SIAPA NAK 3 JUTA..???

7:52 PTG 0 Comments

Tawaran RM3 Juta Untuk Seorang Askar Yahudi

RIYADH – RM3 juta imbuhan kepada mereka yang berjaya menangkap seorang tentera Yahudi.
Itu tawaran yang dikemukakan oleh seorang kerabat Diraja Arab Saudi, Putera Khaled bin Talal yang juga adik kepada jutawan Putera Alwaleed Talal.
Menurut Putera Khaled, beliau membuat tawaran itu sebagai menyokong ulama Arab Saudi, Sheik Awadh al-Qarni yang sebelum ini menawarkan ganjaran RM300,000 untuk seorang askar Yahudi yang berjaya ditangkap.
Sheikh Awadh menawarkan hadiah berkenaan sebagai tindak balas ke atas ganjaran yang ditawarkan oleh satu kelurga Yahudi ke atas mana-mana pihak yang berjaya membunuh seorang penduduk Palestin yang dibebaskan daripada penjara Israel dalam perjanjian pertukaran tahanan yang ditandatangani dengan Hamas, awal bulan ini.
Bekas tahanan Palestin itu dipenjarakan atas tuduhan melakukan pengeboman pada 1998 sehingga menyebabkan kematian.
Salah seorang yang terkorban merupakan anggota keluarga yahudi berkenaan.
Putera Khaled memberitahu, beliau membuat tawaran berkenaan susulan ancaman Israel ke atas Sheik Awadh yang terkenal dengan kelantangannya itu.
Dalam pada itu, seorang penganalisis Asia Barat, Joseph Kechichnan berkata, tindakan Putera Khaled itu tidak ada kena mengenai dengan kerajaan Arab Saudi.
“Khaled berbuat demikian atas kapasitinya sendiri dan tidak mewakili Arab Saudi. Beliau merupakan seorang individu yang sering mengambil tindakan seperti itu,” katanya.-mynewshub

Bagi aku.. kita tak perlukan semua ini... biar pun di tawarkan JUTAAN ringgit pun kita perlu berjuang menegakkan Syariah Islam kerana Allah Taala.. bukan kerana wang.. Bukankah bagus kalah Putera Khaled ni boleh gunakan wang dia yang banyak tu untuk membentuk angkatan tentera dengan peralatan canggih untuk melawan Yahudi.. daripada dia hanya membuat tawaran macam tu jer... tak faham betul aku apa niat dia..????
p/s: kalau lah aku diberikan peluang nak jer pergi berperang menegakkan Islam di Palestin.. bagi mengejar Mati Syahid... jom siapa nak ikut aku kejar sesuatu yang lebih hebat berbanding 3JUTA..???

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: