Dialog antara Ustaz dgn Liberal girl..!
Tengoklah...semoga
bermanfaat
Liberal Gurlz :
“Salam
ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”
Ustaz :
“Ok
silakan……what you want to know…”
Liberal
Gurlz :
“Ustaz
it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz
:
“Hmmm
kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh
perintah Allah.!!
Liberal
Gurlz :
“No no
no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan
tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh
nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka
hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz
:
“Sekurang
–kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di
dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu
kepada zina”
Liberal
gurlz :
“Ha ha
ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah
zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak
kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan
sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz
pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang
pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam
perli saya aje ni….?”
Liberal
Gurlz :
“Ha ha
ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan
tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz
:
“Islam
mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari
wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”
Liberal
Gurlz :
“Habis
tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan
diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz
:
"Bukan
itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya
tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk
melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman
dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan
membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang
tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan
menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab
terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang
ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat
menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Liberal
Gurlz :
“Alah
ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan
yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz
:
“Hmmmm…itulah
yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan
kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah
Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang
mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka
bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang
dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah
kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat
memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita
membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang
wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Liberal
Gurlz :
“Ok…ok….ustaz
menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang
bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih
teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz
:
“Ha ha
ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu
buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau
jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika
akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya
yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya
akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah
lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam
neraka…..!!”
Liberal
Gurlz :
“Baiklah
ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz
mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia
baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada
pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata
orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana
lebih baik ustaz……?”
Ustaz
:
“Saya
faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun
dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan
mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah
menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita
dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan
pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika
kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup
aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat
ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak
dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak
matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita
menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam
neraka.”
“Adapun
perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika
dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan
sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar
tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang
dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang
yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa
buka aurat ni… lama sangat.”
Liberal
Gurlz :
“Oh ye
ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang
bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal
gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak
guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita
benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai
tudung tutup aurat…..”
Ustaz
:
“Ha ha
ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk
kubur….?”
“Satu
perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik
dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan
bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu
dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal
maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita
panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan
berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan
hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita
menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru
kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk
sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah
macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang
benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”
Liberal
Gurlz :
“Hu huh
u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya
ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat
kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya
akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang
kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal
gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai
tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya
nanti…..”
Ustaz
:
“Biarlah
kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di
akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Liberal
Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye
lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih
ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz
:
“Insyaallah
semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih
baik……..saya akan doakan…..!!”
credit to Fiera
Zafirah
0 ulasan: