Billboard K-Pop.

6:00 PTG 6 Comments

Siapa tak kenal dengan GELOMBANG K-Pop yang telah mengegarkan dunia... ada yang tak minat ada yang minat tak kisahlah itu selera masing-masing laaa... Tapi apa berita yang aku ingin sampaikan disini ialah mengenai kejayaan industri hiburan di korea terutamanya lagu-lagu pop mereka telah berjaya memecahkan tradisi muzik di dunia apabila pada 25 Ogos 2011 telah dilancarkan BILLBOARD K-POP....


Kalian boleh tengok laman web BILLBOARD K-Pop di sini.. 


Semakin berkembang pesatlah industri muzik mereka dengan adanya Billboard ni sebab ia akan memastikan lagu-lagu mereka sentiasa di update mengikut cartanya 100 terbaik dan sekali gus akan sentiasa mendapat perhatian dari seluruh dunia... kalau nak tahu lebih lanjut mengenai pelancaran tu KLIK SINI.


Dalam carta pertama 100 lagu terbaik dalam Billboard ni aku ada dapatkan 10 lagu yang terbaik mendapat pilihan ramai....

TADA...!!!


Makin ramailah orang akan mengilai KOREA lepas ni... tak sangka pengaruh ciptaan mereka sungguh hebat sehingga berjaya memecah tradisi menandingi lagu-lagu dari Amerika...

Maka kejayaan mereka ini telah membuka mata seluruh negara Asia, bahawa negara sekecil Korea Selatan ni pun masih mampu mengegarkan dunia Hiburan di seluruh global.. jadi aku harap industri Hiburan Malaysia pun bolehlah menjadikan mereka sebagai model atau ikon untuk mendapat kejayaan yang sama.. 

Ia tidak bermaksud kita perlu meniru gaya mereka dan berangan akan dapat melakukan kejayaan yang sama.. salah tu..!! Seharusnya kita mempunyai identiti sendiri dan majukan ia bersama-sama dengan bersungguh-sungguh seperti mereka... 

Kalau korang nak tahu PADA ZAMAN P.RAMLEE dulu orang koren bawa filem kita untuk dijadikan rujukan pembelajaran mereka.. masa tu nama industri perfileman di Malaysia sangat gah sehingga dijadikan sebagai bahan rujukan sedangkan mereka langsung tak ada nama bermula dari zero.. tapi sekarang di mana kita dan di mana korea..??

TEPUK DADA TANYA SELERA... ok layan lagu ni... 


p/s: tak bermakna aku layan lagu korea aku tak support lagu tempatan cuma aku pun orang biasa yang hanya mencari yang terbaik.. jadi GO GO MUZIK MALAYSIA..!! 

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

6 ulasan:

  1. muehehehe~
    diaorg berjaya sbb lagu diaorg catchy...and diaorg berjaya suntik elemen korea dlam lagu diaorg...
    nak ikot boleh,but pandai masukkn elemen kemelayuan dalam lagu...jangan laa tiru 100%

    BalasPadam
  2. aku sikit2 layan la...hehe...sekadar dgr2 cmtu je...

    BalasPadam
  3. Natasya lagu kita pun ada keistimewaannya yg tersendiri.. bahasa dalam lagu kita lembut dan syadu didengari.. tak perlu kita nak ikut catchy dorg 100%.. tapi kesungguhan kita yg kurang.. uhu~~

    BalasPadam
  4. afeb: aku pon layan sikit2 jer.. dgr yg best jer.. tak semua lagu koren best ada jer yg bosan.. hehe...

    BalasPadam
  5. ahahaha~memang~kalau lagu lama2 kan,sedap je...evergreen~biase la,citarasa org muda kan suka yg rancak2~kui3

    BalasPadam
  6. tak jugak... kita kena pelbagai kan lagu.. eee tak sabar nak jadi komposer dan penyanyi.. tgok laa aku mengubah situasi muzik malaysia.. wahahah...

    BalasPadam