Baju Plastik.
Ingat tak cerita Pak Kaduk yang berbaju kertas semasa melagakan ayam dia bersama Sultan.. disebabkan kebodohannya ayam dia yang menang dianggap kalah sebab telah bertukar dengan ayam Sultan dan sebagai cagaran kekalahan dia kampungnya terus tergadai.. dan semasa menlonjak-lonjak kegembiraan kerana menyangka ayam dia menang BAJU KERTAS dia telah tertanggal dan berbogellah dia di hadapan khalayak ramai.. hish-hish-hish... tragis sungguh kisah Pak Kaduk ni...
Dah lah kampung tergadai, ayam diambil sultan malah malu terbogel dikhalayak ramai.. huhuh...
Konklusinya jangan berjudi dengan melaga ayam.. HARAM.. hahaha...
Ok sebenarnya apa kaitan cerita Pak Kadur dengan Baju Plastik??? jawapannya ialah.. TIADA KAITAN.. haha... saje jer nak kita kenang kembali cerita-cerita rakyat... menarikkan.. hehehe...
Baik tamat masa aku melalut.. sebenarnya aku nak cerita sebuah pengalaman aku masa semester ni yang aku rasa boleh dijadikan pedoman semua...
Kisah bermula semasa awal semesta yang lalu......
Untuk pengetahuan korang, kelas aku hari Rabu tersangatlah PACK.. dari pagi sampai ker malam.. aku ulang balik PAGI SAMPAI MALAM ok..... bukan petang.. fuhhhh~ malam tu termasuk silat yang habis pukul 11 malam.. hehehe... jadi tengah hari tu adalah gaps masa sikit dari pukul 11.30 sehingga 2 petang sebelum kelas seterusnya.. jadi dengan masa yang ada itu aku gunakanlah sebaiknya untuk CHARGE BATERI (TIDOR...!!!!!!!!)
Oppss... aku tidur pakai seluar pendek yek.. dan berbaju... huhu~
Ok sambung cerita... nak dibuatkan cerita lagi time tengah hari tu HUJAN turun dengan lebat sangat-sangat.. Wah memang heaven sangat nak tidur time-time macam ni kan.. hahaha... tanpa aku sedari aku dah tertidur sampai pukul 2.15..
Alamak Kelas..!! jerit aku dalam hati.. tapi bila tengok suasana luar bilik yang tersangatlah lebat maka aku pun taiplah sms kat lecture aku...
COOL tak sms aku....? hahahaa.. memang selamba jer.. masa tu aku mamai dan tak fikir panjang.. main taip jer entah lecture aku layan ker tak kan?? hehehe...(pelajar selamba)
Kemudian aku pun tarik SELIMUT dan sambung tidur..ARGGGohhh(berdengkur).. hahaha.. tak lama aku tidur dalam pukul 3 kemudian baru aku bangun.. (sekejap jer kan??)
Bila pukul 3 tu hujan dah tak lebat macam tadi tapi still hujan.. aku terus bangun dan bersiap.. yelah dah satu jam aku lambat datang kelas kot.. GILA OTAI KAN..!! so aku pun cuba laa selongkar barang-barang roommates aku.. (hehe jangan bagitahu roommates aku.. shuhh) nak cari PAYUNG.. malangnya tak jumpa..
Tanpa berputus asa aku pun terus pergi ketuk bilik-bilik jiran aku di Kolej Teratai tanya kalau dorang ada payung boleh pinjam pergi kelas.. Yelaaa takkan aku nak berlari dari bilik ke kelas sudah pastilah aku akan basah kuyup jauh kot.. dah laa aku kena naik mendaki tangga tinggi di bukit tongek.. hehe..
Ni tangganya... tersangatlah curam dan tinggi.. huhu~
Satu per satu bilik aku ketuk dengan muka tebal dan tembam tanpa rasa malu.. hehehe (fariz razali tahu ker apa itu kemaluan.. opsss.. jgn salah sangka.. hehe) semua tak der payung.. fuhhh mengecewakan...
Malah ada seorang budak tu aku tanya "Ada payung tak? boleh saya pinjam sebab nak pergi kelas. Nanti dah balik kelas saya pulangkan balik," Dengan muka kerek dia jawap, "Saya pun tak pergi kelas!" terus dia tutup pintu.. hayoo.. sombong betul.. dasar tak der sivil.. huhu~~
Kemudian aku pergi bilik kawan aku, tetapi malangnya dia tak der.. semasa dalam perjalanan pulang dari bilik dia aku ternampak seorang budak tengah naik tangga sambil membawa payung.. dengan pantas aku pun tegur dia...
"Eh.. awak.. boleh saya pinjam payung tak.. saya nak pergi kelas nanti saya pulang balik.." dengan muka tembam dan tak tahu malu ni aku mintak.. hehehe... Sekali dia tengking aku.. "Saya sekejap jerlah nak pergi Bilik kawan saya!" sambil merengus.. pergghhh SHENTAP aku..!!
Cakap elok-elok sudah.. kenapa nak sombong sangat.. manusia-manusia.. tiba-tiba ada seorang cleaner tu ada kat situ dan terdengar aku ditengking.. dengan pantas dia terus tarik aku dan cakap sesuatu...
#^&$Y$#%$^&*&.... sepatah haram apa pun dia cakap aku tak faham.. sebab Pelat Indonesia dia pekat sangat.. hayoo... tetapi ada beberapa words yang aku dapat tangkap dia cakap "Kelas, Hujan, Basah, Plastik"
Tiba-tiba dia ambil plastik sampah warna hitam yang besar tu dan lubangkan bahagian kepala dan tangan.. dia kata "CUBA" aku pun sarunglah.. kemudian dia cakap ^#%$ aku tak faham tapi aku rasa maksud dia boleh lah pergi kelas kot...
OHHhh.. sumpah terharu... hehehe.. berair mata aku masa tu.. aku cakap kat dia TERIMA KASIH MAK CIK dan terus pergi.. sebelum pergi tu aku pandang belakang dan dia tersenyum jer kat aku... huhu...
nah nak... pergilah ke kelas walaupun dah lambat sejam lebih.. hehe
Maka aku pun berlarilah memakai baju plastik buatan mak cik cleaner tu ker kelas.. sepanjang perjalanan ramai gaklah pandang aku sebab Lembaga Hitam mana tu yang lari tengah-tengah hujan ni kan.. Hahaha
Sampai jer kat kelas... Lecture aku just suruh baca buku teks sendiri.. daaa.... baik aku sambung tidur kat bilik pun boleh baca buku teks?? hehehe...
By the way... Objektif yang aku nak stress kat sini ialah betapa baiknya mak cik cleaner tu walaupun tak kenal aku tapi dia sudi bantu aku.. huhu.. bukan macam kawan-kawan aku di Teratai yang lain tu.. walaupun tak kenal tak perlu nak sombong kot.. kitakan satu UiTM.. hehehee....
p/s: so lepas ni jangan kita pandang seseorang pada statusnya sahaja...sebab sometimes orang berpangkat rendah macam mak cik cleaner tu lagi mulia dari kita yang mengaku MAHASISWA ni.. huhu.. fikir-fikirkan laaa....
kan kejadian budak di negara cina yang kena langgar dua kali tu? yang selamatkan sapa? pengutip sampah...org lain hanya mampu memandang...kadang2 orang yang berhati mulia ni, tak kira darjat...bagus lagi darjat yang rendah tu...esok kat sisi Tuhan, bukan kira kaya atau miskin kat dunia, tapi amalan kita..."Mahasiswa" tu kena belajar sivik lepas ni
BalasPadamsetuju. lagi tinggi belajar lagi tak reti beradab...
BalasPadam