KEMALANGAN DI DEPAN MATA..!!

9:50 PG 0 Comments

AKU TAK SANGKA DENGAN APA YANG AKU LIHAT DI DEPAN MATAKU SENDIRI..!!!


Sebenarnya sebelum-sebelum ni aku dah tengok banyak kali dah kemalangan yang berlaku di depan mata aku.. cuma selalunya aku tak bawa kamera.. sebab kemalangankan mana kita dapat agak.. jadi bila masanya aku nak bawa kamera kan?? hehe...

Cuma nasib aku baik kali ini.. aku bawa kamera dan tiba-tiba ada kemalangan berlaku.. maka aku terus laa KLIK KLIK KLIK...!!!

INILAH HASILNYA....

HISH..!! TERUK JUGA KERETA NI TERBALIK..!!

DARI POSISI BELAKANG...!!

POLIS PUN DATANG DENGAN SEGERA..!! SYABAS..!!

Untuk pengetahuan anda sebenarnya kemalangan ini berlaku bersebelahan dengan kem aku pada hari Sabtu yang lalu... tengok post ni...


Maka dah ada kesempatan ni.. aku post laa perkara ini.. sebenarnya kereta tu kena langgar dengan lori  yang membawa laju.. nasib baik pemandunya berjaya dikeluarkan.. dan tiada kecederaan serius yang berlaku... yang aku pelik lori yang langgar di tak ada... 

Maksudnya orang yang langgar dia telah LARI..!! kurang ajar betol bukan nak bertanggungjawab...!!

Yang TERKEJUTNYA... semalam semasa aku nak balik ke UiTM selepas habis Kem telah berlaku lagi satu kemalangan diantara dua kereta di tengah-tengah lebuh raya.. satu kereta terbengkalai di tengah-tengah palang pemisah Lebuh raya manakala yang lagi satu di bahu jalan.. yang penting dua-dua kereta remuk teruk dan berasap-asap....

Aku tak tahu apa yang berlaku kepada pemandu dan penumpang dua-dua buah kereta tu.. sebab aku cuma dapat lihat dari dalam bas.. tak sempat nak tangkap gambar.. Oh ruginya..!! 

Jadi konklusinya...!!!

BERHATI-HATILAH
DI JALAN RAYA..!!


p/s: hish..!! takut aku nak bawa kereta dibuatnya....

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: