Budak dirogol 100 kali dalam 3 bulan

8:58 PTG 1 Comments

 

Aku tahu sekarang ni satu Malaysia masih bengang dengan tindakan kejam penjenayah yang membunuh dan membakar adik Nurul Nadirah.. Hari ni aku nak kongsi pula lagi satu episod kejam kepada kanak-kanak.. kali ini bukan dibunuh tetapi telah dirogol dan didera... tapi benda ni berlaku ni Negara China bukan kat Malaysia.. hish2 apalah nak jadi dengan dunia ni.. semakin kejam kepada insan yang lemah.. 

ok begini kisahnya....

Seorang budak perempuan berusian 11 tahun telah mendakwa dirinya telah diperkosa lebih dari 100 kali dalam tempoh 3 bulan. Kejadian ni berlaku pada tahun 2006 tetapi baru jer tersebar kepada umum baru-baru ini melalui blog mininya.

Ibu budak tu, Tang Juan dari Yongzhou China merayu  pengamal perubatan untuk membantu anaknya, Lele, yang kini menghadapi penyakit kelamin dan masalah mental sejak kejadian berkenaan yang berlaku kira-kira 4 tahun yang lepas.

Menurut ibunya, Lele mengikut seorang lelaki berusia 23 tahun yang dikenal sebagai Zhou Junhi ketika di arena luncur ais sebelum kedua-duanya pergi makan malam bersama pada 1 Oktober 2006. Selepas itu, Zhou membawa anaknya ke pusat video sebelum merogol anaknya beberapa kali.

Selepas kejadian itu, lelaki itu mengugut Lele agar merahsiakan kejadian itu atau tidak dia dia akan membunuh ahli keluarganya.

Dua hari selepas itu, Zhou memaksa Lele untuk "bekerja". Lele dipaksa melacurkan diri di sebuah kelab sosial. Setiap pelanggan yang menodai Lele hanya membayar sebanyak RM47(100Yuan). Sebanyak RM14 akan diberikan kepada Lele dan selebihnya akan di ambil oleh pemilik kelas sosial berkenaan. Bagaimanapun wang RM14 yang diterima Lele itu akan diambil oleh Zhou

Selepas berjaya diselamatkan, Lele mendakwa dia sudah diperkosa lebih dari 100 kali. Setakat ini, hanya 7 orang sahaja yang telah didakwa dalam kes yang sangat menyayat hati ini...

KENAPALAH DUNIA SEMAKIN KEJAM.. GELAP MASA KANAK-KANAK TU..!! apalah salah mereka??

Harap ibu bapa dapat renung-renungkan kisah ini dan jagalah anak-anak anda sebaik mungkin...

sumber: here

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

1 ulasan: