Jawapan pihak taska PERMATA mengenai isu penderaan bayi...

7:52 PG 0 Comments

Aku dapat sumber jawapan ini daripada sozcyili ... disebabkan entri sebelum ni mengenai Bayi di Taska dibalut macam Pocong..!! mendapat sambutan hangat.. jadi aku rasa bertanggungjawab pula untuk memberi tahu jawapannya.. tak nak lah nanti orang salah anggap mengenai perkara yang sebenar...



Awalnya kes ini telah pun menjadi kes polis.. ini keratannya...
JOHOR BAHARU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Khamis membuat laporan polis terhadap dua bekas pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Taman Kota Masai di sini yang didakwa menampal pita pelekat pada mulut dan melilit kain bedung pada bayi jagaan mereka serta menyebarkan gambar tersebut di Internet Disember tahun lepas.
Laporan dibuat oleh Pegawai Mohd Faizal Abu Bakar tengah hari tadi di Balai Polis Sentral dengan diiringi Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah dan Timbalannya Bazlan Ismail.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Khatijah berkata laporan terhadap wanita berumur 20 dan 22 tahun itu dibuat bagi tindakan lanjut polis, memandangkan perbuatan seumpama itu boleh menyebabkan gangguan emosi terhadap kanak-kanak.– BERNAMA

Kemudian ini pula ialah kenyataan daripada pihak taska terbabit

PASIR GUDANG: Dua bekas pengasuh yang didakwa bertindak kejam dengan melekatkan mulut seorang bayi dengan pita pelekat selain melilit ketat beberapa bayi lain menggunakan kain bedung memberitahu melakukan perbuatan itu konon bagi mendisiplinkan mereka kerana membuat bising. 

Perkara itu didedahkan pengusaha pusat asuhan kanak-kanak, Taska Permata 2, Shaherah Abd Malik, 40, yang mendakwa perbuatan dua bekas kakitangannya itu bukan saja tidak masuk akal, malah menjejaskan nama baiknya hingga menimbulkan kemarahan ramai.

Menurutnya, dia dan keluarga bagaimanapun bersyukur kerana semua mangsa tidak trauma mahupun berdepan masalah kesihatan berikutan perbuatan keterlaluan dua bekas pekerja itu.

“Selepas klip video itu tersebar luas di Internet, saya pernah menghubungi mereka biarpun sudah diberhentikan kerja pada Januari lalu akibat masalah disiplin.

“Apabila ditanya, mereka selamba menjawab konon melakukan (rakaman) itu bagi mendisiplinkan bayi berkenaan supaya tidak bising menyebabkan kami yang mendengar jawapan itu begitu kecewa,” katanya ketika ditemui, semalam.

Menurutnya, sejak klip video itu tersebar, dia menerima pelbagai panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali yang memarahinya kerana menyangkakan tindakan itu dibenarkan pengurusan taska.

Bagaimanapun, katanya, selepas diberi penerangan, baru pemanggil berkenaan faham keadaan sebenar dan meminta maaf kerana memarahinya tanpa usul periksa.

“Sebaik berita kejadian ini dilaporkan Harian Metro semalam, ramai rakan-rakan menghubungi saya dan memberikan semangat bagi menghadapi dugaan ini.

“Alhamdulillah, segelintir pembaca faham kejadian sebenar dan tidak menyerang kami kerana kami sendiri menjadi mangsa perbuatan orang lain,” katanya. -hm

Harap kenyataan-kenyataan ini menjawab isu yang sebenar.. bahawa pemilik taska berkenaan tidak bersalah sepenuhnya kerana dia dianayai oleh pekerja-pekerjanya.. Pemiliknya sudah pun mengambil langkah yang sewajarnya dengan memecat mereka...

Semoga kedua pekerja berkenaan akan dihadapkan ke kancah pengadilan.. sebab macam tak wajar kita nak salahkan taska jer kan.. pihak taska pun tak tahu yang mereka buat macam tu.. siap upload dalam You-tube lagi laa kan...

Semoga perkara ini akan dijadikan pedoman untuk semua Taska supaya mengambil langkah yang lebih berjaga-jaga dengan pekerja mereka.. plzzz laaa jangan dera kanak-kanak.. I don't like.. huhuh~


Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: