Twitter Membosankan..!!

8:03 PG 0 Comments

HAHA... Best tak tajuk ni..?? Aku rasa kaki Twitter mesti bengangkan dengan tajuk ni...


Biasalah ada orang menjadikan twitter ni sebagai jurnal harian dia.. nak pergi mana2 jumpa siapa2 semua bagi tahu twitter.. sehingga kini twitter telah menjadi jaringan sosial nombor 2 selepas Facebook.. tapi ramai gak claim yang twitter lagi bagus.. huhu~

But for me dua2 best... ada kelebihan dan kekurangan masing2.. just kalau ada smart phone lebih best twitter laa sebab lebih laju.. hehehe...

JADI APA YANG MEMBOSANKAN???  

Kajian: Dua-Pertiga Tweets Membosankan
bosan macam muka pak cik ni...  hohoo...

Satu kajian telah dibuat bersama oleh para pengkaji di Carnegie Mellon, Institut Teknologi Georgia dan MIT mendapati yang kebanyakan orang hanya berminat dengan satu-pertiga sahaja tweets yang dibuat dan selebihnya sama ada tidak suka atau mengabaikannya sama sekali.

Manakala menurut akhbar The Telegraph, perkara terbesar yang membosankan dalam twitter  kebanyakan orang adalah terlalu banyak ‘hashtags’, kemaskini status rutin harian dan tweet yang negatif.

Tweet yang paling dibenci ialah ‘tweet perbualan’, di mana dua orang mengadakan perbualan peribadi (secara terbuka) yang sebenarnya orang lain malas hendak ambil tahu. huhh~~

Yang juga tidak popular ialah tweet daftar-masuk Foursquare, kerana orang yang hanya peduli di mana anda bersarapan pagi sudah pun mengikuti anda di Foursquare.. 

Kajian tersebut telah dijalankan ke atas 1,500 pengguna Twitter, mengkaji 43,738 tweets dari 21,000 akaun.

Benda yang paling bagus ialah kebanyakkan pengguna Twitter sangat suka mesej-mesej mempromosi diri dari selebriti.

Jadi pengajarannya kepada orang yang terkenal atau selebriti ialah memastikan tweet anda sentiasa positif, tidak perlu memberitahu orang tentang setiap aspek kecil dalam kehidupan anda dan jangan penuhkan tweet dengan terlalu banyak ‘hashtags’ dan @.

Sebab nanti orang akan bosan dan malas nak ambil tahu pasal kita.. hehehe...

Yang penting kata perpatah berfikir sebelum berkata tapi zaman sekarang BERFIKIR SEBELUM TWEET SESUATU.. #kbai #FZ

sumber: mynewshub

Some say he’s half man half fish, others say he’s more of a seventy/thirty split. Either way he’s a fishy bastard.

0 ulasan: