AKU NAK CARI LAKI..!! (COO)

9:40 PG 7 Comments

   APA KISAH SETERUSNYA PASAL
CONFESSION OF OPERATOR(COO)
KALI INI????


Aku nak cari lelaki nak buat apa ni??????....




Untuk pengetahuan kalian aku kan kerja sebagai researcher maka aku nak buat kajian ni kena lah cari orang ikut KUOTA sama ada urban atau rural, setiap lapisan umur atas 18 tahun bawah 70 tahun, lelaki atau perempuan (pondan dan tomboy sorry is not including hehe..) dan terakhir bangsa apa sama ada melayu, cina, india, bumiputera atau lain-lain......

Nak diringkaskan cerita... apabila kuota sudah mula penuh.. maka kenalah aku cari orang yang lebih specific... 

CONTOHNYA.....
-kalau negeri selangor: wanita, umur 30 keatas, rural dan melayu sudah habis kuota maka orang yang perlu aku cari dalam telefon ialah lelaki yang berumur skala dalam 18-29 di kawasan urban dan yang bukan bangsa melayu..(org melayulah paling senang nak cari kalau bangsa lain susah lorr...)

Begitulah kisahnya... setiap negeri ada kuota begitu kecuali KUALA LUMPUR.. sebab tiada kawasannya yang rural.. hehehe.. memang laa.. walaupun kawasan rumah aku namanya KAMPUNG KLANG GATE dan di KL kita ada KAMPUNG BARU... tapi dah tak macam kampung dah... hehehe

Jadi nak diringkaskan cerita sekali lagi...(hehehe... bape kali daaa) banyak kuota yang telah penuh dan aku menghadapi kesukaran untuk cari respondent.. setelah lama aku meneliti dan menyelidik.. maka aku dapatlah idea nak buat NEGERI TERENGGANU...

KUOTA TERENGGANU: Perempuan, umur 40 keatas (sahaja yang dah habis)

Kiranya senanglah.. sebab aku cuma perlu mencari lelaki tak kisah sama ada di urban atau rural dan tak kisah apa bangsa sekali pun janji umur dalam skala 18-39... HEHEHE... 

Maka aku pun mulakanlah pencarian...hehe....



PANGGILAN PERTAMA

RESPONDENT: Hello.
AKU: Hello, nama saya Fariz Razali. Saya telefon daripada Metrix Research di PWTC Kuala Lumpur. Sebenarnya kami sedang menjalankan tinjauan rakyat untuk mengetahui tahap kepuasan hati rakyat kepada negara. Tapi sebelum saya teruskan boleh saya tahu tak ada orang lelaki tak di rumah ini?
RESPONDENT: Oh suami saya pergi kerja.. kenapa yek?
AKU: Tak de kami sebenarnya nak cari pandangan orang lelaki di Terengganu sebab pandang wanita telah mencukupi. Puan ada tak mungkin anak ker? saudara ker? lelaki yang berumur bawah 40 tahun??
RESPONDENT: Oh sekejap yek....
(setelah aku menanti dalam beberapa minit)
ANAK RESPONDENT: Hello.
AKU: Hello, ha encik saya sebenarnya sedang buat tinjauan rakyat tapi sebelum tu boleh tahu tak encik ni nak panggil apa..
ANAK RESPONDENT: oh.?? panggil saya... (dirahsiakan)
AKU: Baik boleh saya tahu umur encik???
ANAK RESPONDENT: saya baru 15 TAHUN....


aku lupa pula nak cakap yang aku nak orang yang dah lepas 18 tahun.. ohh.. sungguh membazir masa aku...!!!
AKU: Oh yeker(buat-buat baik sedangkan sakit hati..hehe) adik lagi.. ada tak lelaki dewasa kat rumah??
ANAK RESPONDENT: tak ada...
AKU: Baiklah, minta maaf menganggu.. babai.. (aku terus letak telefon.. hehee)

PANGGILAN KEDUA.

RESPONDENT: Hello..
AKU: Hello cik,  nama saya Fariz Razali. Saya telefon daripada Metrix Research di PWTC Kuala Lumpur. Sebenarnya kami sedang menjalankan tinjauan rakyat untuk mengetahui tahap kepuasan hati rakyat kepada negara. 
RESPONDENT: Panggil saya puan..
AKU: Oh minta maaf..(aku lebih prefer panggil cik dulu org tegur baru panggil puan.. dari pggl org tak khawin puan kang lagi teruk kena marah.. sebab sesetangah org tu.. ANAK DARA TUA..hehe..jahatnya aku)
RESPONDENT: Nak apa???
AKU: Oh kami sebenarnya tengah buat tinjauan rakyat nak minta pandangan rakyat tentang negara kita... tapi sebelum itu PUAN, suami PUAN ada di rumah??? (aku terus direct suami jer kang kalau cakap lelaki jadi macam tadi pula.. hehe)
RESPONDENT: SUAMI SAYA DAH MENINGGAL..~~ (DENGAN NADA SEDIH SANGAT)
AKU: Oh minta maaf PUAN saya tak tahu..(RASA BERSALAH GILER..!!) tak perlah ye puan sebab kajian saya ini perlu mencari pandangan orang lelaki.. minta maaf mengangu yek.. Assalamualaikum..
RESPONDENT: *TERUS LETAK GANGANG TELEFON DENGAN HENTAKAN KUAT..!!

(JAHAT YER AKU... MESTI DIA NANGIS.. OMA!!!)

PANGGILAN KETIGA.

RESPONDENT: Assalamualaikum~~(gaya makcik2.. hehe)
AKU: Waalaikummussalam mak cik.. (aku suka kalau dapat orang tua yang baik2 macam ni.. hehe
RESPONDENT: Siapa ni???
AKU: Oh mak cik nama saya Fariz Razali. Saya telefon daripada Metrix Research di PWTC Kuala Lumpur. Sebenarnya kami sedang menjalankan tinjauan rakyat untuk mengetahui tahap kepuasan hati rakyat kepada negara. Tapi sebelum itu ada orang lelaki tak kat dalam rumah ini yang berumur dari 18 hingga ker 39... (kembali guna ayat orang lelaki kang tanya ada suami kang mak cik ni pulak nangis.. hehehe.. dan lagi satu aku cakap umur betul2 tak nanti dapat kanak-kanak lagi.. hehe)
RESPONDENT: Oh nak cakap dengan orang laki.. kejap yer mak cik punya anak umur 36 baru balik kerja ni..
(aku dengar dia menjerit-jerit panggil anak dia .. maka aku pun menanti dengan comel.. hehehe)


RESPONDENT: Dia baru balik kerjalah nak.. dia penat.. tak pe lah anak cakap dengan mak cik jer lah... (baiknya mak cik ni.. sumpah baik sangat..)
AKU: Tapi mak cik sebenarnya kajian saya ini ada kuota untuk lelaki dan perempuan.. kuota perempuan dan penuhlah mak cik saya kene cari orang lelaki..~~(RUGINYA..!!!)
RESPONDENT: Mak cik ada lagi seorang anak lelaki...(aku terus amin mengucap syukur).. dia sedang tonton tv ni kejap yek...
(aku dengar mak cik tu cakap dengan seseorang.. aku pun menanti dengan comel.. hehe)


RESPONDENT: Alaa nak.. anak mak cik ni MALU LAAA.. 
AKU: HAA.???????? . dia nak malu apa mak cik..? saya ni pun lelaki.. (apa malu dengan aku..!! WHAT THE KERK..!!).. cakap kat anak mak cik jangan risau tak ada apa yang hendak dimalukan.. saya hanya minta pandangan dan dia boleh bagi dalam bentuk markah jer....
(mak cik tu pun cuba pujuk anak dia untuk... aku dengarlah dia kata bagi markah jer.. tak buat apa2 pun..)
RESPONDENT: Anak mak cik TETAP MALU laaa nak...
AKU: tak perlah mak cik.. minta maaf lah mengangu yek.. kirim salam kat anak yek...
RESPONDENT: mak cik pun minta maaf yek nak.. 
(maka talian pun putus..)

SODEH YER AKU..!!!
  
HASILNYA.... AKU TERUS BENGGANG DAN PACKING BARANG BALIK TERUS RUMAH... hehehe... tiga panggilan berturut-turut aku GAGAL mendapatkan lelaki.. adush..!! inilah nasib badan.. hehe..... susah betul rupanya AKU NAK CARI LAKI..!! hehe....

Related story...

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

7 ulasan: