SPM..!!!

9:53 PG 9 Comments

bila aku tengok adik aku si fitriyah sedang tension sebab besok exam SPM.. aku pun teringat la... macam mana lah saat aku ambil SPM dulu...

aku mengakulah.... dulu masa aku ambil SPM memang aku struggle giler... rambut aku ketika itu sangat panjang dan macam biasalah bila EXAM aku akan bertukar menjadi giler..!!!
kira macam ni la jugak rupa aku.. tapi time SPM aku rasa 80 kali ganda lebih tension.. huhuhu... jadi aku fahamlah situasi yang dihadapi oleh adik aku sekarang... sebab aku pun sepanjang exam memang tak lena tidur... time tu memang insaf giler... tiap2 hari tidur kat surau.... buat tahajud, baca yasin.. doa, doa , doa dan study...!!!
boleh dikatakan masa itu semua students MRSM TRANSKRIAN tidur surau... so aku pun join la... tapi aku dapat rasakanlah keinsafan pada malam itu... masa itu impian aku nak sambung study diluar negara sangat tinggi.. sebab itulah gigih.. hehe...

aku nak cerita sikit beberapa perkara hikmah yang terjadi kepada aku semasa SPM....

KISAH PERTAMA....

seperti yang kalian sedia maklum.. aku ni memang lemah nak mampus ENGLISH.. jadi aku agak struggle lebih la sikit.. tak percaya tanya cikgu English aku Madame Fida... dia banyak membantu aku.. mula-mula dia suruh aku baca buku english dekat bilik guru.. then setiap dua hari aku akan bertukar buku bahasa English mula daripada beginner hingga ke tahap sederhana.. mula-mula masa nak mula memang agak malulah.. sebab aku macam baru nak mula baca buku English kanak-kanak kan.. tapi nasib baik kawan-kawan kat kelas tak ejek pun aku.. kemudian setiap minggu dia mesti minta aku hantar dua essay kat dia.. so aku pun gigihlah menulis essay.. kemudian suruh dia tanda.. masa mula-mula tanda memang aku rasa nak habis dahlah pen merah dia.. semua grammar salah.. dia cakap terlalu banyak sangat direct translation.. hehe..
nak diringkaskan cerita dia berbangga dengan meningkatan aku.. dia kata makin lama makin ok la... dalam TRIAL EXAM aku dapat BI 6C... sesangat la teruk.. hehe... kemudian aku bawalah essay TRIAL aku untuk di tanda oleh beliau dan juga cikgu CEMERLANG BAHASA ENGLISH di MRSM tanda kertas aku.. maka essay trial aku telah ditanda oleh dua orang yang sangat hebatlah dalam arena BAHASA ENGLISH... hehe..(poyo jer) kemudian.. masa nak dekat-dekat SPM cikgu cemerlang tu nasihatkan aku cubalah hafal beberapa essay yang telah di betulakan grammar nya.. sebab at least kalau keluar tajuk yang hampir sama aku boleh kaitkan jer karangan yang aku hafal.. ini bagi mengurangkan kesalahan grammar aku yang sangat kritikal..(gitu...)

maka sebelum tidur malam.. aku telah lepak di surau dan belajar novel.. sebab terlalu penat aku pun balik bilik.. sebelum tidur aku telah susun lima essay yang aku rasa  terbaik diatas meja aku.. kemudian aku plan nak tidur 2 or 3 jam jer.. sebelum subuh bangun nak hafal essay macam yang telah disarankan.. TIBA-TIBA.. buka-buka mata jer dah azan subuh.. persamaan lagi sejam lebih jer dah nak EXAM.. 

AAAAA!!! hanya tuhan jer tahu perasaan aku nervous macam mana.. satu essay pun tak hafal lagi.. maka aku pun pergi atas meja.. baca bismillahirahmanirahim.. terus ambil essay EXAM TRIAL aku yang bertajuk STAR... aku ingat lagi aku buat cerita pasal seorang budak gemuk yang nak jadi artis.. mula-mula kena tendang dari audition kemudian kena tipu dengan komposer then sebelum dia nak bunuh diri ada seorang budak nasihatkan dia untuk terus berjuang.. dan akhirnya dia berjaya menuntut keadilan dan menjadi artis yang terkenal...(drama giler kan ceritanya.. Madame Fida suka sangat cerita aku..hehe) aku pun hafallah cerita tu dalam masa sejam... 

BILA duduk sahaja di meja exam aku berselawat banyak-banyak.. dan bila aku tengok jer soalan essay nombor lima aku terus menitiskan air mata selama lebih 15 minit.. huh..
memang tak sangka... soalan keluar bulat-bulat iaitu... please write an essay with the title.."STAR" maka aku pun tulislah essay dengan tenang.. memang aku ingat bulat-bulat.. ALHAMDULLILAH.. aku dapat 3B dalam ENGLISH.. akku rasa kalau tak hafal mesti aku dapat lagi teruk.. alhamdullilah...
 
KISAH KEDUA...

aku memang lemah nak mampus subjek SAINS... dah jadi macam belacan aku baca buku sains pun masih tak pandai-pandai lagi... hingga aku di senaraikan sebagai TOP 30 WORST STUDENTS IN SCIENCE oleh guru-guru sains di MRSM aku.. kejamkan.. memang rasa terhina giler bila aku dan rakan--rakan lain yang juga termasuk dalam top 30 worst ni diminta untuk menghadiri seminar khas.. AAA!!! 

jujur aku katakan aku sangat rasa terhina oleh cikgu PHYSIC dan CHEMISTRY .. mereka memang sangat tak suka aku.. yelah sebab aku selalu buat spoil kat subject mereka... namun nak buat macam mana bukan aku tak study tapi aku dah tak tahu.. OOO!! I'M SICK WITH SCIENCE FOREVER AND EVER..!!! 

kepada cikgu BIOLOGY aku dia memang sangat-sangat -sangat-sangat baik.. hehe.. love u!! dia tahu aku lemah tapi tak pernah melemahkan semangat aku.. dah la dia ajar bagus.. satu-satu dan pelan-pelan.. baru aku faham,, ni cikgu PHYSIC AND CHEMISTRY.. ajar punya la laju dah la lompat ker tahap advanced punya.. budak-budak pandai sains fahamlah.. aku ternganga jer dia ajar.. hehe...

namun masa nak dekat SPM aku memang tak berputus asa.. selama tiga hari.. tiga-tiga subject sains punya exam aku tak tidur.. seriously.. aku just tidur-tidur ayam jer.. kemudian beberapa minit baca balik buku.. ALHAMDULLILAH SEMUA YANG AKU BACA MALAM TU KELUAR..!!! hikmah giler..!!

benda yang aku baru faham malam tu pun keluar.. so masa trial kimia 7D , physic dapat 6C dan biology dapat 5C selepas SPM betul aku dapat CHEMISTRY dan PHYSIC 3B manakala BIOLOGY dapat 2A.. cikgu biology aku menangis.. sebab aku bagi dia A... tq cikgu.. manakala cikgu PHYSIC aku terkejut beruk bila aku cakap aku dapat 3B dia kata aku not bad yek.. hehe(baru kau sedar aku siapakan.. hehe) yang paling tak boleh blaa bila cikgu CHEMISTRY tanya aku... "FARIZ KAMU DAPAT BERAPA?"(dengan muka kerek..bengang aku..) maka aku cakap 3B... dia terbeliak mata dan cakap saya ingat kamu dapat 6C.. 
OMG... aku dah cakap memang dia pandang rendah kat aku selama ini.. tapi tak pelah aku  dah berjaya tunjuk kat dia yang aku boleh.. ALHAMDULLILAH.. by the way ,still nak ucapkan terima kasih sebab ajar saya.. hehe..

SO KONKLUSINYA... KEPADA SEMUA CALON SPM.. ESOK SILA BUAT YANG TERBAIK.. KERANA INI TENTANG MASA DEPAN.. ESPECIALLY ADIK AKU FITRIYAH!!! GO,GO,GO!!!

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

9 ulasan:

  1. haha.. i feel your pain.. not really XD.. ak time PMR dulu lagi cuak dari SPM, coz ak takut kena tendang dari KSAH kalau x elok... haha

    BalasPadam
  2. kesian kau parez....aku pon rase same cam kau...rase down bila tngok kawan2x aku yg len dapat A...tapi aku x kene discriminate dengan cikgu...AND....still boleh gelak2x dengn kengkawan mase addmath dapat markah 9!...

    BalasPadam
  3. itulah bezanya study di sek. harian dengan mrsm haziq.. aku dapat D pun dihina macam gagal.. sedangkan yg dapat A tu berlambak-lambak.. sedih..

    BalasPadam
  4. tq.... ngok la tauk gmbar tuu.. ;PP

    BalasPadam
  5. bile baca post ni, teringar saat2 kite nak ambik spm.I'm really trully sorry sebab xnak study ngan kau.time tu aku sgt2 tertekan sampai nak belajar sendiri.hehehe.kau sabar je ngan cikgu kimia kite tu.seruis sgt dia ajar mengarut je....from afiq

    BalasPadam
  6. wahahaha... kalau cikgu kimia baca confession drpd best student dia mcm ni mesti dia sentap.. hehe... yelah ko kan best student kimia.. hehehe

    BalasPadam