Top 10 Individu TERKAYA di Malaysia 2011
Inilah senarai orang terkaya di Malaysia yang paling latest sekali.... boleh laa dijadikan pedoman.. hehe...
Senarai Ranking 10 Orang Terkaya di Malaysia:
1. Robert Kuok (Kuok Group) - RM45.70 bilion
2. T. Ananda Krishnan (Maxis) - RM42.99 bilion
3. Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) - RM12.64 bilion
4. Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Corporation Bhd) - RM11.36 bilion
5. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (DRB Hicom) - RM9.53 bilion
6. Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Malaysia) - RM8 bilion
7. Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) - RM7.58 bilion
8. Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) - RM6.58 bilion
9. Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau Group) - RM6.41 bilion
10. Ong Beng Seng - RM 4.92 billion
sumber: billyinfo
Info yang lebih terperinci ini diambil daripada Utusan....
KUALA LUMPUR 16 Feb. - Robert Kuok dari Kumpulan
Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan aset
bernilai RM45.70 bilion, meskipun kekayaannya susut 8.0 peratus.
Kekayaan Kuok gagal disaingi oleh pemilik sebuah syarikat telekomunikasi,
T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank
Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd., pula terus
mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala usahawan bumiputera terkaya
di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, berada di tempat kelima,
demikian menurut laporan Malaysian Businessmengenai 40 orang
terkaya di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pula
berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.
Malaysian Business berkata, aset 40 orang terkaya di negara ini
adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian awam
sehingga 20 Januari 2012.
Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan
bernilai RM42.99 bilion, tetapi ia menyusut kira-kira 6.0 peratus tahun ini
berbanding 2011.
Hong Piow secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah
RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.
Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion,
Shin Cheng (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala Syed
Mokhtar dari Yayasan Albukhary — dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group —
menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.
Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang terkaya di Malaysia
itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang
lemah.
Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya
berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Januari, susut 7.0 peratus berbanding
RM206.37 bilion setahun lepas, laporMalaysian Business dalam
terbitan 16 Februari.
Bagaimanapun, pada tahun ini terdapat kemasukan tiga jutawan di
dalam senarai tersebut berbanding 27 pada 2011.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di
tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.
Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada
tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30
peratus.
Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta
dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.
Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang
menetap di Singapura, Ong Beng Seng masing-masing mengekalkan kedudukan di
tempat kesembilan dan 10.
Aset Hiew King dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Beng
Seng menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.
Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya
itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd., dan Ngau Boon Keat
(Dialog Group Bhd.), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed
Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd.) kembali tersenarai selepas empat tahun.
Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka
dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya
di Pasaran Ace.
p/s: hebat mereka ni..... harap boleh kita jadikan ikutan.. apa yang baik laa seperti kecekalan dan kebijaksanaan mereka dalam berniaga.. huh...
0 ulasan: