NAK KHAWIN LAGI..? (COO)
Semalam ialah hari terakhir aku bekerja... fuhh.. akhirnya aku dapat cuti nak beraya dan lepas raya aku fokus nak masuk UITM plak... begitu cepat masa berlalu.. tak sedar rupanya dah 4 bulan aku cuti.. hehe..
Baik laa aku sebenarnya nak cerita satu kisah menarik semasa aku bekerja sebagai INTERVIEWER yang mengunakan telefon.. kali ini aku ada buat porjek bonus.. TANYA ORANG PASAL KESAN SUBSIDI... kan sekarang harga minyak dah naik, tepung dah naik, gas dah naik dan yang paling banyak orang marah ialah HARGA ELEKRTIK yang naik melambung kesan dari tarif baru... huhu....
Tapi ada juga beberapa pihak yang masih selesa dengan kesan pengurangan subsidi oleh kerajaan.. CONTOH NYA PAK CIK NI...
AYUH KITA SAMBUNG CERITA TENTANG.....
NAK KHAWIN LAGI....!!!
AKU: Hello....
PAK CIK: Ya, siapa ni..???
AKU:Nama saya Fariz Razali. Saya telefon daripada Metrix Research di PWTC Kuala Lumpur. Sebenarnya kami sedang menjalankan tinjauan rakyat untuk mengetahui tahap kepuasan hati rakyat mengenai isu subsidi. Boleh Encik luangkan masa?
PAK CIK: Boleh apa salahnya...
(baik betul pak cik ni.. maka aku pun mulakan temu duga seperti biasa..
AKU: Boleh saya tahu umur encik berapa?
PAK CIK: Tak payahlah panggil encik-encik pak cik ni dah tua dah...
AKU: Oh yeker pak cik.. tua tu berapa tahun?? (jawab terus soalan boleh tak.. hehe)
PAK CIK: Oh dah nak dekat 70 dah..
AKU: Dah nak dekat tu kiranya 60 lebihlah kan.. 60 berapa tu??? (susah sangat ke nak bagi tahu direct.. huhu~~)
PAK CIK: 68 tahun nak...(kan senang.. hayooo!!)
SELEPAS AKU TEMU BUAL TANYA MACAM MANA HARGA MINYAK, BERPATUTAN KE TAK? HARGA TEPUNG BERPATUTAN TAK, BIL AIR MACAM MANA, DAN HARGA ELEKTRIK OK TAK.... YANG TERKEJUTNYA DIA JAWAB SEMUA BERPATUTAN DAN MAMPU BELI.....
WAAAHHHH KAYA PAK CIK NI..!!
KEMUDIAN AKU SAMBUNG PULA TANYA SOALAN YANG RAMAI ORANG KATA TAK NAK TAPI PAK CIK NI KATA NAK... TERKEJUT AKU...
AKU: Pak cik rasa tahun ini 2011 adakah kerajaan akan menaikkan lagi harga barangan maknanya turunkan lagi subsidilah atau tidak terfikir??
PAK CIK: Pak cik MENGHARAP SANGAT KERAJAAN NAIKKAN LAGI HARGA BARANGAN TAHUN INI...?????
KENAPA?????????
PAK CIK: SEBAB PAK CIK NAK KHAWIN LAGI.. hehehe... DAH 15 TAHUN PAK CIK DUDUK SORANG-SORANG..
(aku mula tergamam sekejap.. umur dia nak dekat 70 tahun.. lepas tu nak harga naik.. then NAK KHAWIN LAGI... hehehe... pelik bin benar)
AKU: Kenapa pak cik nak harga naik lagi??? (berani betul aku tanya.. hehe)
PAK CIK: Sebab pak cik ni peneroka.. kalau harga minyak masak naik harga kelapa sawit pun naik.. jadi pak cik juga yang untung.. hehehe..(suka dia.. patut laaa baru aku faham.. hehee)
AKU: Betul juga tu pak cik... KALAU DAH MAMPU PAK CIK KHAWIN LAA.. TAK SALAH... hehehe... (aku gelak dengan dia sekali... apa2 laa pak cik oit...)
KESIMPULANNYA... tak salah kalau orang tua nak khawin... JANJI HALAL DAN BAHAGIA.. hehehe....
RELATED STORY..
wah masih kuat pak cik ni...fuuuuu
BalasPadam=.='''''
BalasPadamwahaha... jgn main2 dgn pak cik ni ok afiek.. wahaaha....
BalasPadamaku pun muka mcm tu zira... wahaha.. tapi aku rse ko calon yg plg sesuai laa.. wahahaha...
BalasPadamsokong pakcik tu!
BalasPadamwahahha... FM hang bila nak ada boyfriend plak.. hehe...
BalasPadam