HIMPUNAN UMAT ISLAM GAGAL..!!

3:57 PG 4 Comments

Aku baru jer balik daripada Perhinpunan Umat Islam di Stadium Shah Alam... walaupun hari ini aku kena menghadiri Modul (sebab repeat modul semester lepas punya pasal laa ni.. tatt.. sangat bosan dan memenatkan) aku dengan semangat wajanya telefon ramai kawan-kawan aku.. sebab nak cari KENDERAAN nak juga pergi ke perhimpunan itu... cari punya cari akhirnya ada laa juga orang nak tumpangkan motor.. 

AKHIRNYA.. AKU TIBA JUGA DISITU... 

TADA...






Tetapi perhimpunan tu tak seperti yang aku bayangkan... aku ingat SEJUTA orang akan datang memberi sokongan dan bersemangat macam aku.. TETAPI...

keratan akhbar...

Himpunan Sejuta Umat gagal capai sasaran 

2011/10/22

SHAH ALAM: Himpunan Sejuta Umat yang dianjurkan bagi membanteras gejala murtad di kalangan umat Islam di negara ini gagal mencapai sasaran berikutan sambutan dingin berdasarkan kehadiran hari ini.

Tinjauan Berita Harian Online menganggarkan jumlah kehadiran kurang daripada 1,000 peserta berbanding 1 juta umat Islam dari seluruh negara yang disasarkan pihak penganjur.

Himpunan Sejuta Umat program anjuran bersama antara 2,000 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.
Ia diadakan di Stadium Shah Alam, bermula jam 2 petang dan dijangka tamat pada jam 5 petang.


sedih tak terkata... tapi aku rasa perkiraan dia tak laa tepat sangat.. sebab program ni abis pukul 6 petang... dan macam mana orang macam aku yang datang pukul 5 ni.. (orang dah nak balik aku baru nak datang.. hehe) tetapi sasaran SEJUTA umat aku akui memang tak capai....

DIMANA SILAPNYA AGAKNYA..???

Pertama ada orang kata himpunan ni ada kaitan dengan politik...?? tapi sepanjang aku pergi tak ada pun cerita pasal politik... malahan kawan aku yang berada dalam program tu dari pukul 2 sehingga habis pun kata dia  hanya bagi ceramah agama dan persembahan nasyid jer... TAK ADA PUN AGENDA POLITIK... maka kenapa pertikaian ini boleh berlaku..???

Kedua.. ada aku dengar cerita daripada beberapa pihak yang mungkin juga LIBERAL pemikirannya cakap.. "buat apa kita buat perhimpunan ni.. sebab sudah pasti yang datang orang alim jer.. orang yang murtad dan tak alim bukan nak datang.. baik dia buat program banteras orang murtad jer" NI LAAA MASALAH YER KALAU BERCAKAP DENGAN ORANG TERLALU PANDAI... betul apa yang di cakap tu ada logiknya tapi semangat membuat perhimpunan ini bukan atas dasar itu sahaja... kita memang sentiasa menjalankan program membanteras murtad dimana sahaja, setiap masa selagi hayat masih ada.. cuma himpunan ini dilakukan untuk mengumpulkan suara dan semangat umat Islam bagi menentang gejala MURTAD sekeras-kerasnya... kalau anda ada kesedaran anda akan datang dan memberikan sokongan.. kalau tak ada.. tak ada siapa memaksa.. cuma fikir2kanlah...

Aku tak salahkan semua orang yang tak datang.. sebab semua orang ada urusan masing-masingkan.. CUMA SEMANGAT UNTUK MEMBANTERAS GEJALA MURTAD DAN MEMPERJUANGKAN SYARIAH ISLAM NI PERLULAH ADA DALAM HATI SETIAP MUSLIM.. SELAGI ANDA BERNYAWA AYUHLAH BERJIHAD MEMPERTAHANKAN ISLAM SEHINGGA KE HUJUNG NYAWA..... ALLAH HU AKBAR..!!  

p/s: pelik~~ kalau perhimpunan BERSIH yang kelam-kabut dan penuh dengan agenda politik tu ramai orang datang.. tapi DEMI AGAMA macam ni.. orang tak datang.. dah laa selesa.. duduk kat stadium dengar ceramah dan nasyid jer... kalaulah BERSIH boleh buat perhimpunan aman macam ni.. aku setujulah gak.. tapi.. emmmm(malas nak komen daaaa)

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

4 ulasan:

  1. orang ramai pergi OctTwtFest doh...kat shah alam jugak..ni la org lbh pentingkan hiburan dr agama...kan?

    BalasPadam
  2. betul tu.. kwn aku kata OctTwtFest tu BOSAN NAK MATI... motif sgt nak g sne buat apa???

    BalasPadam
  3. Aku pergi apesal tak jumpe ko?

    BalasPadam
  4. aku pon tak jumpa ko.. sebab kau pakai kopiah kot... hehehe

    BalasPadam