TAKBIR RAYA.
SUMBER: http://arcx13.tumblr.com/
Memang tiap-tiap kali malam raya sudah pasti aku akan pergi mengikut rombongan membaca takbir raya dari rumah ke rumah dari aku kecil tadika sehinggalah sekarang aku masih lagi pergi rumah ke rumah membaca takbir...
Kawasan rumah aku iaitu Kampung Klang Gate ada membahagikan beberapa kawasan dan rombongan untuk pergi rumah ke rumah dan kawasan rumah akulah yang paling ramai orang dan yang penting PALING RAMAI ORANG KAYA... hehhee...
Dulu masa zaman aku kecil-kecil malam raya macam ni pergi takbir pun dah boleh dapat dalam RM50 ke atas...(gila tak?? hehee) tapi sekarang bila dah besar makin lama makin kurang dan tadi Alhamdullilah aku masih juga dapat RM 5 satu malam.. hehehe...
LIHATLAH SECEBIS KISAHNYA...
Pembahagian kumpulan mengikut kawasan dibuat....
Takbir di rumah aku,, rumah aku antara menu paling special.. MAKAN MAKARONI..
hehe... rumah korang mampu?? wuek..!!
KANAK-KANAK COMEL....!!!
SEMUDA INILAH AKU DAH PERGI TAKBIR RAYA.. hehe...
YANG TAK COMEL PON ADA...!!
Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba tahun ni rombongan kawasan aku banyak kanak-kanak.. Rupanya menurut adik aku.. (salah satu ketua rombongan bagi kanak-kanak.. hehehe) dia kata kanak-kanak dari kawasan lain pun ada join sekali.. hehehe.. katanya kawasan lain kurang dapat duit raya.. jadi sebab tu mereka ramai-ramai serang kawasan kami.. hehehe lawak tol budak-budak ni.....
Aku tak kisah dorang nak datang kutip duit raya.. tapi cara mereka tu aku tak gemar sebab bila dia tahu rumah tu tak ada duit raya mereka tak nak masuk takbir pergi main kat luar kalau ada baru masuk rumah tu.. dan yang penting bila dah dapat duit raya ada yang boleh bersuara.. "LAA RM2 JER KER..!!" Oh My Beloved Allah..!! aku dulu kecil dapat RM1 jer.. dan aku tak pun sekejam itu nak kata RM1 jer ke... hish2..!! sabar jelah.. BUDAK-BUDAKKAN....
Bagaimana pun kemeriah TAKBIR MALAM RAYA tetap menceriakan aku... hehee.. kalau tak ada budak nakal-nakal macam tu pun tak seronok betul tak??? hehehe.. esok nak raya.. dah FARIZ RAZALI pergi tidur..
ESOK AKU WISH RAYA YEK.. hehehe...
p/s: baju raya aku warna cokelat... siapa sama dengan aku..???
Sebelas bulan kita kejar dunia,
BalasPadamKita turuti nafsu angkara.
Sebulan penuh kita berpuasa,
Kita bakar segala dosa.
Sebelas bulan kita sebar dengki dan prasangka,
Sebulan penuh kita tebar kasih sayang sesama.
Dua belas bulan kita berinteraksi penuh salah dan khilaf,
Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf Zahir dan batin...
selamat hari raya juga saudara ImanShah...
BalasPadammaaf zahir dan batin...