI...
hhhuuu..(nak nangis baca kisah ni..)

BAIKLAH SEKARANG AKU NAK CERITA SEBUAH KISAH BENAR DALAM SURAT KHABAR HARI INI....

NAMA CERITA INI IALAH....

 NERAKA CINTA...

 Pada satu malam yang dingin si suami keluar bergembira dan minum bersama rakan-rakannya di sebuah kedai.. Selesai sahaja bergembira dan minum bersama rakkan-rakannya dia pun pulanglah ke rumah perkongsian bersama beberapa orang rakan yang lain.. Setiba sahaja di rumah si suami terlihat si isteri sedang minum dan bergembira bersama empat orang rakan kongsi di rumahnya itu... TIDAK SEMENA-MENA SI SUAMI MENGAMUK DAN MARAH-MARAH... DIA MENGARAHKAN SI ISTERI UNTUK BEREDAR DARIPADA MINUM BERSAMA MEREKA... namun si isteri enggan.. MUNGKIN KERANA TERLALU MARAH TANPA SEBARANG ALASAN YANG KUKUH SI SUAMI MEMUKUL, MENENDANG SERTA MEMIJAK SI ISTERI BERKALI-KALI TANPA SEBARANG BALAS KASIHAN.... yang lebih menyayatkan hati si suami memukul si isteri dihadapan semua orang dan yang paling sedih DI HADAPAN ANAK MEREKA YANG BERUMUR 3 TAHUN... cuba kita bayangkan kita melihat IBU YANG KITA KASIHI DIBELASAH TANPA BALAS KASIHAN DIHADAPAN MATA KITA SENDIRI... oleh sebab isteri dibelasah dengan teruk maka si isteri  menghembuskan nafas terakhir di kaki suaminya... 

BETAPA HINANYA SUAMI SEBERGINI...
SANGGUP MEMUKUL ISTERI HINGGA MATI DI HADAPAN ANAK KECIL YANG MASIH TIDAK MENGERTI....!!!


 JADI RAKAN-RAKAN LELAKI MAHUPUN WANITA.....
PILIHLAH KISAH MANA YANG ANDA INGIN JADIKAN PANDUAN DAN KISAH MANA YANG ANDA INGIN JADIKAN SEMPADAN...

INGATLAH KISAH INI IALAH KISAH BENAR..
JADI
BELAJARLAH MELALUINYA KERANA CINTA SEJATI..
PERLU BERAKHIR DENGAN BAHAGIA...


 BILALAH AKU NAK BERCINTA..????


TAK MENGAPA JANGAN RISAU.. KERANA CINTA AKAN DATANG TANPA KITA SEDARI.. JADI TAK PERLULAH KITA BERSUSAH-PAYAH MENCARINYA...
KERANA BILA SUDAH TIBA MASANYA.. PASTI AKAN KITA KECAPINYA JUA..


TERJAWAB..!!!! hehee...

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

10 ulasan:

  1. ahahahahahahaa...ape ntah ko nie? tapi cite ko sgt menarik...haha

    BalasPadam
  2. nabilah: hehe... ntah apa ntah tapi ske gak.. hehe

    BalasPadam
  3. ok...citer dier best..hehehe~~kalau aku,.mao mcm citer 1st 2..hehe :x

    BalasPadam
  4. muke x bleh blah!! haha :))

    BalasPadam
  5. NATASYA: aku pon nak jadi lelaki mcm citer first.. hehe.. sedihkan.. mcm citer korea tapi versi melayu.. huhu :X

    BalasPadam