BAHAYA DUDUK ATAS DOMPET..!!

11:24 PTG 0 Comments

Memang sudah menjadi kebiasaan kita, teruatamanya lelaki akan duduk di atas DOMPET sebab kita simpan dompet kita di kocek belakang seluar.. tapi bagi aku.. aku sangat tak suka letak belakang sebab tak selesa dan takut orang SELUK SAKU... lagipun aku dah bosan dengan Dompet yang petak.. hehe..(tiba-tiba sibuk bercerita pasal aku plak)

OK LAA.. sebenarnya aku nak begi tahu yang sesiapa yang suka letak dompet dibelakang seluar.. SILA BERHENTI...!! sebab....

  • Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki
  • Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.
  • Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.
  • Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.
  • Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.
sumber: abyrad

SERIUS NI...!! jadi aku nasihatkan kepada rakan-rakan sila laa keluarkan dompet anda sekiranya anda ingin duduk......

p/s: lebih baik beli wallet macam aku... hehe.. lagi KELAZZZ dan praktikal... huhu~~


Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: