Whitney Houstan MENINGGAL DUNIA..!

4:30 PG 0 Comments

Siapa tak kenal dengan Whitney Houstan seorang penyanyi Amerika yang sangat berbakat besar dan digilai ramai.... fiuhhh... aku minat dia sangat-sangat especially lagu I will Always Love You... fuhh.. lagu yang sangat hebat...

Tapi biasalah.. setiap manusia akan meninggal dunia juga....

Menurut sumber yang aku baru baca beberapa minat yang lalu iaitu Blog Sensasi


Ratu muzik pop, Whitney Houston, 48, meninggal dunia pada Sabtu pukul 3.55 petang (waktu tempatan) di bilik Hotel Beverly Hilton yang didiaminya.

Jurucakap Whitney, Kristen Foster mengesahkan berita kematian penyanyi yang popular dengan lagu The Greatest Love Of All itu sebentar tadi.

Punca kematian Whitney menjadi tanda tanya apabila ia tidak didedahkan ole keluarga penyanyi kesayangan ramai itu.

Bagaimanapun, menurut polis di Beverly Hills, Lt Mark Rosen, kematian tersebut masih lagi dalam siasatan polis.

"Setakat ini, kematian ini tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah," katanya.

Tambah Rosen, pihaknya menerima panggilan daripada pihak sekuriti hotel berkenaan pada pukul 3.43 petang apabila mendapati Whitney tidak sedarkan diri.

Apa-apa pun sama-samalah kita hayati kehebatan vokal beliau dalam klip video ni...



p/s: hilanglah lagi seorang bintang yang bagus selepas Micheal Jakson.. huh~ takziah kepada mereka... 

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: