BAYI KE 7 BILLION DI DUNIA..!!

10:42 PTG 2 Comments


OH BANYAK BETUL PENDUDUK DUNIA..!! SEKARANG NI DAH MENCECAH 7 BILLION..!!!

BAYI YANG KE 7 BILLION BARU SAHAJA DILAHRIKAN BEBERAPA JAM YANG LALU DI MANILA, FILIPINA... 

Filipina Sambut Bayi Ke-7 Bilion Di Dunia

Baca keratan akhbar ini....

MANILA – Filipina hari ini meraikan kelahiran bayi ketujuh bilion di dunia secara simboliknya selepas ibunya selamat melahirkan bayi perempuan di bilik bersalin di sebuah hospital kerajaan di sini.
Bayi seberat 2.5 kilogram bernama Danica May Camacho itu lahir menjelang tengah malam tadi sehingga mendapat liputan meluas media di bilik bersalin di 
Jose Fabella Memorial Hospital. 



“Bayi amat comel dan sihat,” kata ibunya, Camille Dalura sambil meriba bayi perempuannya itu. 
“Saya tidak percaya bahawa dia adalah bayi ketujuh bilion di dunia,” katanya.

Bayi berkenaan adalah anak kedua Dalura bersama pasangannya, Florante Camacho.
Pasangan suami isteri itu bersama bayi berkenaan kemudian menemui pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang meraikan bayi mereka itu dengan cek kecil.
Pasangan itu turut menerima hadiah daripada penderma tempatan termasuk geran biasiswa dan pakej ekonomi bagi membolehkan pasangan itu memulakan perniagaan runcit.
Turut menyaksikan peristiwa bersejarah itu ialah budak perempuan berusia 12 tahun, Lorrize Mae Guevarra yang diisytiharkan bagi keenam bilion di dunia pada 1999.
“Saya amat gembira melihat bayi yang comel ini. Saya harap dia sukakan saya dan membesar menjadi anak yang sihat dan disayangi semua orang,” katanya.
Bayi berkenaan adalah antara beberapa negara di dunia yang secara simboliknya menyambut kemunculan manusia ketujuh bilion di dunia hari ini. – AFP

Wah ni simbolik jer taw.. tapi bertuah laa bayi tu kerana telah terpilih.. sebab dalam masa yang sama juga mesti ramai lagi bayi yang lahir jugakan dekat satu dunia ni.. hehe...

p/s: aku ni bayi yang keberapa agaknya kan..???? 

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

2 ulasan:

  1. 7 BILLION YG DIREKODKAN.. KALO CAMPO YANG XDIREKODKAN, AGAK2 NYA, DAH BRAPA BILLION EKK???

    BalasPadam