Kerat kemaluan kerana CINTA..!!

11:14 PTG 6 Comments


ASTAGFIRULLAH
HAL AZIM..!!

gambar hiasan

Aku mendapar berita tergempar.. dan benda ni berlaku sangat dekat dengar rumah aku.. OH aku tak dapat bayangkan... cuba kalian bacalah sendiri artikel ini...
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 30-an yang dipercayai putus cinta dan menghadapi tekanan perasaan nyaris maut apabila memotong alat sulitnya sendiri menggunakan sebilah pisau dalam kejadian berhampiran sebuah restoran di Danau Kota, Setapak, di sini, kelmarin.

Difahamkan, tindakan drastik lelaki terbabit mengakibatkan alat sulitnya itu hampir putus selain kehilangan banyak darah.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa bernasib baik apabila seorang lelaki berusia 26 tahun yang kebetulan lalu di kawasan berkenaan menemuinya terbaring di bahu jalan dalam keadaan berlumuran darah selain meronta-ronta menahan kesakitan sambil meminta pertolongan.


Menurut sumber, lelaki yang menemuinya itu kemudian bergegas membuat laporan di Pondok Polis Danau Kota, di sini, sebelum sepasukan anggota polis dan ambulans dikejarkan ke lokasi kejadian.


“Sebaik tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian, lelaki terbabit dikatakan masih kesakitan sambil memegang kemaluannya.


“Mangsa dilaporkan pengsan dipercayai kehilangan banyak darah ketika usaha mengangkatnya masuk ke dalam ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), bagi mendapatkan rawatan,” katanya.


Difahamkan, pihak berkuasa turut menemui sebilah pisau di lokasi kejadian dipercayai senjata digunakannya untuk memotong kemaluannya.Menurut sumber, sebaik tiba di hospital, pembedahan segera dilakukan untuk menyambungkan alat sulit mangsa.


“Pembedahan yang memakan masa hampir dua jam itu dilapor membuahkan hasil apabila alat sulit lelaki terbabit berjaya disambung.


“Difahamkan, biarpun alat sulitnya itu berjaya disambungkan, kemungkinan kemaluannya pulih seperti sedia kala adalah tipis,” katanya.


Mangsa yang kini ditahan di wad di hospital berkenaan untuk rawatan susulan dilaporkan stabil dan difahamkan, selepas kecederaannya pulih, dia akan dirujukkan ke unit psikiatri bagi tindakan lanjut.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu pihaknya yakin tiada unsur jenayah dalam kejadian itu.
sumber : azmykelanajaya

Aku tak tahu nak cakap apa... tapi bagi aku kalau orang beriman sudah pasti mereka takkan melakukan perkara sebodoh ini... ingat laaa BUNGA BUKAN SEKUNTUM, KUMBANG JUGA BUKAN SEEKOR.. tapi kalau dah sampai potong ekor... macam mana laaa zuriat di masa hadapan.. hish2(sempat lagi aku melaha.. hehehe)

Itulah kisah gok manusia pada zaman serba moden ni...Astagfirullah Hal Azim..!!

p/s: aku tak dapat bayangkan dia kerat di kawasan awam.. tempat yang selalu aku jalan-jalan.. WAAA..!!!!

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. huhuhuh.... bhya btul....

    BalasPadam
  2. Tak tau nak gelak kaa simpati. Tapi kesian laaa jugak -.-"

    BalasPadam
  3. hehehe... gelak jer laa...(jahat giler aku) tak laa kesian dia.. lepas ni dah tak leh nak baut zuriat.. huhu~~

    BalasPadam
  4. Baut pun bolehhh :D Yalah mungkin time tu dia tak fikir panjang kan. Biasalah ikut hati patah. Ok ok kesian!

    BalasPadam
  5. hehehe.. typo laa.. ok aku pon kesian... huhu~~

    BalasPadam