Ikan Pun Mabuk Laut
Pelikkan..????? tapi inilah kenyataannya... Apa ingat manusia dan binatang yang duduk kat darat jer mabuk air.. ikan pun sama daa.....
Menurut seorang pakar Zoologi dari Stutgart, Dr Reinhold Hilbig yang mengkaji kesan keadaan berkurangnya berat di dalam air menemui hasil yang mengejutkan.
Sebenarnya kajian itu sebahagian daripada penyelidikan bagaimana manusia terpengaruh dalam ruangan.
Dalam kajian berkenaan, 49 ekor ikan diletakkan dalam akuarium mini dan kemudian dihantar dengan pesawat ke angkasa. Pesawat itu mewujudkan simulasi kepada keadaan hilang graviti yang akan dialami angkasawan bila berada di angakasa.
Hasilnya, lapan ekor daripada ikan-ikan berkenaan mulai berputar tanpa orientasi yang jelas.
Mereka berenang membentuk lingkaran. “Mereka telah kehilangan keseimbangan, berperilaku seperti manusia yang mengalami mabuk laut,” ujar Hilbig.
“Ikan-ikan itu kehilangan orientasi, mereka benar-benar bingung dan terlihat seolah-olah hendak muntah,” tambahnya.
Di alam liar, ikan ‘mabuk laut’ seperti itu boleh menjadi mangsa ikan lain kerana mereka tak mampu menyelamatkan diri dari bahaya, katanya.
Kelapan-lapan ikan ‘mabuk laut’ itu pun kemudian dipisahkan dan diperiksa otaknya untuk melihat penyebab kepada’sakit’ mereka.
“Sepertinya kehilangan kenalan dengan pergerakan air dan getaran berperanan besar dalam menentu diorientasi mereka.” ujarnya.
Jadi kalau siapa yang mabuk air.. adalah point nak back up diri.. kata ikan pun mabuk apatah lagi manusia.. hahaha... :D
(Sumber: Live Science dan Republika Online)
0 ulasan: