Nuzul Al-Quran.

8:49 PG 0 Comments

Aku tak tahulah kenapa aku datang kerja dengan BLUR hari ini.. langsung tak proaktif.. mungkin kerana aku kurang tidur.. sekali ada seorang mak cik India yang baik  dengan aku kata esok anak dia yang sekolah di Selangor akan cuti.. tapi kita kerja di Kuala Lumpur tak cuti.... aku mula pelik jadi aku tanyalah..

KENAPA ADA CUTI...???? dia  terkejut gila dengan soalan aku...

 awak bukan melayu ke???
 ESOKKAN ADA NUZUL AL-QURAN...!!!


AKU YANG SEDANG BLUR DAN MAMAI TERUS TERSENTAP SEGAR BILA AUNTIE TU KATA MACAM TU.... TERUKNYA AKU NI... MACAM MANA BOLEH TERLUPA TARIKH YANG PENTING MACAM NI..??? (sambil mengaru kepala)

Aku terus teringat kalau zaman sekolah dahulu hari-hari macam ni pasti akan disambut dengan meriah.. malahan aku ingat lagi akulah orang yang bertanggungjawab di MRSM dulu menganjurkan Pertandingan   TILAWAH AL-QURAN semasa tarikh ini... oh aku merindui nostalgia lama itu....

Maka atas kesempatan itu aku nak berkongsi sedikit info mengenai NUZUL AL-QURAN supaya kita menyambutnya dengan penuh keinsafan di Bulan Ramadhan yang mulia ini.....

MAKSUD NUZUL AL-QURAN..  

Nuzul yang diambil daripada perkataan bahasa Arab diertikan sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia sejagat.

WAKTU TURUNNYA AL-QURAN..

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, pokok daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

FUNGSI AL-QURAN YANG SEBENAR...

Dalil daripada al-Quran:

1- Ayat 15-16 surah al-Maidah : “Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya (Nabi Muhammad) dari Allah dan kitab yang menerangkan (al-Quran). Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredaan-Nya ke jalan keselamatan, (dan dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang dengan izin-Nya dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.”

2- Dalam ayat 9 surah al-Hadid : “Dialah (Allah) yang menurunkan kepada hamba-Nya (Muhammad) ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya (Islam).”

Penerangan: Jelas Dalil ini mengajar kita bahawa Allah Taala telah menurunkan Al-Quran sebagai sebuah kalam yang menjadi panduan kepada seantero umatnya untuk menjalani kehidupan dunia yang penuh fana ini.. Semoga kita juga tergolongan daripada orang-orang yang mendapat bimbingan Allah Taala ke arah kebaikan yang sejati.. (penerangan aku sendiri.. kalau salah minta maaf dan ampun)

Dalil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w.: 
“Dari Ali Karramallahu Wajhahu, katanya: Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah Salallahu Alayhi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya akan berlaku fitnah yan banyak." Aku pun bertanya: "Apakah jalan keluar darinya duhai Rasulullah?"Baginda menjawab: Kitabullah (al-Quran). Kerana di dalamnya terdapat kisah-kisah orang dan perkara sebelum kamu dan perkhabaran tentang apa yang akan datang sesudah kamu; dan terdapat di dalamnya hukum-hakam di antara kamu; Ia (al-Quran) adalah kata putus dan bukan senda gurau; sesiapa yang meninggalkannya (menolaknya) kerana sombong, ia akan dibinasakan oleh Allah; dan sesiapa sahaja yang mencari petunjuk selain darinya akan disesatkan oleh Allah; Ia adalah tali Allah yang teguh dan ia adalah pengajaran (peringatan) yang bijaksana. Ia adalah as-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus); Ia adalah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng dan terpesong; dan Ia adalah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak samar dan berputar-belit; dan para ulama pula tidak pernah puas menggali ilmu darinya (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan pernah hilang dan kandungannya menakjubkan, tidak berkesudahan. Ia adalah kitab yang jin tidak berhenti mendengarnya sehingga mereka berkata, "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, ia menunjuk ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." Sesiapa sahaja berkata dengannya, benarlah perkataannya; sesiapa yang beramal dengannya, dia akan diganjari pahala, sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia dan sesiapa yang menyeru kepadanya, nescaya dia akan diberi petunjuk Siratil Mustaqim (jalan yang lurus) - HR Tirmizi dan Darimi.

ITULAH SERBA SEDIKIT PERKONGSIAN ILMU YANG DAPAT AKU SIMPULKAN.. 
KALAU KALIAN NAK BACA LEBIH LANJUT
LAWATLAH CINA ISLAM

PENERANGANNYA SANGAT BERGUNA DAN BEST...!!!

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: