SHOUT AWARDS..!!!
Semalam untuk pertama kalinya aku menghadiri konsert.. hehe...Ingat nak tulis semalam.. sebaik sahaja balik konsert.. namun.. sebaik sahaja sampai di rumah.. jam tepat menunjukkan pukul 1.00 pagi... waaarr!! ngantuk kot.. maka aku terus tidor!!! (by the way terima kasih diucapkan kepada kakak kat sebab hantarkan aku balik.. hehe)
jadi sekarang ni selepas balik kerja barulah aku boleh post... harap cerita ini masih tak basi....
dia tanya aku... nak pergi dengan dia tak ker konset berkenaan hari AHAD... maka aku bila diajak apatah lagi tiket free terus nak jelahkan.. hehe lagi pun teringin juga nak pergi konsert macam tu dekat bukit jalil.. boleh jumpa macam-macam artis.. hehe..
dia pun bagilah aku satu tiket sebab aku nak pegang sendiri... (malangnya aku tak tengok pun tiket tu..dapat2 jer terus sumbat kat beg..) jadi semalam hari sabtu persamaan dengan 20/11/2010 dia bagi tahu aku bahawa dia tak jadi pergi.. dan bagi lagi satu tiket dekat aku.. bila tengok sahaja tiket dia berkenaan.. aku terus terganga....
mana taknya.. rupa-rupanya dia silap bagi tahu tarikh dekat aku.. sebenarnya.. konsert tu hari SABTU..20/11/2010.... PERSAMAAN DENGAN HARI INI..!!!!
maka kelam-kabutlah aku... masalah pertama.."ada lagi satu tiket ni nak ajak siapa???".. masalah kedua.. "aku dah janji nak keluar dengan haziq dan ellena hari tu.. nak pergi kareoke.".. dan masalah paling besar ialah... "aku tak bawa kemera... macam mana nak tangkap gambar para artis dan juga majlis berkenaan..!!! TIDAK!!!"
jadi aku pun berfikirlah.. nanti masa keluar dengan ellena dan haziq.. terpaksalah aku buat kejutan kepada mereka dengan menyatakan....
"HAZIQ, ELIN AKU DAPAT DUA TIKET KE SHOUT AWARDS PERCUMA.. TAPI HANYA SALAH SATU DARI KORANG SAHAJA BOLEH PERGI.. JADI KORANG BERGADUHLAH.. SIAPA MENANG LAYAK PERGI KE AWARDS NI DENGAN AKU..hehe.."
rasa macam hot plak kalau diorang bergaduh sebab nak pergi konsert gan aku... hehe...(berangan..)
Maka seperti yang dijanjikan aku tunggulah haziq di depan tempat kerja aku... malangnya.. sebelum itu tepat pukul 3.15 aku telefon rumah haziq dan mak dia kata dia baru keluar.. jadi aku assume haziq mesti lagi 20 minit nak sampai.. jadi aku sambunglah call respondent.. sampai pukul 3.45.. janji dengan haziq nak jumpa pukul 3.30... jahat plak aku ni.. hehe..
kemudian bila turun jer dekat depan tempat kerja aku... hujan panas pula turun...
maka berlarilah aku berteduh di bawah stesen bas... aku punyalah telefon si minah haziq ni sampai nak tercabut tangan aku... tak angkat-angkat... BENGANG GILER!!!... maka masa pun berlalu hingga sejam.. tiba-tiba haziq call.. katanya dia dah sampai tadi namun telefon dia habis bateri.. jadi dia balik rumah cas phone dia... barulah dia boleh berhubung dengan aku.. maka aku pun terus mengunakan peluang ini dengan menyatakan kepada dia untuk cancel jer plan nak keluar kareoke sebab aku dapat tiket percuma ke konsert SHOUT AWARDS...
dia excited giler.. cakap mana aku dapat tiket tu... namun aku terpaksa minta maaf dekat dia sebab aku plan nak bawa elin la pergi konsert tu.. sebab sekarang ni elin tengah menunggu kehadiran kami di LRT.... (aku boleh bayangkan muka elin yang tengah bengang sebab tunggu hampir 2 jam menanti aku dan haziq hadir)
maka atas sebab toleransi haziq yang baik..(ceh puji sikit..) maka aku pun call elin dan sama-sama dengan dia naik train ker STADIUM PUTRA BUKIT JALIL...kesian pula haziq.. tapi nak buat macam mana memang tak ada rezeki dia.. hehe...
MASA.. mula-mula datang kat konsert tu... aku dengan elin rasa rendah diri giler.. sebab semu orang dress up mengalahkan artis.. sedangkan kami pakai baju t-shirt dengan seluar jeans jer... sempoi beb.. hehe
RUPA-RUPANYA.. tiket yang kami dapat tu duduk di tingkat atas... bagus la.. tak sanggup aku duduk dekat tingkat bawah.. dahlah kena berdiri kemudian shout sepuas hati... huuuu!!!
masuk stadium pukul 6.00 petang... namun mula program pukul 8.30... so boleh korang bayangkan berapa lama kami menunggu.. nasib baik ada elin.. so boleh le aku berborak panjang dengan dia.. kalau tidak memang aku dah tidur kat stadium tu... hehe...
BILA dah mula jer program tu... audio dia memang gempak..!!! Nasib baik aku dan elin duduk tengah.. jadi kami memang dapat tengoklah persembahan dengan cukup jelas.. walaupun nampak kecil sebab kami duduk ataskan.. jadi jauh giler dengan pentas... artis kat depan nampak kecil jer semua...
Aku memang salute persembahan FAIZAL TAHIR la... cuba bayangkan muzik ROCK kuat nak mampus pun masih boleh lagi dengar suara dia.. sedangkan kebanyakkan artis yang lain buat persembahan mesti suara tengelam dengan muzik.... AKU PELIK KENAPA MESTI BUAT MUZIK KUAT SANGAT.. KALAU NAK KUAT PUN KUATKAN LAH SEKALI MIKROFON... ni masa persembahan CUCI oleh AFDLIN SHAUKI.. mikrofon rosak... jadi dengar muzik jer.. suara tak ada... adush spoil giler.!!!
PART yang paling best ialah bila zizan dan johan buat lawak pasal chick..!! hehe...
tapi part yang paling spoil kat awards ni ialah.. aku rasa awards ni terlalu mengangkat sangat BAHASA INGGERIS... tak salah kalau memang semua orang MALAYSIA ni cakap bahasa inggeris.. tapi aku kesian tengok beberapa artis kita ni tak pandai cakap bahasa inggeris..dah la bercakap kat atas pentas.. buat malu jer... yang paling malu ialah..AIZAT SEBAB TERPAKSA AMBIL NOTE DALAM POKET KEMUDIAN BACA"THE NOMINATES ARE..".. tu jer... adush!!
namun.. overall SHOUT AWARDS ni memang cool lagi-lagi dengan persembahan artis HOLLYWOOD yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu.. IYAZ...
semua orang dalam stadium menari kot... tak termasuk aku.. hehe.. aku geleng kepala jer.... SEPERTI YANG AKU KATA TADI MEMANG MALANG GILER SEBAB TAK DAPAT TANGKAP GAMBAR.. TAK DAPAT LA AKU MEMBERI BUKTI YANG AKU BERADA DISANA.. ini sahajalah bukti yang aku ada... hehe...
P/S: lepas ni aku nak cari tiket ke AJL plak.. hehe....
:(( nk g jgk!~
BalasPadamdah lepas la.... hehe
BalasPadamfariz... its the Nominations... is nominates.. bukan dominates
BalasPadamhehe.. aku x pasti ejaannya.. tapi masa click kat kiri aku tersilap pilih.. hehehe... ok..
BalasPadamwaaa bestnyer..tp tak nak pegi sebab dah lepas..heheh
BalasPadam