MOTOR JAMBAN..!!

8:43 PG 0 Comments

WHAT THE KERK..!! biar betul ada benda macam ni... macam pelik jer... tak caye tengok gambar ni...


Ini ialah keratan akhbar yang menceritakan mengenai motor pelik bin benar ni.. hehee..
TOKYO - Sebuah motosikal di Jepun menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa.

Ia yang dinamakan Motosikal Tandas Neo, dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.

Dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis, kenderaan beroda tiga itu boleh bergerak selaju 80 kilometer (km) sejam.

Jika semua itu tidak cukup canggih, motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.

Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini.

Pada awal tahun ini, seorang lelaki melakukan perjalanan sejauh 20,000km mengelilingi Australia dengan menaiki sebuah motosikal berkuasa lemak ikan dan jejari kentang. - KOSMO

TENGOK PULA VIDEO PELANCARAN MOTOR INI DAN IKLANNYA.. hehehe.. lawak...







KREATIF TAPI PELIK.... takkan laa orang nak berak tengah-tengah jalan masa bawa motor kot...?? nanti kalau motor ni dah sampai Malaysia siapa nak beli...??? hehehe....

p/s: aku tengah bayangkan nanti bila aku dah besar bawa kereta tiba-tiba bau taik.. sekali tengok kat cermin sebelah ada orang tengah buang air kat motor JAMBAN dia... wahahaha..!!!

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: